Maut Dibunuh Abang - Media Shah Alam

Header Ads

Maut Dibunuh Abang

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SITIAWAN: Remaja berusia 15 tahun maut dipercayai dibunuh abangnya di sebuah rumah di Simpang Lima, Pekan Gurney di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata kejadian itu dimaklumkan orang awam kepada polis pada jam 7 petang.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham.

"Mangsa ditikam abangnya berusia 30 tahun yang dipercayai mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau.

"Akibat kejadian itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan selepas dipujuk dan pisau yang digunakan turut dirampas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.