Petrol dan Diesel Naik Harga - Media Shah Alam

Header Ads

Petrol dan Diesel Naik Harga

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 5 sen dan 7 sen seliter manakala diesel naik 1 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 5 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.12 seliter berbanding RM2.07 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.39 berbanding RM2.32 sebelum ini.

Harga baharu diesel pula naik 1 sen menjadikan harga jualannya RM2.06 seliter berbanding RM2.05.

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 10 Ogos 2017 hingga 16 Ogos 2017.-BERITA HARIAN

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.