Sedikit Maklumat Kenapa Perlu Pemuda Pertahan Provokasi Armada. - Media Shah Alam

Header Ads

Sedikit Maklumat Kenapa Perlu Pemuda Pertahan Provokasi Armada.

1. Mereka bertindak membuat provokasi terlebih dahulu di dalam Facebook mencabar kami.

2. Mereka nak datang dengan Jumlah 100-150, Jemputan melalui semua medium siber mereka(Datangnya 20 Orang)

3. Mereka membawa placard provokasi. Sekiranya niat hantar memorandum dengan aman, tak perlu bawa sepanduk biadap.

4. Nak hantar memorandum, biarlah kena dengan adabnya.

5. Mereka ajak Presiden UMNO Dato' Sri Najib Razak berdebat isu 1MDB, mereka silap kerana untuk isu tersebut mereka perlu jemput Najib atas kapasiti Perdana Menteri. Pi jemput di Putrajaya sepatutnya.

6. Mereka dakwa ditumbuk, sebenarnya tidak ditumbuk dan berlaku tolak menolak iaitu perkara biasa jer. Mereka dah minta maaf dan akui tiada yang tumbuk.

7. Kami tidak akan biarkan perkara yang sama berulang 2 kali. Cukuplah sekali budak Adam Adli bertindak biadap menurunkan bendera UMNO - Sang Saka Bangsa di perkarangan Menara Dato Onn, Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

8. Banyak cara boleh hantar memorandum, antaranya menggunakan perkhidmatan Pos Laju, courrier, email, faks dan sebagainya. Nak juga hantar berkumpulan dan siap buat provokasi tu, dah kenapa?

9. Kita faham mereka serpihan ahli UMNO yang telah tersesat jauh dan tersilap langkah. Mereka mungkin rindukan PWTC. Jadi perasaan mereka tu membuak-buak nak pijak PWTC, namun apakan daya.

10. Kita Pemuda UMNO, takkan selangkah berundur ke belakang mempertahankan agama, parti dan tanah air.

Razlan Rafi

#AnakJantanUMNO
#PemudaWilayah

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.