Empat Beranak Direman Kes Rogol Dua Beradik - Media Shah Alam

Header Ads

Empat Beranak Direman Kes Rogol Dua Beradik

KOTA SAMARAHAN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan empat lelaki berusia 26 hingga 57 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol dua beradik, sejak enam tahun lalu.

Empat suspek yang ditahan polis di Kampung Daha Seroban, Serian, petang semalam itu adalah datuk, bapa kandung serta dua bapa saudara kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun.

Mereka yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini, pada jam 1 tengah hari tadi, dengan diiringi anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Dayang Roselind Awang Mahdini kemudian mengarahkan semua suspek ditahan reman di IPD Serian di Serian untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Perbuatan empat beranak itu terbongkar selepas pihak Hospital Serian membuat pemeriksaan terhadap seorang wanita yang hamil 25 minggu, petang semalam.

Pihak hospital kemudiannya memaklumkan kepada polis selepas wanita berusia 19 tahun itu mendakwa menjadi mangsa rogol dan ketika ditemubual, mangsa mendedahkan perbuatan itu dilakukan oleh empat lelaki iaitu datuk, bapa kandung serta dua bapa saudaranya.

Malah mangsa turut mendedahkan, adiknya yang kini berusia 14 tahun turut menjadi mangsa pemuas nafsu empat lelaki terbabit sejak dia berusia sembilan tahun.

Bertindak atas maklumat itu, polis menahan kesemua suspek di kediaman mereka pada jam 3 petang semalam.-BERITA HARIAN

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.