Anak ADUN Kedah Maut Dalam Kemalangan - Media Shah Alam

Header Ads

Anak ADUN Kedah Maut Dalam Kemalangan

JITRA: Dua maut termasuk seorang daripadanya anak lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar, selepas kereta yang mereka naiki terbabit kemalangan petang tadi.

Irfan Aminuddin, 20, bersama rakannya, Wan Khuzairi Wan Chik, 27, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit dalam dalam Toyota Hilux dinaiki.

Kemalangan jam 4.30 petang di Kilometer 12.7 Lebuhraya Changlun-Jitra berhampiran Kampung Bendang Perang di sini berlaku apabila Toyota Hilux terbabit dikatakan terbabas dan merempuh pokok.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba dua mangsa didapati tersepit di dalam pacuan empat roda yang remuk, sebelum kedua-dua mereka dikeluarkan.

"Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.-BERITA HARIAN

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.