Rompak Motorsikal - Media Shah Alam

Header Ads

Rompak Motorsikal

SHAH ALAM - "Saya perasan rumah saya dipecah masuk selepas terdengar jiran menjerit, mengatakan motosikal kami dah hilang," demikian luah Badrina Ghazali, mengenai kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya di Perumahan PKNS, Seksyen 19, di sini, pagi tadi.

Berbicara mengenai insiden itu, Badrina berkata, dia ada perasan sesuatu yang tidak kena pada awal pagi tadi, namun tidak menyangka bahawa rumahnya dipecah masuk.

"Saya dengar bunyi 'sesuatu' tengah korek, saya ingatkan tikus jadi saya biarlah...dan sekitar jam 5:30 pagi tadi saya terdengar suara jiran.

"Jiran masuk ke dalam rumah, dan mengetuk pintu bilik kerana pintu depan sudah terbuka dan pintu grill telah dipecahkan," katanya kepada Sinar Online.

Tersentak dengan insiden itu, Badrina berkata, dia sudah membuat laporan polis.

"Laporan polis dibuat di balai Polis Sri Muda, Shah Alam pagi tadi," katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, Badrina berkata," Jiran kata dia ada ternampak tiga orang lelaki telah menolak motosikal kami pergi ke blok lain,".

Jelasnya dalam insiden itu, perompak tersebut telah mengambil semua barang berharga yang ada didalam rumahnya.

"Jam, beg tangan, helmet," katanya lagi.

Namun, dia tetap bersyukur kerana keluarganya tidak diapa-apakan.

Justeru katanya, kepada sesiapa yang ternampak motosikal ini hilang supaya dapat memaklumkan kepada mereka.

"Tolong sesiapa nampak motor ni tolong call saya 0143301730 atau suami, Eman 0143316683," katanya.-SINAR ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.