Beranikah Mahathir Sahut Saranan PAS Supaya Melawat Kg.Memali? - Media Shah Alam

Header Ads

Beranikah Mahathir Sahut Saranan PAS Supaya Melawat Kg.Memali?

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PAS pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menyuarakan saranan agar Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menghilangkan prejudis dan marah penduduk kampung itu tentang isu Memali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata selepas perkara itu disuarakan kepada Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk disampaikan kepada bapanya yang juga pengerusi PPBM, tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir.

“Tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir sehinggalah ia dibangkitkan kembali oleh individu dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’ di Shah Alam, Selangor baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu berkata kekecohan pada program itu mungkin boleh dielakkan selain menyelesaikan banyak perkara lain jika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke kampung Memali.

“Meskipun ia kes lama tetapi selagi ia tidak diselesaikan, walau berapa lama sekalipun, selagi itulah ia akan diperkatakan,” katanya.

Beliau berkata PAS sejak dahulu mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan mewujudkan inkues berkaitan tragedi terbabit.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.-MALAYSIAN TIMES

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.