Bangunan LHDN dan Kastam Bergegar Akibat Gempa Bumi - Media Shah Alam

Header Ads

Bangunan LHDN dan Kastam Bergegar Akibat Gempa Bumi

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com




JOHOR BARU, 13 Ogos — Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Menara Kastam Johor di sini dilaporkan bergegar akibat gempa bumi di selatan Sumatera pagi ini.

Kedua-dua bangunan itu antara tertinggi di Larkin berdepan kesan gegaran gempa bumi 6.4 skala Richter, pada 11.23 pagi, lapor Harian Metro.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi kuat berlaku pada 11.08 pagi, iaitu 78 kilometer dari barat daya Bengkulu, Indonesia.

Ia berpusat di koordinat 4.0 selatan dan 101.4 timur di selatan Sumatera, dan berkedudukan 363 kilometer dari barat daya Pontian, Johor.-MALAY MAIL


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.