Tetiba Mahathir dan Muhyiddin Mahu Jadi Hero FELDA - Media Shah Alam

Header Ads

Tetiba Mahathir dan Muhyiddin Mahu Jadi Hero FELDA

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak perlu warning Barisan Nasional bahawa kawasan pilihan raya di Felda tidak lagi menjadi kubu kuat parti pemerintah.

Beliau yang juga naib presiden Pakatan Harapan sepatutnya sedar diri dan tidak terlalu ikut dogeng Mat Jenin berikutan PPBM sendiri belum cerah bagi memperolehi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Ketika Muhyiddin berada dalam Barisan Nasional,pemimpin PAS,PKR dan DAP juga berkata pekara sama,namun usaha keras bertahun-tahun langsung tidak berbaloi.

Usaha Muhyiddin untuk memperkecilkan Barisan Nasional dengan menyatakan program Pakatan Harapan mendapat sambutan baik di kawasan Felda,sebenarnya dia masih lagi pemimpin parti yang tidak sedar diri.

Masyarakat Felda memerlukan pelbagai jenis bantuan daripada kerajaan persekutuan bukanya mahu program dan ceramah fitnah sambil minum air sirap.

Pada awal-awal pembukaan tanah Felda,pembangkang pada waktu itu telah menghasut dengan dakyah,kononya peneroka Felda adalah kuli kerajaan.Takkan Muhyiddin tidak tahu.

Setakat ini,Barisan Nasional tidak bermimpi di siang hari atau berpegang falsah dogeng Mat Jenin,segalanya terbukti peneroka Felda kini mampu hidup selesa.

Ketika masyarakat Felda,terutamanya ketika mereka hidup susah malah jauh dari mimpi untuk memiliki sebuah rumah selesa,dimana pembangkang dan Muhyiddin juga patut tahu.

Ketika memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri,berapa kerapkah Muhyiddin melawat Felda?.

Semasa Mahathir perdana menteri,masyarakat Felda jarang dipedulikan malah jauh sama sekali untuk dapat bantuan tunai bagi meringankan beban terutamanya menjelang raya.

Tetiba sahaja Mahathir dan Muhyiddin mahu jadi hero bersama angkatan tentera yang sanggup bawa lori Fitnah masuk Felda.

Muhyiddin tidak perlu jadikan kemelut FGV dan 1MDB sebagai modal untuk tipu masyarakat Felda kerana selama ini pembangkang tidak pernah menyumbangkan apa-apa walaupun secupak baja.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.