Slider

Video

Politik

Berita Semasa

Global

Jenayah

Sukan

Hiburan

» » Ibu Ayam Licik Jual Tubuh Gadis Online


Segelintir gadis tempatan dikesan sanggup melakukan 'jelajah maksiat' di seluruh negara semata mata mahu memperoleh wang mudah dengan menjual tubuh kepada lelaki hidung belang hingga mampu me- raih pendapatan mencecah pu- luhan ribu ringgit sebulan.

Kegiatan tidak bermoral itu mulai aktif sejak awal tahun ini dengan lebih 10 gadis berusia 20 dan 30 tahun menjual tubuh mereka de­ngan menginap di hotel di setiap daerah di seluruh negeri mencari pelanggan.

Modus operandi mereka adalah pelanggan hanya berhubung menggunakan orang tengah di kenali sebagai 'Fya' menerusi ap- likasi WeChat dan WhatsApp sebelum diperkenalkan kepada ga­dis terbabit.

Fya yang berperanan sebagai ibu ayam memuat nalk status lokasi terkini gadis terbabit kepada pelanggan dan mengambil pesanan menerusi pembayaran wang pendahuluan RM100 hingga RM500 bergantung kepada pakej disediakan.

Perkhidmatan ditawarkan ga­dis terbabit termasuk urutan batin, teman sosial, teman tidur dan seks dengan harga serendah RM250 untuk satu jam sehingga RM1.500 bagi tempoh lebih enam jam.

Gadis terbabit bermalam di ho­tel tertentu di seluruh negara dan Fya pula berperanan sebagai orang tengah dan apabila per- setujuan dicapai, lelaki hidung belang dimaklumkan nombor bilik penginapannya.

Ibu ayam itu licik dalam fnenyembunyikan kegiatan berkenaan kerana hanya le­laki tertentu iaitu selepas disyorkan pelanggan tetap boleh membuat pesanan atau menempah gadis ter babit.

Kebiasaannya, gadis ter­babit hanya berada di satu tempat dalam jangka masa singkat iaitu tiga hari ber­gantung kepada permintaan sebelum berpindah ke da erah lain untuk mencari pe langgan baru.
Walaupun kegiatan itu dilakukan secara tersembunyi, ia popular dalam kalangan lelaki hi­dung belang di seluruh negara hingga mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan terma­suk remaja belasan tahun.

Malah, kebanyakan pelanggan gadis terbabit lelaki yang sudah berusia, malah ada yang bercucu, namun sanggup berhabis ribuan ringgit untuk melanggan gadis di­sediakan.

Melihat kepada permintaan dan kegiatan individu tidak bertang gungjawab itu, seolah olah me­nu njukkan mereka tidak gentar kepada undang undang selain sanggup melanggar hukum Islam yang melarang umatnya terbabitdalam kegiatan berunsur mak­siat.

Seorang pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat gadis terbabit dikenali sebagai Azman, 34, berasal dari daerah ini berkata, mereka dikawal beberapa lelaki bagi mengelak kejadian ti­dak diineini berlaku.

"Gadis terbabit dijaga pengawal yang menunggu di depan hotel dan akan bertindak jika ada pe­langgan membuat hal atau tidak mahu membayar baki wang se­lepas menjalankan urusan.
"Saya beberapa kali beruru- san dengan ibu ayam itu dan pelanggan hanya boleh meng­gunakan khidmat gadis terbabit jika membuat bayaran penda huluan kepada Fya," katanya ketika dite- mui, di sini.

Azman berkata, semua urusan berhubung gadis terbabit hanya dijalankan menerusi We­Chat dan dia tidak per- nah bertemu ibu ayam itu.

"Kalau nak masuk kumpulan WeChat atau WhatsApp itu bukan mudah kerana perlu di­syorkan pelanggan lain sebelum dipersetujui ibu ayam kerana dibimbangi kegiatan diketahui pihak berkuasa.

"Gadis terbabit aktif menjalan­kan kegiatan itu kerana hampir setiap hari Fya memuat naik sta­tus lokasi terkini mereka untuk ditempah dan ia mendapat per­mintaan ramai lelaki untuk melempiaskan nafsu," katanya.

Harian Metro Ahad 4 Oktober 2015

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan: