Bapa Didakwa Atas Lebih 600 Tuduhan Rogol dan Liwat - Media Shah Alam

Header Ads

Bapa Didakwa Atas Lebih 600 Tuduhan Rogol dan Liwat

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PUTRAJAYA: Pendakwaan terhadap seorang bapa atas lebih 600 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal ke atas anak kandungnya berusia 15 tahun, terpaksa ditunda ke sebelah petang.

Difahamkan, ia berikutan pegawai penyiasat terpaksa mengira semula kertas pertuduhan sebelum mendaftarkan kes itu.

Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 9 pagi dan dibawa ke lokap sementara menanti pertuduhan dilakukan.

Kira-kira 20 petugas media menunggu di pekarangan kompleks mahkamah seawal jam 8 pagi tadi kerana difahamkan pendakwaan terhadap lelaki itu akan dilakukan pada sebelah pagi.

Media sebelum ini melaporkan, suspek berdepan sekurang-kurangnya 600 pertuduhan liwat dan rogol anak kandung.

Lelaki berusia 37 tahun itu, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.