Ketua AMK Kelantan Dipecat Serta Merta - Media Shah Alam

Header Ads

Ketua AMK Kelantan Dipecat Serta Merta

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KOTA BHARU 28 Ogos – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran dipecat daripada jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

Pengarah Komunikasi PKR negeri, Mohd. Sukirman Mustapa yang mengesahkan perkara tersebut berkata, beliau difahamkan Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan pemecatan tersebut kepada Mohd. Hafidz Rizal melalui kiriman WhatsApp sekitar pukul 9.08 pagi tadi.

Sementara itu, Mohd. Hafidz Rizal dipetik daripada status facebooknya berkata, dia menerima kiriman WhatsApp berhubung pemecatan tersebut daripada Nik Nazmi pagi ini.

“Saya akan menyatakan pendirian dan memberi maklum balas mengenainya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Baru-baru ini Jawatankuasa AMK Kelantan mengumumkan hilang sokongan terhadap Mohd. Hafidz Rizal dan mendesak beliau supaya meletak jawatan.

Naib Ketua AMK negeri, Mohd. Khairul Amin Abdul Rahman dilaporkan berkata, majoriti Ketua AMK Cabang turut menandatangani satu memorandum kepada pucuk pimpinan pusat supaya Mohd. Hafidz Rizal dilucutkan daripada jawatan tersebut

Sebelum ini, PKR Kelantan dikatakan terbahagi kepada dua kumpulan selepas Pengerusinya, Ab. Aziz Ab. Kadir dilihat cenderung bekerjasama dengan Pas kerana mahu mengekalkan lantikan politik PKR di negeri ini.

Mohd. Hafidz Rizal juga dikatakan merupakan salah seorang pimpinan negeri yang menyokong kuat hasrat Ab. Aziz. – UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.