Tindakan Mendakwa UMNO Dalang Rusuhan Nothing To Hide 2.0 Bukti Pembangkang Lahir Dari ''Longkang'' - Media Shah Alam

Header Ads

Tindakan Mendakwa UMNO Dalang Rusuhan Nothing To Hide 2.0 Bukti Pembangkang Lahir Dari ''Longkang''

Nothing To Hide 2.0 yang diadakan di Shah Alam kecoh dengan insiden baling kasut,kerusi,dan nyalaan sua dan botol terbang serta berlaku kecederaan merupakan jawapan kepada larangan pihak polis ketika Program Nothing To Hide yang pernah dianjurkan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) pada 5 Jun 2015.

Ketika itu UMNO terutamanya presiden parti Datuk,Seri Najib Tun Razak dikatakan pengecut dan sebagainya,tuduhan-tuduhan yang dilemperkan terhadap UMNO merupakan provokatif murahan dari cicak mengkarong bukan pro Barisan Nasional.

Nampaknya UMNO sekali lagi turut dikaitkan dengan apa yang berlaku di Nothing To Hide 2.0,namun itu semua satu tabir bagi menutupi ruang kelemahan pihak penganjur yang gagal mengawal keselamatan.

Baju hitam baling kerusi lawan dengan baju merah,pihak mana pakai baju hitam?
Mata melihat tahu siapa mereka?,tentu bukan orang UMNO.PPBM jangan butakan mata.

Segala dakwaan berperingkat yang dibuat semua pemimpin PPBM dan juga Menteri Besar Selangor membuka satu pertunjuk jelas perjuangan politik mereka lahir dari''longkang'' busuk.

Tindakan mendakwa UMNO sebagai dalang rusuhan itu lahir dari fikiran terdesak dan kebiasaannya kumpulan terdesak ini akan melemparkan tuduhan kepada pihak lain bagi menyelamatkan kepentingan mereka.

Walaupun tuduhan itu tidak melemahkan UMNO malah tidak juga memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan,sebaliknya moraliti dan kelemahan pihak pengajur terjejas teruk.

Sepatutnya siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan,tetapi tuduhan melulu terlebih dahulu di tuding kepada UMNO.

Pihak UMNO juga boleh menuduh sekiranya mahu,kerana usaha mengadakan Nothing To Hide 2.0 dilihat seperti provokasi kepada UMNO.

Tetapi pemimpin dan penyokong UMNO bukan lahir dari"longkang"dan sebab itulah tidak berlaku tuduhan terhadap pihak pengajur.

Pihak polis perlu perketatkan kelulusan sekiranya Pakatan Harapan memohon untuk mengajur program seperti ini.

Setakat ini terbukti kukuh balingan kerusi,tumbuk menumbuk berlaku dalam mesyuarat pembangkang malah boleh di akses berita berkaitan di carian google dengan mudah.-MEDIA SHAH ALAM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.