Nak Tinggalkan PAS Silakan, Daripada Mengganggu Serta Merosakan Imej Parti Lebih Baik Pergi… - Media Shah Alam

Header Ads

Nak Tinggalkan PAS Silakan, Daripada Mengganggu Serta Merosakan Imej Parti Lebih Baik Pergi…

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Ura-ura Ahli Parlimen dan Adun PAS mahu lompat parti jadi perhatian pemerhati dan penulis berita politik negara sejak beberapa hari lalu.
Ia lebih hangat lagi apabila Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mereka perlu membuat keputusan untuk menyertai parti lain
“Kalau mereka hendak melompat, biarlah mereka melompat, kita tidak menghalang hasrat mereka itu.

Menurut seni politik,kenyataan Naib Presiden PAS itu merupakan cabaran kepada Ahli Parlimen dan Adun PAS malah memberi gambaran jelas bahawa parti Islam yang memerintah Kelantan sejak 90-an itu tidak akan terasa kehilangan.

Pada pandangan Mohd Amar , daripada duduk di dalam merosakan parti lebih baik keluar, itu pandangan saya secara peribadi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu hari ini.

Khabar angin anggota parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa akan keluar daripada PAS jadi bualan hangat netizen.

Tidak hairan jika ada pembual politik turut menuturkan Ahli Parlimen dan Adun tersebut diyakini tidak akan dipilih sebagai calon dari parti PAS pada PRU Ke-14 berikutan mereka sering dilihat dalam majlis anjuran Pakatan Harapan.

Ramai memberi pandangan,Ahli Parlimen dan Adun dari Pas itu sengaja berbuat begitu supaya mereka di pecat atau diambil tindakan disiplin menurut perlembagaan parti.

Dari sudut lain,Ahli Parlimen dan Adun tersebut mungkin dapat merasakan mereka tidak akan dipilih untuk bertanding diatas tiket PAS diatas beberapa pekara yang mereka sendiri tahu.
Untuk tidak kelihatan sebagai orang kecewa setelah meninggalkan PAS,mereka lebih awal lagi menghiburkan resah hati dengan paluan gendang yang dipersembahkan Pakatan Harapan.

PAS tidak pernah kurang pengganti yang akan pergi atau yang telah pergi meninggalkan kerana perjuangan sebenar tidak memerlukan manusia seperti itu.

Kepada Ahli Parlimen dan Adun yang berhasrat untuk meninggalkan PAS boleh berbuat demikian kerana sekiranya mereka masih kekal dalam PAS ia akan mengganggu serta merosakan imej parti.

Orang dah cabar tu,,belah lah…jangan buat muka tembok Pula…

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.