RUU Kelantan Untuk Orang Islam - Media Shah Alam RUU Kelantan Untuk Orang Islam - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 13 Julai 2017

RUU Kelantan Untuk Orang Islam

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.

"Saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai butirannya namun saya fikir apa yang dilakukan oleh mereka itu harus dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di Kelantan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas pindaan tersebut antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Sri Aman.

Mengulas lanjut, timbalan perdana menteri berkata kerajaan negeri Kelantan berhak untuk mengemukakan pindaan rang undang-undang itu di DUN kerana mereka mempunyai suara majoriti.

"Bagaimanapun biarpun pindaan tersebut sudah diluluskan ia masih tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk pelaksanaan,\" katanya.

RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan,

Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan diluluskan sebulat suara.

-- BERNAMA


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: RUU Kelantan Untuk Orang Islam Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam