November 2015


REMBAU - Hasrat sepasang suami isteri pulang bercuti di kampung mereka di Seremban tidak kesampaian apabila pasangan itu maut manakala anak mere­ka cedera parah selepas kereta dinaiki keluarga itu bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 14.7 Jalan Seremban Tampin, berhampiran Ladang Hentian Tinggi di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, pekerja kilang, Khairul Anwar Tajuddin, 34, dan isterinya, Murni Muham­mad, 26, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelaki pasangan itu, Mu­hammad Muizuddin, 2, ced­era parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Nahas membabitkan kereta Proton Persona yang dinaiki keluarga terbabit dengan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang turut mengalami kecederaan parah dipercayai patah kaki. Difahamkan, keluarga terba­bit dalam perjalanan dari Melaka ke Seremban untuk bercuti.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibra­him Sharif berkata, hasil siasatan awal mendapati, kereta Honda Civic dipandu lelaki itu dari arah Seremban menghala ke Tampin tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh kereta Persona yang dipandu Khairul Anwar dari arah bertentangan.

"Rempuhan mengakibatkan kereta Proton Persona terbabas dan terbalik ke longkang sebelah kiri jalan dari arah Jalan Seremban menghala ke Tampin," katanya sambil me- nambah punca kemalangan masih dalam siasatan.

Mayat pasangan tersebut dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

-Kosmo Isnin 30 November 1025 -m.s 8


Seorang pekerja penyambungan paip mati lemas setelah disedut oleh tekanan air ketika membaiki batang paip di loji atas bukit Melinsung di Jalan Papar dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa dikenali Jason Impas, 23.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geogre Abd Rakman berkata, sebelum kejadian mangsa bersama tiga rakannya sedang melakukan kerja pembaikan paip sebesar 18.4 sentimeter di loji berkenaan.

Katanya, kaki kanan mangsa secara tiba-tiba telah termasuk ke dalam batang paip dipercayai disedut tekanan air setelah mengali tanah sedalam hampir 1.2 meter.

"Serentak dengyn itu, air paip dari loji tersebut telah melimpah dengan deras menyebabkan lubang yang digali mangsa dipenuhi air.

"Mangsa cuba diselamatkan oleh tiga rakannya namun gagal beriku- tan kaki kanan mangsa yang ter- sangkut dalam batang paip berk­enaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, sepasukan anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kemudiannya telah berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

George menambah, mayat man­gsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Papar.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur-unsur jenayah berlaku," jelasnya.

Gambar terkini .kawasan rendah telah dinaiki air
Gambar hampir malam pada 29-11-2015 air sungai Golok sudah melimpahihi
tebing
Gambar ini pada 4.40  petang  29-11-2015(Sungai Golok)

Terkini Banjir Kelantan-Kawasan rendah.air sedang naik,Kg.Tok Deh,Lubok Gong,Kg Tersang,       Kg, Kelawar,Kg,Banggol Nyior,Kg,Lancang,Kg.Lubok Penghulu,Kg.Bongor.,Kg.Banggol Kedongdon sedang di ziarahi banjir,manakala hujan pula sedang berlaku..sampan dah boleh kayuh masuk kawasan rumah,

Menurut saudara penulis,kampung saya kini ditenggelami banjir,kerisauan sedang melanda seluruh penduduk kampung yang sedang ditenggelami banjir berikutan pengalaman pahit bah kuning setahun lalu.

Hujan sedang berlaku..semuag Allah melindungi semua mangsa banjir






Banjir kilat terkini berlaku di negeri Pulau Pinang  ketika Mereka semua sedang seronok meraikan kemenangan Exco tembatan banjir sebagai pengerusi DAP Pulau pinang di sebuah hotel berdekatan dengan tempat banjir ini.

Jika DAP sering menyalahkan BN,kini ketikanya DAP pula akan dicemuh oleh rakyat akibat gagal menyelesaikan masalah banjir kilat yang membelenggu negeri itu.

Apa pun pemimpin DAP seperti yang diketahui umum akan menguci mulut dari menjawab tekanan rakyat berkaitan dengan masalah berlaku.






TOLAK sikap bermimpi disiang hari adalah amat penting kepada semua pemimpin UMNO kerana parti terbesar orang melayu Sedang diserang oleh musuh politik tradisi dan dalaman.

Jika menteri besar Selangor Azmin Ali boleh muncul diwarong-warong kopi tanpa disangka-sangka kenapa dikalangan pemimpin UMNO tidak boleh berbuat sedemikian.

Buanglah sikap mahu rakyat perkadirkan diri mereka kepada pemimpin dan parti jika pemimpin UMNO sendiri masih lagi tidak meninggalkan sikap eksluSif .

Jika pemimpin mahu rakyat perkadirkan diri pada parti pemimpin TERLEBIH dahulu kadirkan diri pada rakyat  dalam kawasan kerana merekalah penentu nasib masa depan parti.

Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh muncul ditenggah-tengah rakyat seperti pasar malam dan sebagainya, kenapa pemimpin UMNO yang lain harus ada satu program khas baru muncul untuk bersama rakyat.

Inilah yang menjadikan perbezaan besar antara pembangkang dengan BN yang mana dilihat seperti masih selesa walaupun diserang begitu hebat.

Dalam masa Datuk Seri Najib diserang masih lagi ada pemimpin UMNO bahagian tidak mahu kadirkan batang tubuh pada pengundi walaupun sedar kini UMNO sedang nazak akibat diserang dipelbagai penjuru.

Isu demokrasi telah mati dalam parti UMNO mula menjadi bualan setelah beberapa penderhaka  dipecat dari jawatan yang dipikul dan ada juga yang dipecat dari terus berada dalam keahlian parti gara-gara telah diterajang dari lingkup wadah orang Melayu terbesar negara ini.

Berkaitan Demokrasi dalam parti telah berkubur ini menjadi modal besar bekas Ketua Wanita Umno Gopeng  Datuk Hamidah Osman berikutan beliau dipecat oleh Majlis tertinggi UMNO pada Selasa lalu.

Namun begitu semangat melawan yang ditilek seperti dendam sudah  ada pada Hamidah Osman bukan boleh dimatikan begitu sahaja.

Sementara itu Shafie Apdal pula membidas tindakan pimpinan tertinggi parti itu yang membuat keputusan untuk menghalang Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dalam perasmian sayap-sayap parti.

Dikala pembangkang mempertingkatkan serangan terhadapa BN dan Perdana Menteri  musuh yang dahulunya dianggap berada dalam selimut kini muncul tanpa segan silu dengan menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib diatas sebab rasa dendam yang tidak dapat diubati oleh doktor dan pawan.

Ingatlah..motorsikal lama kini lebih bernilai dari yang baru,namun kelajuanya tidak senilai dengan harga diri.




KOTA BHARU - Seorang penjenayah yang dikehendaki polis di tiga buah ne- geri sejak empat tahun lalu berjaya di- tahan polis pada Jumaat lepas selepas dia bertindak mengugut bekas isterinya dengan membakar peluru di hadapan rumah mangsa di Kampung Kulim, Pasir Puteh dekat sini.

Ketika serbuan dilaku- kan pada pukul 4 petang hasil maklumat orang . awam, sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Berat (D9) IPK Kelantan di sini menda- pati suspek berusia 30 tahun itu sedang tidur di rumah bekas mertuanya di kampung berkenaan.
Ketua Polis Kelantan,Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek itu yang menyedari kehadiran po­lis untuk menangkapnya kemudian cuba melari- kan diri dari rumah tersebut.

"Suspek cuba melarikan diri sebelum beraku pergelutan dengan anggota polis yang kemudian berjaya menangkapnya. Pemeriksaan rapi berjaya menemui sepucuk pistol Baretta buatan Itali yang disorok di bawah bantalnya.

"Dalam kelopak pistol itu, terdapat 15 butir peluru hidup jenis 9mm Luger AP 15. Sebutir peluru lagi berada dalam laras pistol. Dengan kata lain, suspek memang sudah bersiapsedia untuk melepaskan tembakan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab.

Mazlan berkata, pada 2011, suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memotong tangan seorang lelaki namun dia menghilangkan diri selepas mahkamah membenarkan jaminan ke atasnya.Beliau berkata, bagi mengelakkan dirinya ditahan pihak polis, suspek hidup berpindah- randah dan dia pernah melakukan ugutan bagi meminta bekas isterinya berusia 20-an rujuk semula kepadanya pada 24 Ogos lalu.

"Lelaki berasal dari Machang itu seolah-olah gila talak apabila mengamuk dengan menun- jukkan sifat kelakian di hadapan rumah bekas isterinya di Pasir Puteh apabila membakar peluru hidup.

"Kita membuka siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut. Selain itu dia juga dikehendaki bagi kes cubaan membunuh di Kuantan, Pahang (15 Ogos 2015) serta menghalang tugas penjawat awam di Batu Rakit, Terengganu (2 April 2013)," ka- tanya.

Beliau berkata, suspek yang positif ujian air kencing itu direman selama seminggu sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

"Reman suspek akan disambung bagi mem­bantu siasatan berhubung kes-kes terdahulu," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mazlan berkata, pada pukul 3.30 pagi 20 November lalu, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 29 tahun yang dipercayai terlibat den- gan kegiatan pengedaran dadah dalam satu lagi serbuan di Felda Chiku 6, Gua Musang

"Polis merampas sepucuk pistol jenis Colt Super .38 bersama satu kelopak peluru serta dua butir peluru yang dijumpai di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga milik suspek.

"Ketiga-tiga suspek ditahan untuk memban­tu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960," tambahnya.




PERINGATAN DAN TOLONG VIRALKAN..
PENIPU BESAR JUAL HANDPHONE SECARA ONLINE DAN JUGA BISNES PELABURAN MASIH BEBAS DILUAR SANA.
RAMAI YANG SUDAH TERKENA, ADMIN SENDIRI PUN TERKENA.
Dia menipu jual handphone dengan harga murah, bankin duit dulu pas tu kena tunggu handphone sampai dalam masa sebulan. tp tunggu punya tunggu handphone x sampai sampai.. dia akan bagi pelbagai alasan, dengan ayat manis konon2 gaya cakap macam orang alim2, lama - lama dia akan hilang.. call/sms/whatsapp semua xakan di layan..
dia juga ada bt bisnes pelaburan.. bagi dia duit, dlm sebulan dia akan bayar duit tu balik serta keuntungan.. jangan percaya. itu semua tipu..
NAMA DIA : IKHWAN BIN ISMAIL
ASAL. : KG MENGKETIL, MACHANG , KELANTAN.
NO I/C. : 840619035357
NAMA COMPANY : GT MUSTANG ENTERPRISE
Kami kumpul beberapa mangsa untuk sama2 jejak ikhwan ni. kami pernah kerumahnya di machang, tp ikhwan ni sangat licik dan liar orangnya. bukan senang tuk di berkas.sampai sekarang kami x berjaya mengesan dia dimana. dia kadang2 ada kt kajang kadang ada kt kelantan. kami tanya family dia pun family dia mcm x ambik kisah pasal dia. family dia pun xtau dia kt mana dan mcm dah x peduli pasal dia. abg dia ckp dia mmg penipu. banyak duit kami ada dengan dia.
beratus ribu..
BERINGATLAH.. JANGAN SAMPAI ANDA PUN TERKENA...
TOLONG VIRALKAN SAMPAI DIA TERTANGKAP.
KAMI NAK DUIT KAMI BALIK...






KUALA LUMPUR-Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2015 kepada 130 penerima.

Raja Permaisuri Agong,Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu yang berlangsung dibalairung Seri Istana Negara di sini bersempena sambutan keputeraan rasmi seri Paduka yang disambut pada Jun lalu.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia,Jeneral Tan Sri Dr Moeldoko yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota(PSM)Kehormat.

Turut menerima darjah PSM Kehormat ialah bekas Setiausaha Agung ASEAN Tan Sri Dr Surin Pitsuwan.

Pengurniaan darjah berkenaan membawa gelaran Tan Sri.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara(KMN) kepada 10 penerima antaranya Pengerusi Puspanita Negeri Pulau Pinang Datin Seri Hamidah Mat Daud,Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti  Jabatan Kimia Malaysia Bakhtiar Kassim ,Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Maizan Ismail,Setiausaha Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri Nadiah Ahmad Tajuddin dan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan Bahagian Pinjaman Perumahan Sendili Sebli.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan Darjah Kesatria Setia Diraja(KSD)kepada tiga penerima daripada Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Lt Kolonel Ahmad Juniar Abdul Wahab,Mejar Alfan Naem Katiman dan Kapten Ilham Roshandy Azwir Zulfan.

Seri Paduka turut mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara(Kehormat)kepada kosulat General Negara  Sudan Mahmoud Abdelrahim Ahmad Elhaj dan mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN)kepada 22 penerima.

Sementara itu,36 individu menerima Pingat Pangkuan Negara(PPN)manakala 56 menerima Pingat Bentara Setia Diraja(BSD.




Kuala Lumpur: Rayuan seorang mangsa rogol dan samun di Cheras. Sabtu lalu, supaya dilepaskan kerana mahu membuang air kecil menyelamatkan dirinya daripada diperlakukan lebih teruk tiga penjcnayah.
Mangsa berusia 18 tahun dilarikan tiga penjenayah dari Taman Bukit Cheras, dekat sini, namun bcrnasib baik apabila kereta kehabisan minyak di Balakong, Kajang selepas tujuh jam.
Dilahamkan, mangsa warga Thailand yang bekerja di salon kecantikan di Cheras.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rotzarm Rashid berka- ta, mangsa baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras untuk ke tempat kerjanya pada jam 8.50 pagi.
Menurutnya, mangsa yang berjalan didatangi seorang lelaki bersenjatakan kapak yang mengugutnya untuk mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan.
“Suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta dinaiki dua lagi rakan sebelum membawa wanita itu mengelilingi kawasan perumahan di Che­ras dan Balakong.
“Seorang suspek yang duduk di belakang merogol mangsa manakala dua lagi berada di tempat duduk hadapan,” katanya di sini, semalam.
Rotzarn berkata, kereta dinaiki suspek terhenti se­lepas kehabisan minyak sebelum seorang daripada penjenayah itu keluar ke stesen minyak.
“Dua lagi rakannya men jaga mangsa sebelum wa­nita itu meloloskan diri se­lepas merayu membuang air kecil dan meminta ban tuan pelanggan restoran berhampiran.
“Pelanggan bergegas menahan kedua-dua suspek dan pada masa sama se­orang lagi suspek ditahan selepas kembali dari stesen minyak,” katanya.
Video rakaman suspek ditahan dan dipukul orang awam selain gambar mangsa tersebar di Face book (FB) sejak Isnin lalu.
Harian Metro-Khamis 26 November 2015-Muka Surat 32




KOTA KINABALU-Seorang lelaki berusia 50 tahun bertindak  menikam isteri selepas mengesyaki isterinya berlaku curang terhadapnya.
Kejadian pada  jam 10.20 pagi di sebuah salun  kecantikan ditempat mangsa berusia 36 tahun bekerja .
Orang disyaki  bertindak nekad dengan menikam isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua.
 Mangsa tikaman dikejar kehospital Quen Elizabeth untuk mendapat rawatan segera.

Menurut sumber,sebelum kejadian suami mangsa  muncul dengan membawa beg plastik merah dipercayai mengandungi pisau .
“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum berlanjutan sehingga tolak menolak.
Mangsa menyedari suaminya hilang kesabaran lalu melarikan diri untuk mendapat pertolongan rakan sekerjanya.
Sumber berkata.sebaik tiba dalam salun kedua-kedua bergelut sebelum orang disyaki mengeluarkan pisau lalu menikam dada mangsa yang juga isterinya.
Sebaik menyedari isterinya berlumurah darah suaminya melarikan diri dari tempat kejadian.
Mangsa dikejarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilapurkan stabil .
Cerita awal,dikatakan bermula apabila isterinya tidak pulang kerumah sejak hari Selasa selepas bertengkar dengan suaminya yang juga orang disyaki menikamnya.
Menurut sumber,orang yang disyaki mengsyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan menemui isterinya ditempat kerja.
 Semantara itu pemangku ketua polis Kota Kinabalu Deputi Superintendan Yong Thian Foh ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.
Pemeriksaan ditempat kejadian menemui pisau berhampiran tangga dipercayai digunakan oleh yang disyaki menikam istserinya.

Bertindak atas maklumat,sepasukan polis menjalankan siasatan dan menahan yang disyaki disekitar bandaraya itu selepas sejam kejadian.


Adik lelaki kepada mendiang Kevin Morais mendakwa dia kini memiliki pemacu pena (pen drive) yang mengandungi maklumat terkini berhubung satu kes yang sebelum ini dikendalikan mendiang dan boleh disabitkan dengan kematiannya.
Kes itu membabitkan individu tertentu yang berpengaruh.
"Kandungan pen drive ini jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan siasatan yang mengaitkan personaliti tertentu," kata Charles Suresh, anak kedua dalam keluarga Morais, pada sidang media, Rabu.

Charles yang menandatangani akuan sumpah berkanun pada Rabu berhubung dakwaannya ini berkata, dia percaya bahawa Kevin, seorang Timbalan Pendakwa Raya yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dibunuh kerana kes yang sedang dijalankan itu.

Charles juga berkata dia tidak yakin bahawa kematian Kevin ada kaitan dengan kes rasuah pakar patologi Angkatan Tentera Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh mendiang.

"Saya memiliki pen drive Kevin yang dihantar kepada saya melalui pos sebelum dia meninggal dunia," kata Charles.

Charles berkata ia (pen drive) kini selamat di Amerika Syarikat, dan telah mengarahkan supaya kandungannya didedahkan kepada umum jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya (Charles) selepas pendedahan ini dibuat.

Pendedahan ini timbul selepas  adik bongsunya, Richard menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan telah menguruskan proses pembakaran mayat itu. Ia dikatakan bertentangan dengan kehendak keluarga mereka.



 EMPAT tabung Masjid Jamek Al- Makmur Taman Bukit Tlram, Ulu Tiram, di sini dipecah pencuri sekitar jam 3.30 pagi, semalam.

Pengerusi Masjid berkenaan, Abdullah Ismail berkata, kejadian itu disedari sebaik imam dan bilal sampai ke masjid untuk menunaikan solatsubuh.


Menurutnya, melaJui CCTV yang dipasang, pen­curi dikenal pasti seorang lelaki yang membawa karung guni untuk mengisi hasil curi duit tabung yang disedekahkan orang ramai yang datang beribadat di masjid berkenaan.

"Kita lihat dia bawa ka­rung guni yang digunakan untuk mengisi duit tah.ung yang telah diurrpil kuncinya kerana banyak dull syliing di dalamnya.

"Sayangnya, CCTV. kita yang merakamkan aksi pen­curi tersebut tidak begitu jelas pada wajahnya, sebaliknya hanya nampak kelibat badannya yang agak berisi berumur dalam lingkungan 20-an," katanya di sini, semalam.

Abdullah berkata, kejadi­an seumpama itu sudah lebih empat kali berlaku sejak tahun lalu sehingga pernah ada se­orang pencuri yang berjaya ditangkap tetapi tidak diserahkan kepada polis.

Menurutnya, pihak mas­jid sudah habis ikhtiar untuk menangani perkara itu kerana sudah memasang CCTV dan mengunci jeriji besi masjid sebaik jemaah selesai menunai­kan solat Isyak.

"Pemah sekali kami tangkap pencuri selepas membuat intipan dan dia masuk perangkap. Kami ikat dia di tiang mas­jid tetapi terpaksa bebaskan se­lepas dia merayu dan berjanji tak akan mencuri lagl

Abdullah (berdiri) melihat keadaan kunci tabung masjid yang telah diumpil oleh pencuri.
"CCTV pun sudah di­pasang, tapi masih tetap juga berlaku kecurian. Harapan kami cuma pada pihak po­lis agar lebih kerap melaku- kan rondaan di kawasan ini," katanya.


Seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perem puan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun memang manusia berjiwa setan apabila sanggup memperkosa adik iparnya berusia 11 tahun.
Lebih menjijikkan, lelaki berusia 35 tahun terbabit memaksa si isteri yang mempunyai masalah lembam supaya merakam perbuatannya merogol adik iparnya itu menggunakan kamera video di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, di sini.
Sumber berkata, rakaman terbabit kemudian dimuat dalam video cakera padat (VCD) oleh suspek dan dijual kepada beberapa rakannya bagi mendapatkan wang cara muda.
Menurutnya, perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang juga penganggur itu bagai manapun terbongkar apabila rakaman terbabit tersebar menerusi aplikasi telefon bimbit WhatsApp.
Katanya, penyebaran ra­kaman itu turut dilihat bapa mangsa yang terkejut apabila mendapati pasangan dalam video berkenaan anak perempuannya dan menantu lelaki.
“Bapa mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian itu bertanya dan mendesak anak perempuan itu men ceritakan apa berlaku. Mangsa mengaku diperkosa abang ipar beberapa kali, sejak sebulan lalu.
“Selepas mendengar pengakuan itu, bapa mangsa membawa anaknya itu ke Balai Polis Port Dickson un tuk membuat laporan, semalam (kelmarin),” kata­nya.Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika bapa mangsa dan ahli keluarga lain tiada di rumah.
Menurut sumber, lelaki terbabit pernah merogol isterinya sebelum mereka ber kahwin, bulan lalu.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan memberi tahu lelaki itu dan isterinya ditahan.
-Harian Metro

SAMPAI bila mengharapan bantuan daripada orang lain jika bantuan yang boleh mencerahkan masa depan yang disalurkan oleh Persekutuan turut dijual.

2 dari kiri Ketua Wanita Umno Ketereh  Sabariah Hamzah
Semalam Sinar Harian melaporkan keluarga 8 anak memerlukan bantuan dengan tajuk berita ‘Kami nak sekolah tapi miskin’ .Dipetik dari ketua keluarga itu seperti yang dilapor Sinar Harian semalam seolah-olah keluarganya tidak pernah dibantu oleh mana-mana agensi kerajaan persekutuan bagi meringankan beban keluarganya.

Hari ini akhbar sama turut melaporkan pencerahan tentang bantuan kepada keluarga itu dengan menampilkan Ketua Wanita Umno Ketereh, Sabariah Hamzah sebagai penjelas kepada isu terbabit.

Sabariah Hamzah yang juga Ketua Wanita Umno Ketereh turut memaklumkan bahawa keluarga telah dibantu sejak hampir lima tahun,seperti beri sumbangan anak sekolah, makan pakai, malah sudah empat kali rumah berkenaan dibaik pulih dengan kos hampir RM15,000.

Beliau berkata, bantuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Biah, Alwi Mat dan Pentadbir Mukim Kadok, Fauzi Zakaria telah disalurkan kepada keluarga berkenaan sejak 2013.

“Saya langsung tidak menyangka Yusri tidak memberikan maklumat tepat mengenai sumbangan ini, sebaliknya cara dia bercerita seolah-olah tiada pemimpin pun yang tampil membantunya.

“Apa yang menyedihkan, dia pernah diberikan gerai burger bernilai RM10,000 di bawah 1Azam, termasuk modal memulakan perniagaan RM3,000, tetapi dia hanya meniaga sekejap sahaja, kemudian melalui siasatan, gerai itu sudah pun dijual,” dakwanya.
Turut hadir, Pegawai Khas Tan Sri Annuar Musa, Sharifuddin Ab Rahman.

Semalam Sinar Harian melaporkan bapa tunggal lapan anak, Yusri Ab Ghani, 40, dari Kampung Biah, Jalan Perol, Kadok, merayu anak-anaknya diberi persekolahan yang baik setelah mendakwa kesempitan wang.
Keluarga Yusri 

Sabariah berkata, bantuan dihulurkan Umno Parlimen Ketereh sejak 2013 meliputi sumbangan makanan, rak pakaian, tikar getah dan pinggan mangkuk di bawah program Wanita Prihatin.

“Kalau orang lain hanya dapat bantuan baik pulih hanya sekali sebab kos sekali baiki lebih RM3,000, tetapi rumah berkenaan dibaik pulih terutama bahagian dapur dan bumbung dan rumah bersebelahan iaitu rumah ibunya adalah pemberian PPRT pada 2010.

“Semakan dalam e-Kasih juga membolehkan Yusri mendapat bantuan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk anak kurang upaya (OKU) dan bantuan KWAMP,” katanya.


Datuk Hamidah Osman telah dipecat dari keahlian UMNO kini boleh lah beliau melalak kesana kemari dengan perangai lupa asal usul.

Lepas ini Hamidah boleh kritik apa sahaj mengenai Perdana Menteri dan Isteri  termasuk seluar dalam atau apa sahaja berkaitan dengan Najib.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh barisan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada hari ini.

"Dalam soal disiplin parti, Majlis Tertinggi sebulat suara memecat (Datuk) Hamidah Osman daripada keahlian kerana pelanggaran disiplin.

“Perkara lain ada dibincang, tetapi tidak ada ambil keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu selesai," kata Najib pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Hamidah boleh sertai AMANAH,DAP dan PKR jika tidak mampu tubuh parti sendiri,

Kebiasaannya orang yang kuat melalak seperti anjing salak bukit tak ada kekuatan umtuk melakukan sesuatu yang boleh mencabar parti atau pemimpin.

Oleh itu Hamidah elok masuk pembangkang dan bertanding lawan Najib di Pekan jika benar salakan beliau selama ini memberi kesan kepada Najib.


TAHAP meroyan puak-puak DAP terhadap kepimpinan PAS kerana kecewa impian untuk melihat Haji Hadi dijatuhkan dalam muktamar lalu yang menyaksikan player dari karung Anwarinas bergelimpangan diterajang keluar.
DAP pada masa itu berharap karier politik Haji Hadi dapat dibunuh melalui proksinya yang kini se bubu dalam AMANAH yang baru ditubuhkah malah ia juga sebagai  sejanta untuk memecah belahkan PAS.
PAS mula sedar bekas sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP hanya ghairah bermimpi PAS bekerjasama dengan UMNO dan menjadikannya gossip terus untuk menyerang kepimpinan PAS diseluruh penjuru.
Bagi menguatkan hujah untuk memburukkan PAS.UMNO dijadikan sebab mengapa DAP serang PAS,walhal punca sebenarnya berkaitan dengan hudud yang cuba dibawa oleh PAS.
Namun, PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan pemimpin terutamnya LIM GUANG ENG  yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam Muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam parti Amanah sekarang telah menemui kegagalan.
Serangan demi serangan atas nama DAP  terus dilancarkan sehingga dendam dilunas dengan pemecatan JKKK dilakukan.
PAS dilihat kekal beristiqamah dengan perjuangannya walaupun diasak hebat oleh seluruh kepimpinan DAP disemua peringkat  termasuk membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor dengan memaksa Menteri Besar Selangor,Azmin Ali iktiraf Pakatan Harapan supaya parti serpihan PAS dilihat berkuasa walaupun kerusi Parlimen dan DUN yang ada pada AMANAH hanyalah hasil yang dibawa lari.
Dendam selepas PAS menolak calon MB Selangor dari DAP dibawa kepada permasalah hudud yang tiada kaitan dengan orang-orang kafir .
Cubaan untuk dilihat DAP sebagai parti yang diterima oleh orang Melayu dengan memusuhi UMNO dan PAS  setelah AMANAH  dibentukadalah sangat pembohong,berikutan parti pimpinan Mat Sabu belum lagi terbukti diterima dan diterjemah dengan undi.
Sangat kuatkah DAP? sehingga pemimpin dalam parti itu melalak melolong siang malam menuduh PAS akan bergabung dengan UMNO.
Bagi DAP salah jika PAS dan UMNO bergabung,tak salah jika PAS setia sujud  di kaki pemimpin DAP  walaupun dipandang hina dina.
Mimpi DAP mahu memecah belah PAS  berterusan sehingga UMNO turut dikaitkan,sedangkan PAS hanya bersetuju dengan kerajaan pemerintah negara ini dalam bab kebajikan rakyat.
Sifat suka  melihat orang lain berpecah sedang diamalkan pemimpin DAP asalkan ada untung pada mereka.

Kes Datuk Sri Najib saman Harakah 16 Mac ini.

Pembicaraan kes fitnah keatas Datuk Seri Najib terhadapat harakahdaily berkaitan isu dana 1MDB akan beemula pada 16 Mac 2016.

Datuk Hue Siew Kheng yang juga hakim Mahkamah Tinggi menetap tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Seri Najib.,Datuk Mohd Hafarizam Harun dan peguam Nadziatun Naim yang mewakili Harakahdaily haram jadah.



Puak-puak PAN747 AMANAH tidak segan silu mencabar kewibawaan MB Selangor apabila Timbalan Pengerusi PAN Selangor ADUN Hulu Kelang Shaari Sungip  membuat satu pengumuman mengemparkan,bahawa PAN akan bertanding di parlimen Gombak.

Kenapa dia orang buat gitu,sebebnya Azmin Ali tak iktiraf Pakatan Harapan di Selangor...selebihnya pembaca fikir sendiri.

Turut hadir dalam ceramah itu para MAULANA pembangkang seperti Ahli Parlimen Gelang Patah  Lim Kit Siang kembang hidung apa Penasihat Umum PAN Ustaz Ahmad Awang, Timbalan Presiden PAN Sdr Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PAN Kelantan Dato' Wan Rahim Wan Abdullah.





Ramai yang senyum berok dengan dakwaan sebanyak RM8 bilion akan dibawa masuk kedalam Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Jumlah sebanyak itu diperolehi melalui hasil cagaran tanah kepada bank yang belum didedah kepada awam.

Usaha membawa masuk RM8 bilion itu bagi membiayai Pilahan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada April 2016 termasuk membuat tawaran atau membeli wakil rakyat BN.

Pemimpin BN jangan terlalu banyak senyum sinis dengan usaha berganda pembangkan untuk menambah undi di Sarawak.






Terima kasih kepada Menteri Besar Selangor yang berusaha membaikpulih pintu gerbang Selangor yang berdiri megah sejak puluhan tahun lalu.


Nilai RM9,7 juta itu berpatutan jika pintu gerbang itu disalut emas dan intan berlian bagi menarik pelacung ke negeri Selangor sambil urut badan sakit.


Kalau buat baru sudah tentu RM9.7 juta tidak cukup dan puak-puak  jin aprik pula tak merasa  tomyam sebelun kerumah urut.


Menurut Exco Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, tander kerja-kerja itu diberikan kepada syarikat bernama Islah. Menurut Zaidy lagi, kerja-kerja naiktaraf itu melibatkan mengecat semula, pembersihan, penyelenggaraan lampu dan tidak melibatkan jalan di kawasan pintu gerbang itu.


Takkan keraja-kerja naik taraf macam tu menelan belanja sebanyak itu kalau tidak bersalut emas dan bertatah berlian atau Zamrud.


Oh yer!! ..terlupa nak bagi tahu,patutlah mangsa banjir hanya dapat biskut,Gula,Maggi dan Sardin rupanya duit yang dikumpul selama ini nak buat beli berlian dan zamrud untuk baik pulih pintu gerbang...eh eh eh..

Tindakkan DBKL membatalkan lesen para pemilik yang menjual atau menyewakan lesen perniagaan mereka adalah bertepatan kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Sikap mengambil untung segera warga tempatan yang memiliki lesen perniagaan dengan menjual atau menyewa perlu diajar supaya hal itu tidak terus terjadi.

Jika pemilik lesen perniagaan bersikap sebegitu rupa dengan sendirinya warga asing akan menguasi kawasan perniagaan yang dahulunya dimonopoli oleh warga tempatan.

Manakal penguatkuasa juga perlu berintergeriti setiap masa agar tidak ada isu terbangkit setelah tindakkan yang dilihat telus ini dilakukan.

Tindakkan DBKL membatalkan lesen serta merta keatas peniaga di Jalan Petaling yang melanggar peraturan patut dilakukan dari dahulu lagi berikutan ramai warga asing yang menjadi tokey sedangkan mereka hanyalah pendatang yang layak jadi kuli.

Bagaimana dengan peniaga dikawasan Pudu yang kelihat ada kedai makan,kedai kain baju malah pasaraya yang menjual barang-barang keperluan yang disyaki lesennya disewa kepada mereka.

Mereka bukan kelihatan seperti pekerja yang menjaga kaunter atau pelayan kedai sebaliknya seperti tokey kedai tersebut.

Warga negara boleh mengambil pekerja asing dengan peraturan yang ditetapkan,namun lagak tokey mereka menjadi tanda tanya apalagi papan tanda kedai juga tidak melambangkang ia dimiliki oleh warga negara.

Setakat ini saya tidak berniat untuk mendedahkan mana-mana kedai yang disyaki rakyat asing jadi tokey berikutan penguatkuasa berkaitan dengan pelesenan bertanggungjawab menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.


. 



PAS semakin hampir berasingan dengan PKR,DAP apabila tindakkan kerajaan negeri Pulai Pinang tunjuk belang dengan memecat Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti dari kalangan parti PAS dahulunya sedia berselimut  diatas katil yang sama.

PAS dilihat akur apabila akar umbi bersuara apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang yang  telah memecat JKKK dilantik  semasa mereka bercumbuan seolah-olah insan sedang bercinta kini berantakan.

Pemimpin PAS tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan parti itu hanya seperti dedalu yang menumpang dipohon beracun.

Tindakkan pemecatan JKKK dari kawasan pilihanraya yang ditandingi PAS  berikutan pemimpin parti berlambang bulan purnama 24 jam tidak mahu menyertai atau iktiraf  Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat setelah munculnya parti AMANAH yang dikenali sebagai PAN.

Oleh kerana PAS tidak wujud dalam Pakatan Harapan DAP melunaskan dendamnya dengan menggunakan kuasa majoriti yang diperolehinya sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu dengan mengenepikan jasa-jasa PAS yang tidak boleh disangkal  sama sekali.

PAS mula dibodohkan oleh DAP sejak 90-an namun tidak serik kerana dendam untuk menumbangkan BN.

Dengan mengorbankan perjuangan untuk mendirikan negara Islam kepada negara berkebajikan setelah disesah hebat oleh kalangan pemimpin tertinggi DAP,PAS tidak dilihat sebagai parti yang berjasa menumbangkan Pulau Pinang pada PRU 2008.

Kebodohan kalangan pemimpin PAS pada ketika itu teserlah dengan memuji beberapa pemimpin DAP  yang membaca ayat-ayat quran.

Apabila dibangkang mereka mendakwa orang bukan Islam lebih memahami Islam daripada orang Islam sendiri disamping menuduh UMNO tolak Islam.

Akhirnya DAP tolak PAS dan UMNO masih lagi kuat sehingga PAS sendiri mula berbaik-baik dengan pemimpin UMNO sebuah pertubuhan orang Melayu yang dituduh tolak Islam.



Cendawan Lingzhi seberat 70 kilogram ditemua seorang pembalak disebuah hutan dalam dearah Tuang Dong Wilayah Nghe An,disebelah utara dengan Vietnam bersempadanan dengan Laos.

Cendawan yang dipercayai berusia 100 tahun itu telah dibelah dua bagi memudahkan ia diangakat untuk dibawa keluar dari kawasan hutan.

Empat orang lelaki dewasa mengangkat cendawan yang telah dipotong itu.

Bahagian kecil cendawan itu telah dijual dengan harga £875 (RM5,692) kepada seorang penduduk yang mengusahakan ubatan tradisional.

Bahagian yang masih tinggal ditawarkan dengan  harga £2,330 (RM15,158) kerana ia lebih besar daripada yang telah dijual.

Bagaimanapun pemilik yang menemui cendawan itu belum membuat keputusan sama ada mahu menjual atau untuk menyimpannya sebagai koleksi berharga memandangkan cendawan seberat itu belum ada bukti ia ditemui sebelum ini.

 Cendawan Lingzhi dianggap sebagai cendawan ajaib kerana dipercayai sangat berkhasiat dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Tumbuhan itu sudah digunakan untuk tujuan perubatan di China dan beberapa negara di Asia sejak lebih 2,000 tahun lalu. Lingzhi juga dipercayai cendawan paling tua di dunia yang digunakan dalam perubatan.

Penyakit yang ada patut diubati bukanya tiada penyakit cari penyakit dengan menghampiri virus yang terang lagi jelas mendatangkan penyakit.
Kini Nurul Izzah Anwar al-Juburi berkemungkinan ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-langkah Khas)2012(Sosma) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana snaggup bertemu dengan keturunan pengganas Kiram pada 9 November lalu.
Menurut Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan Astro Awani,pihak polis tetap akan memanggil Nurul Izzah Anwar al-Juburi pada minggu depan untuk disisasat bagi mempastikan apa tujuan sebenar pertemuan itu.
Sementara itu terdapat penyokong pembangkang membuat tindak balas dengan mempersoal pertemuan Datuk Seri Najib yang tidak sengaja dengan ketua negara Israel.
Kadang kala pro pembangkang dilihat seperti hilang arah apabila idola mereka dijerut dengan permasalahan yang dicari tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga mangsa yang terkorban ketika negeri Sabah di serang.
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harus desak supaya Nurul Izzah Anwar al-Juburi ditahan dibawah Sosma kerana perbuatannya bertemu dengan musuh negara.
Pertemuan antara anak pengganas Kiram dengan Nurul Izzah Anwar al-Juburi tidak siapa bersetuju jika dikatakan ianya secara kebetulan.
Sebagai rakyat yang mencintai keamanan sepatutnya ramai yang marah dan desak agar pihak polis tahan manusia bertopeng itu demi kedaulatan bumi tercinta ini.
Polis juga telah mengesahkan bahawa 18 pengebom berani mati yang ada dinegara ini juga ada kaitan dengan pengganas di pulau seberang.



Betulkah Pihak berkuasa Filipina yang telah mengatur pertemuan Nurul Izzah  dengan pengganas Jacel Kiram semasa lawatan delegasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 November lalu seperti yang didakwa Nurul Izzah.

Pihak berkuasa Filipina tak mungkin menyusun atur pertemuan itu memandangkan hubungan kerajaan Filipina dengan pengganas bukan boleh bertentang mata dengan harmoni.

Jika Nurul Izzah ikhlas mengaitkan pihak berkuasa Filipina yang turut mengaturkan pertemuan beliau dengan pengganas Jacel Kiram ,Nurul Izzah juga mesti Ikhlas dedahkan siapa pihak berkuasa yang mengaturkan pertemuan beliau sebelum rakyat negara ini mengesyaki pihak berkuasa Filipina juga terlibat dengan plot serangan terhadap Sabah pada 2013.

Jacel merupakan anak kepada  Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013,namun Nurul Izzah pedulikan kepedihan hati keluarga mangsa bunuh peristiwa pencerobohan Sabah demi Anwar al-Juburi bapanya.

Tidak mungkin pihak berkuasa Filipina turut campuri Nurul Izzah dengan pengganas Jacel,kerana selama ini kumpulan tentera sulu yang terlibat menyerang Sabah juga diperangi oleh tentera Filipina.

Pihak PDRM kena lakukan siasatan mendalam dalam hal ini memandangkan sebelum Sabah di serang bapa Nurul Izzah iaitu Anwar al-Juburi sudah berulang-ulang nanyikan lagu Sabah nak hilang.

Jika tiada hubungan baik antara keluarga Anwar al-Juburi dengan pengganas Jacel,mana mungkin Nurul Izzah menjadi pujaan pihak keluarga manusia yang pernah menyerang Malaysia.

Sumber-http://www.hotkelate.tv/betulkah-pihak-berkuasa-filipina-atur-pertemuan-izzah-dengan-jacel/


Lee Chong Wei dilaporkan mara ke perlawanan akhir terbuka Hong Kong selepas beliau berjaya menewaskan tuan rumah,Angus Ka Long pada hari sabtu.

Jaguh badminton negara,Lee Chong Wei berjaya tumpas pemain tuan rumah dengan dengan 21-19,21-14.

Chong Wei akan bertemu dengan pemain China, Tian Houwei dalam perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada Ahad hari  ini.

Houwei menewaskan pemain Indonesia, Ginting Anthony dengan 18-21, 21-11, 21-6 pada aksi separuh akhir.

Ayuh jaguh negara mara-mara-mara demi sukan tercinta maruah negara pasti dijaga ...

Chong Wei kini menduduki tangga keenam daripada tempat kesembilan selepas mengumpulkan 64,983 mata.

Bekas pemain nombor satu dunia itu kian menghampiri kelompok tiga pemain terbaik dunia selepas terkeluar daripadanya sejak Mac kerana penggantungan akibat doping yang menyaksikan ranking dunianya merudum sehingga ke tempat ke-180.

Rumah BN Bina


Artikel ini aku ambil diblog bukan pro BN dan aku edit lebih dari 50% sebelum aku posting kepada umum.

Sumber aku tak bubuh sebab aku tak nak blog puak-puak berok MATYEH dikenali ramai dikalangan masyarakat netize,

Rumah Pakatan Rakyat Bina

1.Kerana rumah mangsa banjir Kelantan yang dibina oleh angkatan PAS tidak diterima secara mesra oleh rakyat sebab rumah yang di bina tidak bertiang malah dibina berlantaikan tanah yang di simen.

"Rumah yang dibina oleh BN bertiang setinggi 8 kaki dan lebih kukuh malah lebih cantik dan moden tidak seperti kotak biskut sebagaimana yang dibina PAS.

"Seorang mangsa banjir telah menerima sebuah rumah kotak tidak bertiang daripada kerajaan Kelantan.namun akhirnya menolak sebab tidak rasa selamat kerana rumah itu dibina tanpa tiang.

"Dia akhirnya memohon rumah yang dibina oleh BN dan diterima pemohonannya.

2.PAS Kelantan sedar mereka tidak mampu menyediakan Rumah Mangsa Banjir Kekal yang elok seperti yang dibina BN.

Pada mulanya kerajaan negeri tidak peduli dengan status tanah yang dirunding BN untuk pembinaan rumah mangsa Banjir.

Menyedari rakyat telah memberontak akibat kelewatan pembinaan rumah mangsa banjir dan mula meyalahi kerajaan negeri yang sememangnya berkuasa dberkaitan tanah dalam negeri.

Kerajaan Kelantan mula berlembut dengan kerajaan Persekutuan demi menjaga hati rakyat dan tidak mahu UMNO jadi pilihan mangsa banjir.

Kini masalah tanah tapak rumah mangsa banjir disemua daerah terutamanya Kuala Kerai dan Gua Musang telah selesai.

3.Untuk mengelakkan UMNO lebih popular daripada PAS dalam permasalahan pengurusan mangsa banjir,PAS mencari jalan untuk berbaik-baik dengan Persekutuan dengan alasan demi kepentingan rakyat.

4.Untuk memberi keyakinan pada pemimpin UMNO terutamanya Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.PAS  dan sekutunya DAP juga PKR wujudkan satu plot yang menggambarkan mereka ada masalah dalaman sebagaimana yang sedang dipercayai oleh pemimpin dan penyokong UMNO seluruh negara.

5.Perbalahan PAS dan parti AMANAH pimpinan alfadil Ustaz Mohamad Sabu yakni Mat Sabu bukanlah satu hal yang bersungguh-sungguh.

6.Apa yang berlaku antara PAS dan AMANAH adalah kerahsian dan strategi yang sukar dibaca oleh pemimpin UMNO yang ada orang derma RM2.6 bilion.

7.Bagi menyakinkan pemimpin UMNO  Kelantan, seperti Tok Pa dan Nuar Musa.PAS sedia membantah jika Pakatan Harapan di iktiraf oleh Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.

8.PAS tidak akan menerima pengiktirafan terhadap Pakatan Harapan untuk elak dihidu UMNO.Jika PAS terima atau setuju Pakatan Harapan di iktiraf di Selangor maka pecahlah segala temberang mereka.

9.PAS akan terima  Pakatan Harapan serta DAP sebagaimana Pakatan Rakyat dahulu setelah kesemua rumah mangsa banjir di Kelantan siap dan diserahkan pada pemilik.

10.DAP sebenarnya tidak berbalah dengan PAS segala apa yang berlaku sememangnya di rancang sejak dari awal lagi bagi menipu UMNO.

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget