Gagal Jawab Soalan Liwat,Mukhriz Tampil Angkat Ekor Bapanya - Media Shah Alam

Header Ads

Gagal Jawab Soalan Liwat,Mukhriz Tampil Angkat Ekor Bapanya

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Sekiranya Mahathir lebih berani daripada Najib,kita rakyat Malaysia patut bertanya kepada Mukhriz,kenapa semasa pristiwa Memali Mahathir sanggup menipu kononya dia berada di luar negara?.Sedangkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur.Ini bermakna rakyat Malaysia pelbagai kaum ditipu selama puluhan tahun.

Setelah Mahathir gagal menjawab isu liwat daripada seorang anak muda dikenali dengan nama Fariz Hadi dan seorang lagi yang ajukan soalan berkaitan peristiwa Memali,Mukhriz pula tampil menyatakan Mahathir bersedia mengambil risiko seperti yang dilaporkan Sinar Harian Online dengan tajuk berita"Mahathir lebih berani banding Najib".

Kalau benar Mahathir berani mengambil risiko,kenapa Mahathir dan penganjur tidak berani mengakui punca rusuhan Nothing To Hide 2.0 berpunca kegagalan menjawab soalan yang ditanya hadirin dan juga kegagalan pihak penganjur mengawal keselamatan walaupun telah menyediakan 150 sukarelawan?.

Malah Mahatir tidak melarang segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib dan Umno yang kononya dalang kepada terjadinya insiden rusuhan di Dewan Raja Muda Musa ketika forum Nothing To Hide 2.0 pada Ahad.Sekiranya benar Mahathir bersedia mengambil risiko berbanding Perdana Menteri,kenapa dan mengapa beban yang patut di pikul sendiri hendak diletakkan di atas bahu orang lain?.

Baru di asak dengan dua isu panas program dah kecoh,ini menunjukkan tahap kesiagaan mental (kesiapan mental untuk memberi respons segera terhadap rangsangan yang datang) penyokong-penyokong Pakatan Harapan lembik seperti agar-agar.

Mahathir turut sentuh beberapa perkara yang sebelum ini diulas termasuk isu salah laku Najib, mungkin pihak sana tak dapat beri respons ilmiah, kerana wakilnya tak hadir, maka cara protes adalah dengan baling kerusi dan lontar suar,” kata Mukhriz yang turut nafikan isu Memali dan Anwar antara punca ahli Pas dan PKR masih tidak dapat menerima Mahathir.

Semasa Mahathir sentuh beberapa perkara berkaitan Najib kecoh tidak berlaku dan mengapa Mukhriz berkata mungkin pihak sana tak dapat beri respons ilmiah,sedangkan kekecohan berlaku ketika soalan berkaitan Memali.Apakah telinga penyokong Pakatan Harapan sakit dengar soalan itu lalu buat kecoh?

SIAPA BAJU HITAM BALING KERUSI KEARAH ORANG RAMAI?TONTON VIDEO

Nampaknya Mukhriz membutakan mata tidak menonton video berkaitan rusuhan itu yang sedang viral di media malah cuba memutar isu sebenar supaya rakyat meletakkan kesalahan kejadian rusuhan itu diatas bahu pemimpin Umno.

Menurut Mukhriz, pihaknya yakin provokasi itu bukan dilakukan ahli Armada sendiri, sebaliknya pihak luar yang menyamar sebagai ahli.

Sekiranya benar pihak luar menyamar sebagai Ahli,siapakah yang pakai baju hitam baling kerusi kearah hadirin?.Sedangkan tiada hadirin dibekalkan baju PPBM berwarna hitam?.

Kata Mukhriz Lagi,Mereka pakai baju Armada yang berbeza, untuk program itu penganjur bekalkan baju rekaan baharu, di mana baju dipakai sekumpulan yang buat kecoh berbeza. Saya nampak kumpulan anak muda itu membuka baju dan buang baju merah itu di tepi jalan selepas forum.
Itulah tololnya dan sejuknya akal Mukhriz,berkata-kata seolah-olah orang lain tidak pandai buat penilaian.

Untuk pengetahuan Mukhriz dan tentera lembik Armada,Cubaan berselindung disebalik jari tidak akan selamat dan sebab itulah ada yang buka dan buang baju,pekara itu bukan sahaja dapat dilakukan penduduk Papua New Guinea malah bebudak hingusan Armada juga boleh lakukan.-MEDIA SHAHALAM

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.