Najib Dituduh Sebagai Dalang Nothing To Hide 2.0,Biar Iblis Aminkan - Media Shah Alam

Header Ads

Najib Dituduh Sebagai Dalang Nothing To Hide 2.0,Biar Iblis Aminkan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Walaupun teknologi dunia penyiaran dan penyiasatan bertambah maju dan cangih tidak mungkin secepat bisikan iblis ditelinga manusia.

Namun begitu,ada kemungkinan manusia yang menuding jari kearah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden rusuhan ketika forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad telah dihubungi iblis.

Kalau tidak iblis siapa lagi?,tak mungkin manusia biasa akan memperolehi maklumat secepat itu,sedangkan pihak yang profesional dalam penyiasatan seperti polis dan tentera mengambil masa berhari-hari bahkan berbulan dan bertahun bagi mempastikan kesahihan kerana perlu mengumpul bukti secukupnya.

Semudah dan secepat bisikan iblis mereka mengatakan insiden forum Nothing To Hide 2.0 didalangi Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa menggunakan konsep tabayyun.

Umumnya tahu tabayyun tidak digemari iblis dan sikap gopoh gapah merupakan satu resapan yang digemari makhluk yang dilaknat setelah ingkar perintah Allah sejak Nabi Adam.

Oleh kerana itu,terjadilah fitnah dan iblis bersorak sakan,manakala itu pihak polis masih lagi menyiasat punca sebenar insiden rusuhan yang memalukan tanpa sempadan.

Pemimpin negeri mahupun kumpulan atau individu bukan pro Umno/Barisan Nasional perlu belajar muhasabah diri dan cari dimana lompong,setelah itu tutuplah kelemahan dengan membaiki segala kesilapan tanpa menuduh orang lain sebagai dalang kepada kejadian itu.

Sebagaimana yang diketahui umum hak mempertahankan diri ada batasnya,terlebih batas akan memakan diri dan tidak hiaranlah sekiranya saman dari pihak Datuk Seri Najib akan megundang ke mahkamah.

Walaupun pihak polis menahan tiga remaja lelaki susulan insiden kekecohan dan membakar suar dalam forum “Nothing To Hide 2.0 telah dilihat kebagusan tugas mereka,namun moral parti politik dalam Pakatan Harapan mula dipersoalkan.

Ramai percaya,sekiranya jawapan diberi Mahathir mengikut apa yang ditanya tidak mungkin insiden rusuh berlaku seteruk itu,tetapi Mahathir tidak menjawab apa yang patut dijawab berdasarkan soalan,sebaliknya “spin” selaju kipas mesin basuh pula diputarnya.

Sementara itu parti PPBM melalui Armada menuduh suspek yang membuat kecoh di program Mahathir Mohamad sebagai “remaja upahan” berikutan tidak memenuhi syarat untuk menyertai sayap itu.

Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman berkata remaja bawah umur itu, yang ditahan polis semalam, tidak memenuhi syarat untuk menyertai sayap itu.

Persoalan yang patut diajukan pada ketua Armada,Apakah selama ini pihak PPBM memberi baju secara percuma atau jual bertanya umur penerima terlebih dahulu dan meminta kad ahli parti?.

Setahu umum,tidak pernah wujud tanda pada meja urus setia program yang dianjur PPBM peserta mestilah mempamirkan kad ahli parti kepada pihak urus setia atau penjual sebelum membeli atau memperolehi baju secara percuma.

PPBM juga tidak pernah umum apa warna dan logo baju PPBM  rasmi,yang ramai tahu warna merah dan logo PPBM.

Sesetengah pengguna Facebook bukan pro Barisan Nasional bermati-matian menuduh Umno sebagai dalang,dan orang Umno sendiri pula rasa hairan kerana logo baju Umno/Barisan Nasional tidak diumumkan telah ditukar kepada logo bunga yang digunakan PPBM.

Oleh itu,tuduhan terhadap Datuk Seri Najib sebagai dalang insiden rusuhan di Nothing To Hide 2.0 pada Ahad biarlah Iblis yang aminkan.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.