Zahid Setia Pada PM Najib - Media Shah Alam

Header Ads

Zahid Setia Pada PM Najib

KUALA LUMPUR, 28 Julai ― Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tetap setia pada Datuk Seri Najib Razak apabila beliau dipanggil “perdana menteri”.

Timbalan perdana menteri terpaksa membetulkan apabila seorang peserta pertemuan ulama antarabangsa di sini tersilap menyebut Zahid sebagai perdana menteri.


“Saya belum lagi menjadi perdana menteri. Saya timbalannya sahaja,” kata Zahid, dengan ketawa para perwakilan. “Saya setia pada Najib.”

Ucapan ini bukan sebahagian teks ucapan penutup Persidangan Ulama Antarabangsa 2017 di Universiti Teknologi Malaysia di sini petang ini.

“Dan saya percaya idea beliau mengenai kesederhanaan dan saya akan membantu beliau menterjemahkan ideanya ke dalam sistem ini,” katanya lagi.-MALAY MAIL


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.