Slider

Video

Politik

Berita Semasa

Global

Jenayah

Sukan

Hiburan

» » Polis Bawa Suspek Tampar Imam Ke Balai Polis Tun H.S. Lee




Susulan kejadian seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara ketika mengimamkan solat Jumaat pada 18 September 2015 telah mendakwa beliau telah mendengar suara halus menyuruhnya agar menjadi imam menjadi tanda tanya seluruh netizen.

Sebelum kejadian lelaki berusia 31 tahun dari Kashmir,India itu dilapor berada di saf kedua.

Imam yang mengimam solat Jumaat ialah Imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim,suspek dari Kashmir  telah menghampiri dan menoloknya agar tidak lagi mengimamkan solat Jumaat.

Imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim telah menepis tangan suspek bagi menghalang suspek  merampas mikrofon dibajunya dan ketika itu suspek menampar muka imam Mohd Zuhairee dengan kuat.

Dua dari jemaah yang berada tidak jauh dari Imam Imam Mohd Zuhairee bertindak keluar dari saf dengan segara bagi menghalang  suspek terus bertidak kasar.

Dua jemaah yang telah bertindak keluar saf itu telah membawa suspek menuju ke pejabat.


Selepas selesai solat Jumaat terdapat jemaah yang berang bertindak mengepung bilik keselamatan dan memukul suspek ketika dibawa masuk kedalam kereta Polis.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun H.S. Lee dan ditahan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan: