SPRM Serbu Rumah, Pejabat dan Pusat Khidmat EXCO - Media Shah Alam

Header Ads

SPRM Serbu Rumah, Pejabat dan Pusat Khidmat EXCO

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, sekali lagi menyerbu rumah, pejabat dan pusat khidmat EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Sumber SPRM berkata, serbuan bertujuan mengumpul beberapa dokumen tambahan bagi membantu siasatan kes operasi kilang pemprosesan habuk kayu haram di Sungai Lembu, Penanti.

"Kita menyerbu kediaman beliau di Sungai Puyu, kira-kira jam 11 pagi tadi.

"Ketika ini kita tangguhkan seketika serbuan di dua lokasi lagi kerana EXCO berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar di Kedah," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Kelmarin, Boon Poh, 65, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, selepas lima pegawai suruhanjaya itu melakukan serbuan ke pejabat EXCO berkenaan di Tingkat 53 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), kira-kira jam 11.30 pagi.-BERITA HARIAN

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.