Usaha Mahathir Ganggu Siasatan RCI Forex Di Hari Pertama - Media Shah Alam

Header Ads

Usaha Mahathir Ganggu Siasatan RCI Forex Di Hari Pertama

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PETALING JAYA: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal terbesar dunia pertukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) bermula hari ini.

Cubaan pertama peguam Tun Dr. Mahathir Mohamed, Hanif Khatri Abdulla untuk menggantikan pengerusi panel Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan ahli panel Saw Choo Boon telah menemui kegagalan.

Pada prosiding hari pertama ini, sekurang-kurangnya terdapat dua “percubaan mencelah dan/atau usaha mengganggu” siasatan yang telah dilakukan oleh pihak Mahathir.

CUBAAN PERTAMA adalah peguam beliau berusaha untuk turut serta terlibat secara aktif dalam siasatan ini. Hanif dilaporkan telah menulis kepada Setiausaha RCI, Yusuf Ismail untuk terlibat mengendalikan pemerikasaan dan menyoal balas para saksi.

Meski pun Hanif mengemukakan alasan berdasarkan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), namun prosiding siasatan ini adalah perlantikan rasmi dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Ini bermakna, mereka yang terpilih merupakan professional yang dipercayai tahap integriti dan professionalismenya serta tidak dipengaruhi oleh sentimen mana-mana pihak yang mempunyai kecenderungan untuk tidak berlaku adil.

CUBAAN KEDUA menyaksikan permohonan siasatan tertutup terhadap kerugian pertukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditanggung dua puluh tahun lalu oleh Datuk Tan Hock Chuan, seorang peguam juga.

Memandangkan prosiding ini adalah pendengaran awam dan merupakan suatu siasatan (bukan perbicaraan), Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak bersetuju dengan permintaan Tan.

Ringkasnya, sesiapa sahaja orang awam samada yang berkepentingan atau tidak dalam siasatan ini boleh menghadirinya dan mengikuti episod demi episod sesi soal balas ahli-ahli panel dan saksi-saksi yang tampil memberi keterangan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Meski pun permohonan Tan berdasarkan kepentingan beberapa dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), namun Mohd Sidek dengan tegas menyatakan; “Tiada siapa yang sedang dibicarakan, kami telah ditugaskan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk melakukan ini.”

Tindakan dan alasan yang dikemukakan oleh Hanif dan Tan memberi mesej yang cukup jelas kepada rakyat Malaysia, Mahathir Mohamed sedang dalam ketakutan yang amat sangat, kerana klimak kepada siasatan ini adalah pendakwaan jenayah (sekiranya terdapatnya fakta dan bukti kukuh pendakwaan).

Situasi yang sama juga dilakukan oleh mantan TImbalaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memohon pelbagai penangguhan dan melewatkan-lewatkan perbicaraan kes liwat beliau suatu ketika dahulu.

Demikian juga apa yang sedang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dengan mencabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, meski pun seksyen tersebut tidak menggagalkan pendakwaan, sekadar melewatkan sahaja.

Sementara itu, pada prosiding hari pertama ini dua orang bekas pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Aziz Abdul Manap dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, dipanggil untuk memberi keterangan.

Pendedahan Abdul Aziz bahawa BNM telah mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM31 bilion dari tahun 1988 hingga 1994 sementara Ahmad Hizzad Baharuddin pula menyatakan BNM “tidak mempunyai sistem pemeriksaan dan imbangan” dan “pengawasan ke atas Jabatan Pertukaran Asing didapati lemah”.

PASTINYA, siasatan yang mengambil masa sepuluh hari ini penuh dengan drama dan kenyataan menarik dan penuh debaran kepada pihak-pihak tertentu.

Apakah prosiding siasatan ini akan berlanjutan berbulan-bulan lamanya atau mampu diselesaikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan, banyak bergantung kepada sejauhmana gangguan yang diberikan oleh pasukan Mahathir dan ketegasan serta ketabahan ahli panel menghadapinya. – ASPIRASI PERDANA

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.