Mac 2016

PATTANI - THAILAND. Enam butir bom meletup di sekitar pekan Yaring di sini malam tadi, menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan di pekan itu selain mencederakan lima anggota polis yang sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Yaring Pol. Kol. Montree Khonwadmai berkata, letupan bom itu berlaku sekitar 11 malam, di hadapan sebuah bank, pejabat koperasi, beberapa premis perniagaan dan rumah ketua kampung.

Hanya Hiasan-
"Kelima-lima anggota polis terbabit cedera apabila sebutir bom diletak di hadapan rumah ketua kampung meletup ketika mereka sedang menjalankan tugas," katanya hari ini dan menambah, kesemua mangsa mendapat rawatan di Hospital Pattani.

Sementara itu, penghuni yang tinggal dalam kedai runcit, Suprani Pechwilai, 66, berkata, beliau dan lima cucunya nyaris maut apabila premis didiaminya itu rosak teruk akibat dibom.

Anggota polis menyelamatkan mereka selepas kejadian itu, katanya.

Menurut Montree, pihak polis percaya 10 suspek terlibat dalam kejadian serangan bom itu tetapi akan menjalankan siasatan lebih lanjut termasuk mengenal pasti individu bertanggungjawab menerusi rakaman kamera litar tertutup.

- Bernama

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diarah mengambil tindakan lanjut susulan siasatan polis mendapati tiadanya unsur buli dalam insiden seorang murid Tahun Dua mendakwa dipaksa memotong lidahnya pada 24 Mac lepas.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada memanggil guru besar dan ibu bapa murid itu.

"...kita fikir ada orang yang buli murid, sebab itu kita nak ambil tindakan. Tetapi, sekarang (kita dimaklumkan) dia buat (potong lidahnya) sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sekolah Bebas Dadah Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat bahawa siasatan lengkap pihaknya mendapati murid lelaki terbabit tergunting lidahnya ketika sedang leka bermain dengan gunting tajam itu yang dipinjam daripada rakan sekelasnya.

Sehubungan itu, katanya, kes itu dianggap selesai kerana murid berkenaan bukannya dibuli sebaliknya mengalami kecederaan itu akibat kecuaian sendiri.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan mengetatkan penggunaan alat tajam di sekolah, Mahdzir berkata perkara itu tidak perlu dijadikan sebagai pekeliling namun, pihak sekolah perlu sentiasa menjaga dan memantau keselamatan murid-murid.

"Sekolah kena tengok keselamatan...kenapa murid bawa gunting ke sekolah. Kalau tak perlu, kita jangan benarkan murid bawa ke sekolah," katanya.

Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid Tahun Tiga dari sekolah sama.

Akibat kejadian itu, lidah mangsa terputus sedikit di bahagian hujungnya dan terpaksa dijahit.

-- BERNAMA

>> Senarai Berita


KUCHING, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini.

Menurut Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Hj. Satem tarikh tersebut telah dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Tambahnya, Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar akan mengeluarkan surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pembubaran DUN.

Sementara itu, SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Adenan ditemui dalam sidang media khas di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi.


PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) amat berpuas hati terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang genap setahun, esok.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata biarpun pada awalnya berdepan cabaran, pelaksanaan GST terbukti semakin lancar dengan tahap pematuhan peniaga bagi penyerahan penyata taksiran pertama (penyata GST-03) lebih 95 peratus.

"Ini satu petanda baik dan kita harap ianya berlanjutan. Jika dibandingkan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ada yang sebegitu liat (kemukakan penyata).

"Secara keseluruhannya, jika skala penuh pelaksanaan GST adalah 10, kita berada di tahap 8.5 hingga 9," katanya selepas melancarkan peraduan 'Jom Minta Resit GST - Resit Anda Hak Anda,' di sini hari ini.

Khazali turut optimis kutipan bersih GST bagi 2016 yang diunjurkan mencecah RM39 bilion, mampu dicapai seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini.

Mengulas masalah dihadapi JKDM, beliau berkata cabaran terbesar adalah memberi kefahaman kepada peniaga dan pengguna mengenai GST.

"Sebahagian perniagaan tidak bertanggungjawab seolah-olah tidak mahu memahami sistem GST dengan baik hinggakan mengelak daripada mengenakan caj GST atas alasan takut kehilangan pelanggan.

"Ada juga banyak kesilapan seperti penyata dikemukakan peniaga tidak betul," katanya, menambah masalah teknikal termasuk isu pembayaran kredit cukai input GST.

Beliau juga mengakui kesukaran JKDM memenuhi piagam pembayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan yang dikemukakan kerana perlu menyemak banyak perkara sebelum membuat keputusan bagi pembayaran balik.

"Hari ini, isu itu dapat ditangani dan 30 peratus dapat dibayar balik dalam tempoh 14 hari," katanya.

Khazali berkata, bagi masa depan, JKDM akan terus memberi penerangan kepada pengguna dan peniaga termasuk penjelasan isu teknikal berkaitan industri atau sektor tertentu.

Mengulas peraduan 'Jom Minta Resit', beliau berkata program pemberian insentif itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan amalan meminta serta menyimpan resit GST.

Ia juga bertujuan meningkatkan tahap pematuhan peniaga terhadap kewajipan mengeluarkan resit selaras peruntukan di bawah Seksyen 33, 34 dan 36 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, selain menghapuskan masalah seperti aktiviti pasaran haram.

Peraduan bermula esok sehingga 31 Julai depan, menawarkan 2,876 hadiah termasuk sebuah motosikal, telefon pintar serta barangan elektrik dan terbuka kepada pengguna yang memperolehi resit bercukai GST.

Pengguna perlu melayari laman sesawang www.myresitgst.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih MyResitGST dan mengisi maklumat peribadi serta resit dan memuatnaik gambar resit pada borang penyertaan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 1-300-888-500 bagi maklumat lanjut.

-- BERNAMA

Instant messaging application WhatsApp has been busy with updating its service this year and it is continuing that trend with more upgrades.

Earlier this month, WhatsApp added features that included sharing PDF documents and sharing photos from other apps installed on a user’s phone. Previous updates of WhatsApp this year have also included making it easier to change profile pictures.

READ: 5 new WhatsApp features to try out

Now, in the Android beta version 2.12.560 of WhatsApp (which can be downloaded from the APK store), there are more interesting features.

WhatsApp usually tests out new features in the beta version of its app first before rolling these out to all users.

Quick reply from the notification tray

The first observable update to the beta version of WhatsApp for Android is that users can now reply to messages that appear in their notification tray.

This is a handy feature for replying to messages quickly without actually entering the app itself.

Messages, in this feature, also appear as standalone texts, which ensures that you’re replying to what you think you’re replying to.



Instant messaging application WhatsApp has been busy with updating its service this year and it is continuing that trend with more upgrades.
Earlier this month, WhatsApp added features that included sharing PDF documents and sharing photos from other apps installed on a user’s phone. Previous updates of WhatsApp this year have also included making it easier to change profile pictures.
Now, in the Android beta version 2.12.560 of WhatsApp (which can be downloaded from theAPK store), there are more interesting features.
WhatsApp usually tests out new features in the beta version of its app first before rolling these out to all users.
Quick reply from the notification tray
The first observable update to the beta version of WhatsApp for Android is that users can now reply to messages that appear in their notification tray.
This is a handy feature for replying to messages quickly without actually entering the app itself.


Messages, in this feature, also appear as standalone texts, which ensures that you’re replying to what you think you’re replying to.


Colourful wallpaers are also being added to the application. (Fin24)


Cape Town - South Africa's national fibre broadband roll-out could cost as much as R60bn, according to an international provider.

Government has a stated goal of universal broadband by 2020. However, much of the existing copper infrastructure is unsuitable for high speed services such as high definition video streaming.

The cost for replacing all the copper infrastructure is astronomical.

“If we were to replace all five million copper lines with fibre, it would cost about R60bn. This cost will have to be incurred by the likes of Telkom, Neotel, Vodacom, MTN, Vumatel, DFA and the like,” Suveer Ramdhani, chief data officer at Seacom told Fin24.

Seacom manages the submarine fibre broadband cable that links SA with Europe.

Wealthy areas

READ: Parliament grills telecoms department on broadband

Deputy minister of the department of telecommunications and postal services, Professor Hlengiwe Mkhize, said recently that the first phase of SA Connect would see delivery of around 180 000km of fibre broadband.

Ramdhani said that in SA, about 160 000km has already been developed, but a key challenge remained.

“This fibre, however, is only productive if it connects a significant number of end users to the internet, and that is where the challenge lies.”

A number of fibre broadband players have launched initiatives to deliver services to mainly wealthier suburbs in major centres.

Ramdhani argued that scale of connectivity would result in poorer areas receiving access “soon”.

“Networks grow like the roots of a tree, so it’s only a matter of time before those areas also have access. With each suburb connected, it becomes cheaper to connect the neighbouring suburb and so on. I think it will happen sooner than most people realise.”

Telkom has been identified as the “lead agency” for government broadband roll-out, though officials have not dismissed partnerships with other private sector companies.

READ: Fireworks as SA politicians debate broadband

Ramdhani said Seacom is watching the market closely for collaborations that tend to happen once the market reaches a saturation point.

“There is a tremendous underserved market of connecting end-users, so companies naturally tend to collaborate by not building in the same areas. Unfortunately, this tends to happen only after the initial excitement and mad rush to market settles. Thereafter, operators tend to collaborate by sharing long distance and national networks.”

KUALA LUMPUR: Bekas beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tersingkir daripada Kejohanan Terbuka India selepas tunduk kepada pasangan Korea Selatan pada seawal pusingan pertama pada Rabu.

Dalam saingan di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, beregu profesional negara tewas kepada bergu pilihan kedua, Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dengan 12-21 dan 21-23.

Bagaimanapun, dua wakil beregu negara melangkah ke pusingan kedua selepas masing-masing menundukkan beregu China.

Beregu utama negara, Goh V. Shem dan Tan Wee Kiong menampilkan aksi membanggakan apabila mengejut pilihan kelapan, Lin Junhui/Liu Yuchen 21-19 dan 21-18. Bekas beregu negara, Hoon Thien How dan Teo Kok Siang turut mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan Liu Cheng/Lu Kai dalam rubber set 21-14, 15-21 dan 21-18.

Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, yang memburu gelaran keempat Terbuka India, akan membuka kempen dengan menentang pemain Jepun, Kazumasa Sakai, lewat malam Rabu.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$300,000 (RM1.17 juta). -Bernama


Pelabuhan Klang-Kira-kira jam 4 petang Isnin lalu, lima penghuni Apartmen Klang Villa, di sini, menaiki lif dari tingkat tujuh untuk ke aras bawah.

Beberapa orang daripadanya mahu ke pejabat pengu rusan apartmen (JMB) untuk membuat aduan mengenai sebuah Iagi lif yang rosak sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, seti banya di tingkat em pat, lifberke naan tersekat dan pintu ter buka sendiri menyebabkan mereka keluar dengan beberapa orang menuruni tangga.

Tidak lama selepas itu, kotak lif naik sendiri ke tingkat lima sedangkan pin tunya masih terbuka di tingkat empat. Malang kea daan itu tidak disedari Mohd Din Salahuddin, 64, yang masuk selepas mendapati pintu lif terbuka.

Keadaan itu mengakibat kan dia terjatuh dan meninggal dunia akibat parah di kepala, kaki dan rusuk.

Anak bongsu mangsa, Mohd Sobri, 22, berkongsi kisah sedih itu bersama wartawan.
"Sehingga saat ini saya masih terbayang wajah ayah berlumuran darah dengan ke cederaan di kepala, kaki ma nakala tulang rusuk patah.

Saya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakan arwah yang turut ma hu menaiki lif bersamanya pada hari kejadian.

Kebetulan, saya berada di rumah apabila terdengar se seorang menjerit memaklumkan kejadian itu. Tanpa berlengah, saya meluru ke tingkat empat sebelum mendapati ayah dalam lubang lif.

Saya berlari me­nuruni tangga ke tingkat bawah untuk menda patkannya na mun menunggu beberapa minit kerana plhak JMB belum membuka pintu lif berkenaan.

Sebaik saja pintu lif di- buka, saya mahu mengeluarkan ayah, namun MB meminta saya serta pendu duk lain menunggu keda tangan ambulans yang dikatakan sudah dihubungi.

Namun, selepas hampir 15 minit menunggu, ambulans belum tiba dan bimbang lif jatuh menghempap ayah yang ketika itu masih ber nafas, saya dibantu bebe­rapa penduduk turun ke lubang itu dan mengangkatnya keluar.

Ketika itu ayah masih bernyawa, namun dia tidak sedarkan diri dan lima minit selepas dibawa keluar, dia menghembuskan nafas ter khir di depan saya.

Luluh hati saya menge nangkan ayah meninggal dunia dalam keadaan seperti itu. Apa yang saya ke salkan, selama ini sudah banyak aduan berkenaan ke- rosakan lif diajukan kepada JMB namun keadaannya te tap sama, sering terse kat -sekat dan kali ini ia me ragut nyawa bapa saya.

Saya membuat laporan di Balai Polls Pandamaran, kel marin dan kami sekeluarga sudah berbincang untuk mengambil tindakan un dang undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"Kami tidak mahu ada lagi penduduk terkorban berikutan kecuaian pihak tidak bertanggungjawab seperti ini," katanya.

Sumber Harian Metro

WASHINGTON DC: Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan kesemua cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menelitinya.

Ia termasuk sama ada untuk menggunakan aset kekal atau aset-aset berbentuk teknologi atau kombinasi kedua-duanya, kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini Rabu.

Beliau juga berkata pihak kerajaan juga akan mengkaji dari aspek bentuk pembiayaan yang akan digunakan untuk pembinaannya kerana ia melibatkan kos yang cukup tinggi.

"Kami jangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk mengawal sempadan di utara Semenanjung sahaja," katanya.

Ahmad Zahid berkata kos pembiayaan ini boleh dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sama ada secara kaedah pembayaran tertangguh, kaedah perkongsian antara awam dan swasta atau lain-lain kaedah.

Beliau berkata projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan pengawalan keselamatan negara terkawal.

Menurutnya, isu operasi agensi keselamatan sempadan adalah antara isu yang dibincangkan beliau dalam pertemuannya dengan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di sini Rabu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi Selasa untuk lawatan kerja selama seminggu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula Khamis.

Beliau berkata pihak Amerika Syarikat turut menawarkan kepada Malaysia untuk mempelajari operasi pengawalan sempadan di negara itu.

Ia termasuk melihat aset-aset yang digunakan negara itu sama ada aset kekal ataupun peralatan pemantauan satelit dan radar, selain beberapa aset lain yang sesuai untuk digunakan dengan topografi Malaysia.

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pilihan lagi, kecuali mengeksploitasi saluran lain misalnya media Barat, selepas gagal dalam percubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam UMNO dan Parlimen.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata program Four Corners oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) adalah satu lagi usaha Dr Mahathir untuk menggunakan media Barat sebagai sebahagian daripada Kempen Anti-Najib beliau.

“Tun Dr Mahathir tidak ada lagi pilihan melainkan mengeksploitasi saluran lain seperti media Barat, yang beliau cerca semasa beliau berkuasa, dan berganding tenaga dengan seteru politik seperti Lim Kit Siang, yang dipenjarakannya semasa beliau berkuasa.

“Dengan menggabung jalin beberapa peristiwa, mereka (ABC) mewawancara hanya Tun Mahathir dan peserta lain dalam Kempen Anti-Najib beliau, yang secara terbuka mengesahkan niat mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Tiada usaha untuk mengimbangi, dan tiada bukti yang dikemukakan untuk mewajarkan tuduhan liar ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Salleh berkata polis, pendakwa raya dan mahkamah telahpun mengesahkan bahawa kematian penuh tragik masing-masing membabitkan pengasas Arab-Malaysian Development Bank (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu tidak mempunyai kaitan langsung dengan perdana menteri.

“Memandangkan pembunuhan ini telahpun melalui siasatan polis dan proses mahkamah yang menyeluruh, tuduhan berniat jahat ini adalah suatu penghinaan bukan sahaja kepada perdana menteri, tetapi juga kepada polis, badan kehakiman dan sistem keadilan jenayah Malaysia secara keseluruhan,” kata Salleh.

Beliau berkata selama bertahun-tahun, Dr Mahathir dan Kempen Anti-Najib berusaha untuk menyerang perdana menteri (Najib) dalam perkara ini, bagaimanapun tiada bukti sama sekali terhadap sebarang salah laku, dan bukti itu tidak akan ada disebabkan tuduhan ini semata-mata untuk memburuk-burukkan Najib dengan didorong oleh kepentingan politik.

Katanya Hussain tidak mempunyai sebarang peranan dalam AmBank sejak 1980-an dan akaun perdana menteri pula dibuka pada 2011.

“Hussain bukanlah sebahagian daripada Ambank selama hampir 30 tahun, dan sama sekali tidak terbabit dalam akaun itu, polis telahpun mengesahkan bahawa Hussain tidak pernah membuat apa-apa laporan berkaitan akaun perdana menteri semasa beliau masih hidup,” katanya.

Mengenai kes Kevin Morais, Salleh berkata peguam negara mengesahkan bahawa Morais tidak pernah terbabit dalam sebarang siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau perdana menteri.

“Morais ditukarkan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke Jabatan Peguam Negara pada Julai 2014, setahun sebelum siasatan ke atas 1MDB dimulakan.

“Oleh itu, adalah mustahil untuk Morais sendiri yang menulis apa jua kertas pertuduhan berkaitan 1MDB,” kata Salleh.

Mengenai kes pembunuhan Altantuya, Salleh berkata perdana menteri telahpun memperjelaskan bahawa beliau tidak mengenali, tidak pernah berjumpa, tidak pernah berkomunikasi dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan wanita itu.

Salleh berkata proses perundangan yang menyeluruh telah dilaksanakan, termasuk siasatan polis dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan Malaysia.

“Tidak ada di peringkat mana pun dalam kes perundangan ini yang mengaitkan perdana menteri, walaupun secara tidak langsung,” katanya.

Salleh berkata dua pihak disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman. Mereka bukanlah pengawal peribadi perdana menteri — ini adalah dakwaan mengelirukan yang sengaja dibuat untuk mewujudkan teori konspirasi palsu.

Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua lelaki berkenaan adalah anggota unit polis yang menyediakan kawalan keselamatan secara bergilir-gilir kepada pegawai kerajaan serta kenamaan yang sedang melawat dan Najib tidak tahu menahu tentang perbuatan mereka sehinggalah kedua-duanya ditangkap.

— BERNAMA

TAMPIN - Terdesak mahu menggembirakan ibunya, seorang lelaki sanggup menjalankan kegiatan samun dan wang hasil haram itu diberikan kepada ibunya yang menetap di sebuah negeri di Pantai Timur.

Bagaimanapun, perbuatan jenayah suspek yajig juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Alor Gajah, Melaka akhirnya berjaya dikesan polis dan ditahan di sebuah stesen minyak di sini pada pukul 4.40 petang Isnin lalu.

Difahamkan, kejadian samun yang dilakukan suspek berlaku di loka- si sama berhampiran Pejabat Mahkamah Syariah Tampin pada pukul 1.15 petang 21 Mac lalu menggunakan motosikal rakan sekerjanya.

Dalam kejadian itu, suspek telah menyamun seorang wanita berusia 31 tahun menyebabkan mangsa kerugian kira- kira RM12.000.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki beru­sia 26 tahun itu disyaki mengambil beg tangan mangsa dalam bakul mo­tosikal ketika wanita itu mengepam tayar kenderaannya.

Menurut beliau, suspek membuat pengakuan bahawa dia membeli moto­sikal jenis Yamaha 125Z berharga RM7,000 hasil kegiatan curinya manakala sejumlah RM3,000 di­berikan kepada ibunya.
"Suspek yang baru bertunang disyaki melakukan kegiatan samun bersendirian dan penangkapan lelaki itu dapat menyelesaikan beberapa kes samun stesen minyak di sekitar Tampin dan daerah berhampiran," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kooi Cheang memberitahu, turut dirampas daripada suspek ialah wang tunai RM3.000, pelbagai jenis barang kemas, empat batang anak kunci motosikal dan dua buah motosikal.

Suspek kini ditahan re­man selama empat hari sejak kelmarin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 20, Kondominium Palm Spring, Kota Damansara, di sini Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Chen Jing Wei murid darjah tiga Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata ketika kejadian, hanya kakak dan abang mangsa yang berusia 17 dan 16 tahun berada di rumah manakala ibu bapa mereka bekerja.

"Menurut kakaknya, mangsa dipercayai terjatuh selepas memijak kompresor penghawa dingin yang diletakkkan di balkoni berkenaan untuk melihat sama ada ibubapanya sudah pulang dari kerja atau tidak di balkoni berkenaan," katanya di sini pada Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat, katanya.

Mohd Zani mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Usaha wartawan untuk menemu bual ibu bapa mangsa di hospital berkenaan tidak berjaya berikutan mereka masih dalam keadaan trauma. -Bernama

BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 75 kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak ditahan menerusi Op Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dijalankan di laluan pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Supt Zahari Mohamed berkata operasi yang bermula 6 pagi itu, menahan kenderaan asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

"Operasi yang kami jalankan ini lebih memfokuskan kepada kenderaan asing dari Thailand dan Singapura yang melakukan kesalahan jalan raya dan gagal menjelaskan saman," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Zahari berkata bagi memudahkan polis mengesan pesalah jalan raya, dua sistem alat pengesan yang dikenali sebagai Mobile Compound Online Payment System (MCOPS) dan Automated Number Plate Recognition (ANPR) diperkenalkan dan Kedah merupakan negeri perintis bagi pelaksanaan sistem itu.

"Sistem MCOPS yang menggunakan semakan melalui talian telefon akan memudahkan pihak polis melakukan semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan yang dilakukan," katanya.

Zahari berkata maklumat yang diperoleh melalui sistem itu juga lebih cepat dan saman akan dikeluarkan dalam tempoh 10 minit berbanding sebelum ini yang mengambil masa lebih daripada 24 jam.

"Bagi sistem ANPR pula, dua kamera yang dipasang di atas kereta peronda akan mengimbas nombor pendaftaran kenderaan dan sekiranya kenderaan terbabit mempunyai kesalahan saman, waran tangkap atau kenderaan curi, siren akan berbunyi dan maklumat akan terus sampai kepada pihak polis," katanya.

Beliau berkata dua sistem itu diwujudkan melalui Projek Trafik Corp Fasa 3 dan telah diuji sejak Jun tahun lalu di Kuala Lumpur dan Johor.

"Peralatan MCOPS dan ANPR akan diagihkan kepada setiap negeri secara berperingkat bagi memudahkan polis untuk mengesan pesalah jalan raya," katanya.

Operasi yang bermula pada 6 pagi tadi hingga 10 malam ini turut disertai enam pegawai serta 37 anggota polis trafik dan turut dibantu 10 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.ar

-mStar

KULAI: Dokumentari terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dilihat sengaja memburuk-burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain bermotifkan dendam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya percaya tindakan yang dibuat oleh Four Corners ABC itu mempunyai kaitan dengan penahanan dua kru mereka di Sarawak, baru-baru ini.

"Four Corners ABC ini sengaja hendak memburuk-burukkan negara dan pemimpin kita. Mereka ini mempunyai motif dendam. Dakwaan itu merepek serta mempunyai agenda tersembunyi...kita kesal dengan apa yang berlaku ini.

"Sudah berulang kali diperjelaskan kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi (pengasas AmBank) tidak ada kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan begitu juga (Timbalan Pendakwa Raya) Kevin Morais disahkan peguam negara tidak terbabit dengan siasatan syarikat berkenaan," kata beliau.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Pegawai-pegawai Kanan Diwartakan (PPKP/Cawangan Pegawai, PPKP/Cawangan Inspektor dan Pegawai-pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) kali ke-88 2015/2016, di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Four Corners dalam dokumentari 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' yang diterbitkan ABC dengan cuba mengaitkan pembunuhan beberapa individu dengan siasatan 1MDB dan perdana menteri.

Pada 12 Mac lepas, wartawan Four Corners, Linton Joshua Besser, 39, dan jurukamera, Eroglu Levent, 51, ditahan kerana cuba merempuh kawalan keselamatan semasa Najib melawat Kuching, Sarawak sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.

Menurut Khalid, beliau berasa kesal dengan penyiaran dokumentari terbabit dan sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan penyiaran dokumentari berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kesiapsiagaan dan kawalan ancaman pengganas khususnya kumpulan Daesh, beliau berkata pihaknya sudah mengambil langkah tahap tertinggi mengenainya.

-mSTAR

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan anggota Umno supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.

Najib yang juga Presiden Umno berkata perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.

"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.

"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, Rabu.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM Datuk Melati Ali.

KUALA LUMPUR: Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.

Jurucakap itu juga berkata sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

"Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh perdana menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya," kata jurucakap itu dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang dinyatakan perdana menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah melakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.

"Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu," kata jurucakap berkenaan.

This show by bikini-clad Ladapha "Sherry Samkhok" Rachata-amornchot and partner Aphisit Sae-ueng proved too hot for the prime minister. (YouTube video grab via คลิบเด็ด โซเชียล [Superb Clips])

Prime Minister Prayut Chan-o-cha wants the Culture Ministry and the police to impose a limit on provocative shows by "pretties" at motor shows.

The prime minister reacted Tuesday to a social media outcry over a video clip featuring a lewd performance by a male and female model at the Bangkok International Motor Show, that began last Wednesday and ends on Sunday.

If necessary, the law may be amended to allow stricter controls on scantily clad models and provocative performances at auto shows, said Gen Prayut.

"This is a matter of individual conscience and one should never claim she has to do such an immorally wrong act for money," said Gen Prayut.

Gen Prayut's comment came after the Nonthaburi district court fined Ladapha Rachata-amornchot, better known as Sherry Samkhok, and Aphisit Sae-ueng, the performers in the clip, 1,500 baht each for their performance at the motor show fair.

Pranaya Pliankim, organiser of the performance, and Kritathach Piyawuthiphoch, the sound controller at the show, were also ordered to pay the fine for their involvement in the incident.

In the video clip which circulated on social media, Ms Ladapha was wearing a bikini when she performed a lewd dance with Mr Aphisit.

The pair appear to be mimicking a sex act with the male model taking off his shirt and the female moaning at him.

They were hired to perform for a car stereo company at the fair.

After hearing the ruling on Monday, Ms Ladapha said she did not regret being captured on video performing at the event but she apologised if society viewed what she had done as being inappropriate.

Culture Minister Vira Rojpojchanarat said the ministry has received complaints in the past about motor shows featuring scantily dressed models and provocative performances.

Following the latest incident, the ministry's culture watch team wrote to Grand Prix International Plc, organiser of the motor show, asking it to tone down sexy outfits of models hired to perform there, Mr Vira said.

RIYADH: A YouTube video clip, entitled “Goodbye my KSA, Goodbye,” performed by a young Filipino, has gone viral in the Kingdom over the past few days.
The clip has received more than 250,000 views on YouTube channels and Arabic e-magazine sites since it was posted a week ago.
The clip tells the story of a Filipino woman who worked in the Kingdom for 20 years and has to return home to take care of her sick sister. Divided between her reluctance to leave the country she has grown to love and her duty to take care of her sister, she came up with the song. It can be seen at https://www.youtube.com/watch?v=1qRYAu2c7og.
Some Saudis who saw the clip told Arab News that they were very impressed and moved.
Majid Al-Hokair, a prominent tourism promoter and deputy chairman of Al-Hokair Group for Tourism and Development, found the clip very moving and said that it brought tears to his eyes.
“We see how deeply our guest workers feel toward our country. This makes us very grateful for their feelings, commitment, and contributions to building our country along with us,” he said.
Omar Al-Jasir, director of Culture and Arts Society in Jeddah, said the clip was very emotional. “The song tells us that our real home may not be the one in which we are born but the one in which we live meaningfully with people, friends and places.”
According to the Filipino MENSAHERO News online magazine, the original song was written by J. Nava Cruz, an OFW freelance writer/author in the Philippines and was meant to be dedicated to Saudi Arabia, but the clip was made by a group of overseas Filipino professionals who live in the Kingdom.
The group includes Teofilo “Jojo” Bitoon, musical arranger, Peter John Tan, sound engineer, Marvin Domalaon, video editor, Filipino student Filxygmir Moneva, singer/song interpreter and Rodel Menda, director.



Sebanyak RM400 juta diperuntukkan kepada Kelantan tahun lalu, menjadikan negeri tersebut antara penerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan kepada agensi-agensi negeri, wang ihsan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

"Semua RM400 juta ini masuk ke kantung kerajaan negeri, hakikatnya bantuan untuk Kelantan antara yang tertinggi kita beri walaupun Kelantan bukan di bawah Barisan Nasional," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Najib menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang ingin tahu sama ada keseluruhan peruntukan RM400 juta kepada Kelantan hanya untuk kerajaan negeri atau termasuk untuk agensi-agensi lain.

Terdahulu, menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkenaan kesediaan kerajaan memberi peruntukan kepada Kelantan bagi melaksanan program 'Dapur Hijau' untuk menggalakkan penduduk bercucuk tanam, Najib berkata kerajaan sentiasa menggalakkan sebarang usaha bagi membantu rakyat.

"Kita beri untuk tahun 2015 kesemuanya ialah RM400 juta, bukan sikit. Kita harap daripada RM400 juta ini terpulang kepada kerajaan negeri nak agih-agihkan untuk buat program bantu rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) sama ada penilaian kos sara hidup di negara ini disandarkan pada standard kehidupan yang bersesuaian, Najib berkata satu daripada punca utama tekanan kos sara hidup adalah taraf pendidikan sebahagian besar rakyat yang masih rendah.

"Maknanya kalau kita setakat ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja, tiada lagi sarjana, tiada diploma serta tiada kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapat pekerjaan yang memberi pendapatan yang baik.

"Jadi kita mesti tanam dalam minda rakyat supaya cari kelulusan yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Nik Mohamad Abduh berkenaan langkah kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi, Najib berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya antara inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat ialah Bantuan Rakyat1Malaysia, Bantuan Persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 bagi Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping penetapan gaji minimum kakitangan awam sebanyak RM1,200 mulai Julai tahun ini.

Katanya kerajaan juga memberi insentif pelepasan cukai individu dan pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menambah pendapatan boleh guna rakyat.

"Pendekatan kerajaan yang bersifat holistik, jangka pendek dan jangkapanjang ini secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekonomi negara dan menyumbang kepada pembentukan struktur sosial negara yang lebih kondusif dan progresif," katanya. -Bernama

Pasukan keselamatan sentiasa berwaspada terhadap sebarang ancaman di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) walaupun kawasanitu terkawal ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pasukan keselamatan menerusi agensi terlibat seperti AngkatanTentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman termasuk maklumat tentang cubaan penculikan.

"Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) sentiasa bertekad untuk menyifarkan sebarang pencerobohan dan penculikan daripada berlaku, namun demikian ancaman seperti 'kidnap for ransom' masih boleh berlaku jika kita kurang berwaspada," katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau menjawab soalan Datuk Raimee Unggi (BN-Tenom) yang mahu Perdana Menteri menyatakan tahap keselamatan termasuk prasarana anggota keselamatan bagi seluruh Esszone walaupun tiga tahun sudah berlalu sejak peristiwa pencerobohan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Najib berkata semenjak penculikan terakhir pada 14 Mei tahun lalu, Esscom mampu menyekat beberapa cubaan penculikan dengan prasarana dan kemampuan semasa.

Beliau berkata pelbagai inisiatif dalam mengukuhkan keselamatan Esszone telah dan sedang diambil termasuk mengukuhkan pos keselamatan di pulau-pulau yang mempunyai resort dengan peningkatan trup dan kelengkapan serta meningkatkan kehadiran vesel sepanjang perairan Esszone kepada purata 85 buah sehari berbanding 39 sehari sebelum ini.

Najib berkata langkah lain termasuk mengoptimumkan penggunaan teknologi pengawasan (Unmanned Aerial Vehicle (UAV), pesawat dan radar) dalam melengkapi pengoperasian maritim serta meningkatkan operasi penguatkuasaan di laut dan didarat setiap hari di kawasan dan laluan berisiko tinggi.

Selain itu, katanya pasukan keselamatan juga meningkatkan dan mengumpul maklumat secara domestik dan merentas sempadan serta melakukan pendekatan dengan komuniti melalui dua program iaitu Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) dan Esscom bersama masyarakat.

"Semua inisiatif ini adalah dinamik di mana perancangan dan pelaksanaan kawalan, penugasan dan operasi sentiasa disemak-suai dari semasa ke semasa,"katanya.

Najib berkata sepanjang tiga tahun lepas, Esscom telah membaik pulih danmenaik taraf 35 pos pasukan keselamatan di sepanjang Esszone di samping pembinaan prasarana bagi penempatan dua batalion iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA)dan Tentera Darat (TDM).

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata Esscom juga telah membangunkan Esscom Fusion Centre yang mana Fasa 2 dan Fasa 3 akan menyusul dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Katanya kerajaan juga telah memberikan peruntukan bagi meningkatkan keupayaan sistem radar pengawasan serta perolehan 92 buah bot pelbagai jenis bagi melengkapkan kelompongan yang wujud di sepanjang Esszone.

"Prasarana semasa walaupun serba kekurangan tetapi tidak menjejaskan operasi, namun penambahbaikan sedang disusuli mampu meningkatkan keberkesanan operasi di ESSZone," katanya.-Bernama



KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia tidak mempunyai hak untuk megemukakan usul mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan serta-merta, kata Persatuan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa).

Sehubungan itu, Jalsoa menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada Rabu meluluskan usul menolak campur tangan dan tekanan badan lain termasuk Badan Peguam Malaysia dalam urusan Peguam Negara melaksanakan kuasa dan budi bicaranya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jalsoa dalam kenyataannya berkata ia berpendirian bahawa semua pihak hendaklah menghormati kedudukan institusi Peguam Negara dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai institusi bebas.

Selain itu, semua pihak harus menghormati peranan institusi Peguam Negara dalam menjunjung keluhuran Perlembagaan, menegakkan keadilan, mendaulatkan undang-undang dan melindungi kepentingan negara.

Pada 19 Mac lepas, tiga peguam - Charles Hector, Francis Pereira dan S.Shanmugam - mengemukakan usul mendesak Mohamed Apandi meletakkan jawatan kerana didakwa tidak berupaya mengendalikan kes berprofil tinggi, pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-70 Badan Peguam Malaysia.-Bernama

Seorang Jurutera Petronas, Jalil Ismail yang sebelum ini dengan bangga menghina dan memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaman sosial Facebook miliknya, kini dibuang kerja 24jam. Lelaki tersebut bukan sahaja menghina perdana menteri, malah dia turut menggelarkan DS Najib sebagai binatang.
Akibat teruk dikecam oleh netizen, lelaki terbabit kini telah dipanggil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk siasatan atas status menghina yang dimuatnaik olehnya tersebut. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin kini dia juga baru sedar siapa dirnya yang sebenar.
Tapi malangnya semua telah terlambat, pandai saja tak guna, kalau takde akal.., betul tak?? Akibat daripada tindakan yang diambil terhadapnya, Jalil kini secara terbuka telah menzahirkan permohonan maafnya terhadap perdana menteri. Sudah jadi macam ni baru nak insaf yer!
“Saya juga berasa insaf terhadap perbuatan saya ini kerana kesalahan ini telah menghantui keadaan saya sekeluarga. Sekali lagi Datuk Seri, saya memohon maaf dan berasa menyesal yang teramat sangat atas kesalahan saya ini terhadap Datuk Seri.
“Saya benar-benar memohon dan berharap Datuk Seri dapat memaafkan kekhilafan saya ini terhadap Datuk Seri. Saya berjanji kepada Datuk Seri bahawa saya tidak akan mempercayai dan mengambil tahu mana-mana ‘posting’ negatif terhadap kepimpinan datuk Seri di media sosial masa masa akan datang,” katanya.
Doa-doa jela yang perdana menteri maafkan dia, tapi Gomez percaya yang Najib ni memang baik hati.. Huhuuuu! Posting permohonan maaf Jalil di media sosial mendapat reaksi positif dari para pengguna Facebook. Rata-rata mereka menerima dengan baik permohonan maaf yang disuarakan jurutera tersebut.
Itu la lain kali nak muatnaik status tu baik-baik sikit, jangan fikir yang sekarang ini tiada mata-mata sedang melihat. Zaman sekarang ini mudah sangat nak viral, kutuk sikit je memang akan jadi viral.. Hahaha! Pengguna laman sosial jugak yang viralkan okey, jangan tuduh ‘spy kerajaan di facebook’ pulak! Cari makan dengan kerajaan tapi kutuk kerajaan. Fuhhhhhh, memang terkena la bro! Lain kali pakai otak okey! –https://rmf7.wordpress.com/…/lelaki-petronas-hina-perdana-…/
‪#‎BeritaUntukRakyat‬


ALOR SETAR - Seorang atlet para­limpik badminton perseorangan lelaki negara ditahan Jabatan Imigresen kerana cuba menyeludup seorang wanita Thailand ke negara jiran itu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dekat sini pada Sabtu lalu.


Tangkapan kira-kira pukul 6.30 petang itu dilakukan ketika atlet kelainan upaya berusia 28 tahun tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Thailand bersama seorang wanita Thailand berusia 25 tahun yang diper cayai teman wanitanya.


Ketua Imigresen Bukit Kayu Hitam, Nar Azaman Ibrahim memberitahu, dua individu yang menaiki kereta jenis Mercedes-Benz C200 itu berhenti di laluan keluar Pos Imigresen sebelum menyerahkan pasport Malaysia dan Thailand untuk mendapatkan cop ke­luar dari negara ini.


"Bagaimanapun cop keluar dan masuk pada pasport milik wanita Thai­land tersebut diragui menyebabkan anggota Imigresen itu mengarahkan mereka ke pejabat penyelia (Imigres­en) untuk pemeriksaan lanjut.


"Mereka bagaimanapun bertindak melarikan diri dengan memecut kereta menghala ke Thailand, namun berjaya dipintas di medan letak kereta Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam sejauh kira-kira 500 meter," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kata beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, pasport milik wanita Thai­land itu mengandungi dua cop keluar dan masuk yang disyaki palsu.


"Lelaki itu mendakwa, cop yang disyaki palsu berkenaan diperoleh daripada seorang ejen tempatan di Kuala Lumpur pada harga RM500 bagi mengelakkan wanita itu ditahan kerana tinggal lebih masa di negara ini," jelasnya.
Atlet paralimpik berkenaan pernah memenangi pingat emas acara bad­minton perseorangan lelaki pada Sukan Para Asia di Korea Selatan pada tahun 2014.


KEPERAWANAN lazimnya menjadi penanda aras bagi mengukur tahap moraliti seseorang wanita itu, namun berlainan pula dalam budaya masyarakat Barat.

Senarai 10 Dara Paling Mahal Di Dunia!
Senarai 10 Dara Paling Mahal Di Dunia!
Dalam artikel ini, kami selongkar kisah 10 gadis yang menjual dara mereka secara rela demi menampung kos pengajian tinggi, sara hidup dan perubatan ahli keluarga.

1. Rosie Reid

Pada tahun 2004, Reid yang berusia 18 tahun ketika itu berjaya menjual daranya kepada seorang jurutera berpangkat duda. Pembida itu telah membayar sebanyak £8,400 (RM50,203) untuk meniduri Reid. Usai sesi bersama lelaki itu, Reid, yang sebenarnya seorang lesbian, dilaporkan menangis sepanjang hari keesokan harinya bersama kekasih songsangnya.

2. Alina Percea

Berasal daripada Romania, Percea dengan rela hati meletakkan daranya untuk dibida bagi membiayai pengajiannya dalam ijazah perkomputeran pada tahun 2009. Gadis berusia 18 tahun itu berjaya menjual aset paling bernilainya kepada seorang lelaki warga Itali pada harga £8,800 (RM 57,702).

Bukan sahaja itu, malah pembida berusia 45 tahun itu juga menanggung kos untuk menerbangkan Percea ke Venice. Percea juga menjalani dua pemeriksaan perubatan untuk membuktikan bahawa dia masih dara sebelum ‘hari penting’ tersebut.

3. Shatuniha

“Saya bebas dari tabiat buruk dan sedap mata memandang”, begitulah deskripsi yang ditulis gadis ini dalam iklan jual dirinya. Dalam iklan itu, Shatuniha turut menulis bahawa dia benar-benar kesempitan wang dan memerlukan duit dengan segera.

Akhirnya, Shatuniha yang berasal daripada Siberia ini berjaya membida kegadisannya pada harga tertinggi berjumlah 900,000 rubles (RM 56,570) kepada seorang pembida yang tidak mahu dikenali.

4. Unigirl

Nekad untuk mendapatkan wang segera bagi menampung kos pengajiannya, pada tahun 2010, seorang gadis New Zealand yang hanya mahu dikenali sebagai Unigirl berjaya menjual daranya kepada pembida tertinggi dengan harga 32,000 dolar (RM 138,928). “Ia merupakan sesuatu yang amat tidak disangkakan,” katanya mengenai nilai bidaan tersebut.

5. Cathy Cobblerson

Cobblerson, 24, daripada Texas, Amerika Syarikat ini telah memecahkan rekod sebagai ‘dara paling mahal’ dengan nilai bidaan sebanyak USD100,000 (RM 434,150) dalam laman e-Bay. Bagaimanapun, bidaan itu akhirnya telah ditarik balik tanpa sebab oleh pihak e-Bay.

6. Catarina Migliorini

Pada tahun 2012, siswi daripada Brazil ini telah menjual kegadisannya dengan harga USD780,000 (RM 3,386,370) selepas dia mengiklankan bidaan itu di dalam Internet. Pemenangnya, seorang lelaki Jepun bernama Natsu, terpaksa bersaing sengit dengan dua orang lagi lelaki bermata keranjang sebelum berjaya untuk ‘memiliki’ Catarina yang berciri eksotik itu selama satu malam.

Walaupun dia mengiklankan daranya secara terang-terangan, namun Catarina tegaskan bahawa dia bukan seorang pelacur dan cuma berniat untuk mencetuskan impak positif dengan membina rumah kepada penduduk miskin di bandarnya dengan hasil duit tersebut.

7. Elizabeth Raine

Gadis pintar juga tak terlepas daripada mengikuti trend kurang cerdik ini. Raine, seorang pelajar jurusan perubatan, mengiklankan tawaran jual daranya melalui sebuah laman web kelolaan satu syarikat perhubungan awam yang turut menguruskan bidaan tersebut. Bidaan itu dilakukan secara profesional dengan adanya beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pemenang sebelum melakukan hubungan seks dengan Raine.

Laman web tersebut meyediakan informasi tentang ke mana wang hasil bidaan itu disalurkan (ke sebuah badan kebajikan yang menyediakan pendidikan kepada wanita di negara-negara membangun), di samping gambar-gambar tubuh Raine dengan wajahnya dipadamkan.

8. Graciela Yataco

Model berusia 18 tahun kelahiran Peru ini terpaksa membida keperawannya bagi menanggung kos perubatan ibu serta sara hidup adik lelakinya. Niat ‘murni’ Yataco ini berjaya ditunaikan dengan jumlah USD103,000 (RM 447,174).

9. Raffaella Fico

Pada usia 20 tahun, model Itali dan bintang rancangan ‘Big Brother Italy 2008’ ini meletakkan daranya untuk dibida dengan harga tertinggi bagi membolehkan beliau membeli sebuah rumah di Rome dan untuk menampung yuran kelas lakonannya. Fico akhirnya bersetuju untuk ditiduri oleh lelaki tidak dikenalinya dengan harga USD1.8juta. Untung badan.

10. Natalie Dylan

Bagi membiayai ijazah sarjananya yang terlalu mahal, Dylan yang berusia 22 tahun pada tahun 2008 ini terpaksa menawarkan dara untuk menghabiskan pengajian. Iklan Dylan membuahkan hasil lumayan apabila daranya telah dibida dengan harga USD3.7juta!

KUCHING 29 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan dalam keadaan selamat hari ini setelah lebih 24 jam dilaporkan hilang dipercayai dilarikan oleh dua individu tidak dikenali berhampiran Arked Plaza Merdeka, Jalan Astana di sini semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, Haiqal Haqimi Suhini, 7, dihantar pulang oleh seorang lelaki ke rumah neneknya di Kampung Sungai Laruh di sini kira-kira pukul 3 petang.
Bagaimanapun, katanya, lelaki yang tidak dikenali itu dikatakan terus beredar selepas menghantar pulang anak kedua daripada empat beradik itu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen dan Daerah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki Iban berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Siol Gandis pada pukul 5 petang.
“Siasatan mendapati mangsa yang telah bermalam di rumah lelaki itu telah dilayan dengan baik bagaimanapun tidak mengenalinya dan seorang lagi suspek,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Dalam pada itu, Ahmad Abang menasihati ibu bapa supaya sentiasa memastikan keselamatan anak masing-masing dan menjadikan kes itu sebagai teladan kepada masyarakat.
Sementara itu, bapa mangsa, Suhini Abdullah, 36, berkata, mereka bersyukur kerana anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.
“Alhamdulillah, Haiqal kembali ke pangkuan kami dalam keadaan selamat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis termasuk pengamal media dalam membantu mengesan anak kami,” ujarnya.
Terdahulu, bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah pagi tadi, Abang Ahmad memberitahu, Haiqal dilaporkan hilang dan dipercayai dilarikan oleh dua individu tidak dikenali selepas ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya di rumah datuknya untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan semalam.
“Kanak-kanak itu disedari hilang selepas ibu bapanya balik dari klinik kesihatan kira-kira pukul 1.45 petang.
“Bapa kanak-kanak yang bekerja sebagai penjaga stor itu kemudian bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Gita di sini untuk tindakan lanjut,” ujarnya.


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengeluarkan Sijil Warganegara kepada 688,766 warga asing sejak negara merdeka sehingga 31 Januari lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu rakyat tiga negara asal yang merekodkan jumlah penerima Sijil Warganegara tertinggi adalah China (69,904), Indonesia (38,024) dan India (19,301).

Kementerian itu menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai jumlah warga asing yang diberi status kerakyatan Malaysia sejak negara merdeka mengikut negara asal serta bilangan mereka yang telah ditarik balik kerakyatan.

Menurut kementerian itu, jumlah warganegara Malaysia yang dilucutkan kerakyatan mereka bagi tempoh sama adalah 10,828 orang. - Bernama


KUALA LUMPUR 29 Mac - Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.
“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.
“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.
Sementara itu, artikel bertajuk ‘Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela’ oleh penulis bebas, Wang Jek Ying dan disiarkan Nanyang Siangpau pada Ahad lalu menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.

Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.

“Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.

Dalam pada itu, akhbar Kwong Wah bertarikh 22 Mac menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ yang ditulis penulis bebas, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.
“Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.

“Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya.

-Utusan



Tahun 2003 menjadi waktu awal bagi Olivia Wilde untuk berkecimpung di industry hiburan. Ia mulai menebarkan pesonanya dalam film “Tron: Legacy”. Dia juga mampu unjuk gigi dalam “House”. Tujuh tahun kemudian, PETA menamainya sebagai “Selebriti Vegetarian Terseksi”.




Saat ini dikabarkan menjadi rumah paling mahal yang pernah dibuat biaya lebih dari $ 12.200.000.000 oleh Raja Stuart Hughes bling, adalah rumah yang terletak di sebuah lokasi rahasia di Swiss. Dikenal sebagai pertama di dunia “Rumah Emas”, dengan 200.000 kilogram emas murni dan perlengkapan platinum dan perlengkapan dan lantai dirancang khusus terbuat dari batu meteor dengan serutan asli tulang dinosaurus T-Rex berusia 65 juta tahun yang melekat pada setiap ubin. Luas 2.442 meter persegi, dengan luas bangunan 752 meter persegi dengan 338 meter persegi teras, gudang anggur seluas 25 meter persegi, 8 kamar dan 4 garasi mobil.

Itulah rumah termahal sekaligus rumah termewah di dunia dan merupakan rumah yang sangat megah dan menakjubkan



Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Ahli lembaga parol yang bermesyuarat pagi tadi bersetuju untuk meluluskan permohonan peguam bekas Menteri Besar Selangor itu.

Dr Mohamad Khir, 50, sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman 12 bulan penjara terhadapnya.

Dalam entri akaun Facebooknya, hari ini tertera: "Alhamdulillah, Lembaga Parol sebentar tadi telah meluluskan permohonan parol Dr Mohamad Khir Toyo. Mulai 29 Mac 2016 Dr Khir Toyo akan menghabiskan dua bulan terakhir hukuman penjaranya dengan Tahanan Kediaman di bawah pengawasan Pejabat Parol Klang."

Selain itu, entri berkenaan beliau tertulis: "Setelah enam bulan di penjara akhirnya Dr Khir bertemu keluarga secara berdepan tanpa kaca penghalang lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t."


Berita Harian

SHAH ALAM, 29 MAC: Seramai 911,969 penumpang direkodkan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak dilancarkan di lima kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 1 Julai 2015.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata perkhidmatan bas itu mengutamakan kawasan pembanggunan seperti pusat komersial, kawasan kemudahan awam dan pusat kesihatan.

teng chang khim a“Ia bertujuan menggalakkan penggunaaan pengangkutan awam di samping mengurangkan beban kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kajian waktu perjalanan dan laluan bas juga dititik beratkan supaya tidak menjejaskan waktu operasi perkhidmatan bas lain.

“Pemilihan laluan juga adalah berdasarkan kriteria ditetapkan Jawatankuasa Tetap PBT dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya menjawab pertanyaan ADN Taman Medan, Haniza Talha pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri juga menyemak semula peratus penggunaan Bas Smart Selangor di beberapa kawasan.

“Kita juga mengkaji semula laluan perjalanan jika berlaku penuruan penumpang di kawasan tidak mendapat sambutan.

“Pertimbangan juga dibuat bagi laluan dan waktu operasi di kawasan kos rendah untuk kegunaan pelajar sekolah jika tidak menjejaskan perkhidmatan bas sekolah lain,” katanya.

-Selangor Kini

GEORGE TOWN: Sebuah mesin deposit tunai di sebuah bank di Bayan Baru di sini, diletupkan menggunakan bom paip dalam cubaan merompak pagi Selasa.

Cubaan lelaki terbabit untuk melarikan wang dalam mesin itu tidak kesampaian apabila letupan akibat bahan letupan buatan sendiri itu gagal memecahkan peti besi yang menyimpan wang itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, seorang lelaki dilihat memasuki kawasan mesin juruwang automatik/deposit tunai bank di Jalan Pantai Jerjak itu dan meletakkan satu kotak di sebuah mesin deposit tunai.

"Selepas beberapa saat, telah berlaku letupan sehingga menyebabkan pintu mesin deposit tercabut. Peti besi yang menyimpan wang tiada mengalami sebarang kerosakan," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata berdasarkan rakaman CCTV di bank itu, lelaki yang memakai helmet, sarung tangan dan jaket warna gelap itu melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diparkir di kawasan berhampiran bank itu setelah gagal memecahkan peti besi itu.

Lai berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempungai kaitan dengan kes seorang lelaki menggunakan bahan letupan buatan sendiri untuk meletupkan mesin juruwang automatik di sebuah bank di Bukit Jambul 11 Mac lepas.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin menerima risikan daripada lelaki tidak dikenali yang telah menemui ibunya di sini kira-kira seminggu lalu dengan membawa sebentuk cincin.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 37, berkata, semasa kejadian dia berada di luar negara tetapi pemuda itu sempat berurusan dengan ibunya yang berada di rumah di Sungai Pencala di sini.

“Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang.

"Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya,” kata Maya kepada mStar Online.

Maya berkata, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dibuat dengan cincin itu dan ia masih berada dalam simpanan ibunya.

Namun Maya berhasrat untuk mengabaikannya selain bimbang diri dia berada dalam keadaan bahaya kerana diminati orang yang tidak dikenali.

“Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak,” katanya kepada mStar Online.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, kata Maya, dia bersyukur kerana pada waktu lamaran itu dibuat, dia bercuti di Jerman.



Maya Karin.
Ujarnya, apabila seseorang yang tidak dikenali sanggup melamar dengan membawa sebentuk cincin, ia menggambarkan sesuatu yang pelik selain amat menakutkan.

Bagaimanapun peristiwa itu tidak bermakna dia akan terus fobia untuk menerima lamaran sekiranya mengikut cara yang betul. Malah dia sendiri mengaku dalam proses mencari pengganti.

“Agak sukar memperkatakan soal pengganti sekarang. Bukan kerana saya tidak mencari, tetapi sehingga sekarang masih belum jumpa.

"Selalunya orang yang saya nak, dia tidak serius. Tetapi bila ada yang serius, saya pula tak terbuka hati. Agak rumit juga situasi itu,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Maya berkata sejak kerap ke luar negara, ada juga lelaki berbangsa asing yang mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat.

Apa yang membuatkan dia berasa lebih selesa, lelaki itu langsung tidak mengetahui statusnya sebagai seorang selebiriti di Malaysia dan cuba menerima dia seadanya.

“Saya senang katakan yang kami berkawan. Setidak-tidaknya saya tahu dia terima diri saya seadanya tanpa mengetahui siapa diri saya di Malaysia,” katanya ringkas.

Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada 14 Ogos 2008 di Itali dan disahkan bercerai talak satu pada 16 Julai 2010.

Maya yang kini kembali aktif dalam kerjaya nyanyian mengakui agak sibuk dengan rangka promosi single terbarunya 'Serik Dengan Cinta'.

Bagaimanapun Maya menjelaskan judul single tersebut tiada kena mengena dengan dirinya dan bersifat kebetulan.

JERUSALEM: Prime Minister Benjamin Netanyahu defended the Israeli army Sunday as controversy gripped the country over a soldier caught on video shooting a Palestinian assailant in the head as he lay on the ground.
The incident on Thursday led to the soldier’s arrest and strong condemnation from military officials, but some rightwing politicians and their supporters have reacted angrily to the response.
Netanyahu on Thursday joined condemnations of the soldier’s behavior but appeared to backpedal slightly Sunday in remarks at the start of a cabinet meeting.
“Any challenge to the morality of the IDF (Israel Defense Forces) is outrageous and unacceptable,” he said. “The soldiers of the IDF, our children, maintain high ethical values while courageously fighting against bloodthirsty murderers under difficult operational conditions.
“I am certain that in all cases, as in the current one, the inquiry takes into account all conditions. We must all support the IDF chief of staff, the IDF and our soldiers, who safeguard our security.”
Netanyahu leads one of the most rightwing governments in Israeli history but holds only a one-seat majority in parliament.
Video from Thursday’s incident in Hebron in the occupied West Bank spread widely online and threatened to further inflame tensions amid a wave of violence that erupted in October.
It showed a 21-year-old Palestinian, who along with another man had allegedly stabbed a soldier minutes earlier, lying on the ground, apparently after being shot.
The soldier then shoots him again, in the head, without any apparent provocation. The Palestinian, Abdul Fatah Al-Sharif, was killed.
Sarit Michaeli, a spokeswoman for Israeli rights group B’Tselem, which posted the video, called it an “execution.”
The UN’s special coordinator for the Middle East peace process, Nickolay Mladenov, called it “a gruesome, immoral and unjust act.”
The soldier was detained, and Defense Minister Moshe Yaalon vowed that the incident would be treated with “utmost severity.”
But far-right politicians, including Education Minister Naftali Bennett, have defended the soldier, while members of his family reportedly said he was being publicly “lynched” and would not receive a fair trial.
Bennett questioned whether the soldier thought the Palestinian had explosives on him, though there were reports that he had already been checked for a suicide belt before the shooting.
“The soldier is not a murderer,” Bennett wrote on his Facebook page.
“Have we lost our minds? We are at war, a war against brutal terrorism.”
Several dozen people protested to call for the soldier’s release over the weekend, Israeli media reported, while posters were seen calling for military chief of staff Gadi Eisenkot’s resignation.
Violence since October has left 200 Palestinians and 28 Israelis dead.
Most of the Palestinians killed were carrying out knife, gun or car-ramming attacks, according to Israeli authorities.
But Israeli forces have also been accused of using excessive force in some cases, charges which they have firmly denied

VISION OF PROGRESS: Custodian of the Two Holy Mosques King Salman chairs the weekly Cabinet meeting in Riyadh. (SPA)
RIYADH: The Cabinet has welcomed the defense deal signed with South Africa to produce military projectiles, saying it would bolster the country’s armed forces and ensure further localization of industries aimed at creating jobs for citizens.

The Cabinet meeting, chaired by Custodian of the Two Holy Mosques King Salman at Al-Yamamah Palace in Riyadh on Monday, said the munitions factory, which would be constructed with the help of a South African arms manufacturer, would be a key contributor to Saudi requirements for military projectiles and assist in local job creation and technology transfers, according to SPA.
Meanwhile, the Cabinet welcomed the convening of the first meeting in Riyadh of the Islamic Military Alliance army chiefs of staff. The ministers stated that the Riyadh Declaration issued by the meeting affirmed the importance of collective action to counter terrorism and extremism with education, dialogue and other measures.
The Cabinet further renewed the Kingdom’s call for the United Nations Security Council to set up an international system that would protect the Palestinian state including Al-Quds. They also condemned the Israeli authorities for continuing to construct settlements on occupied Arab territory, and regretted the resignation of the United Nations Special Rapporteur on Human Rights in the occupied Palestinian territories because of Israeli intransigence.
The Cabinet denounced the terrorist bombings in Pakistan and Brussels, which resulted in several deaths and casualties. In this context, it urged the international community to intensify efforts to fighting terrorism.

All residents have been ordered out of the small Fort Mahakan community and Rattanakosin buildings like this historical shophouse will be razed. (Photo via Flickr)

The Bangkok Metropolitan Administration (BMA) has set an April 30 deadline for residents of the Mahakan Fort Community to relocate, despite strong opposition from the locals and members of the public.

BMA officials erected an eviction notice Monday in front of the Mahakan Fort Community in Phra Nakhon district, urging locals to vacate the land they are living on by the deadline.

However, no opposition from locals was reported.

According to the announcement, a group of enforcement officials will tear down homes if residents defy the order. It said the plots near the fort where the locals have been living belong to the BMA after residents transferred ownership to the city. Some occupants have already received compensation.

The government plans to turn the site into a historical learning centre and public park. The National Housing Authority will provide support to residents facing eviction on April 19.

Save the Fort: Don't evict, display

A source at City Hall, who asked not to be named, said academics from the Fine Arts Department (FAD) will examine structures in the community following the relocation of residents. There are many wooden houses with Rattanakosin-era architecture in the community. Old houses and big trees will be kept.

The source said various state agencies have pressured the BMA to relocate the community for more than 24 years.

Peerapon Hemrat, the community's deputy chief, said the BMA paid compensation to occupants and asked them to relocate to buildings in Min Buri and Nong Chok which had no access to public transport. The new locations offered are also far away from their offices in the city.

Mr Peerapon said locals were preparing a letter seeking a meeting with Bangkok governor MR Sukhumbhand Paribatra to discuss the eviction plan.

The occupants will propose to return the compensation paid by the BMA in monthly installments and rent their homes from the BMA.

They will ask for permission to remain in the community and have it developed as a tourist attraction. They also offered to ensure safety in the proposed park.

The residents will also ask the city to push for the Mahakan Fort Community to become an example of community and state co-management.

Bovornvate Rungrujee, a former FAD chief, and member of the Sub-Committee for the Conservation of Rattanakosin Town, said the community is a registered national heritage site.

That said, the area has never been vacant. "It has been occupied by people since the beginning of the Rattanakosin era."

He said fort residents could stay in the area as long as the community is well regulated.

Mr Bovornvate also said the Rattanakosin sub-committee, which initiated the eviction of Mahakan Fort residents, and some other communities in the old town area, is preparing to review the relocation plan.

Meanwhile, vendors from Pak Khlong Talat submitted a letter to Prime Minister Prayut Chan-o-cha, asking the government to review its decision to ban all vendors from pavements near the market from July 1 onwards, saying the proposed relocation sites are too far away.

They also asked for an opportunity to prove they could manage the area on their own.
-Bangkok Post



North Korea has released a provocative new video depicting a nuclear attack on Washington, D.C.

“If the American imperialists provoke us a bit, we will not hesitate to slap them with a pre-emptive nuclear strike,” the Korean subtitles read, according to a translation in The New York Times. “The United States must choose! It’s up to you whether the nation called the United States exists on this planet or not.”

The video, released on YouTube on Friday by North Korea’s DPRK Today, was the latest in a string of provocative words and actions by the isolated nation.

Earlier this month, North Korean dictator Kim Jong Un reportedly ordered his military to prepare to use nuclear weapons in a “pre-emptive attack“ in what appeared to be a response to harsh new sanctions imposed by the United Nations.

Those sanctions came after Pyongyang claimed to have tested a hydrogen bomband then, several weeks later, fired a long-range rocket that experts believed was cover for a ballistics missile test. Just last week, North Korea fired five short-range projectiles into the sea and tested a solid-fuel engine that could be used in a ballistic missile.



-Huffington Post



TUMPAT, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Pengajuran Festival Wau Antarabangsa di Malaysia bermula di Tumpat Kelantan seawal tahun 80an. Bermula dari itu, setiap tahun pantai Sri Tujuh Tumpat menjadi fokus antarabangsa bagi acara bertaraf dunia ini yang menarik penyertaan pelbagai negara.

Menjelang penghujung tahun 90an, Festival Wau Antarabangsa Tumpat mula mengalami kemerosotan dari segi penganjuran dan penyertaannya. Ini disebabkan perubahan pentadbiran Negeri Kelantan dan saingan daripada Festival Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor yang lebih banyak menarik penyertaan dari luar negara.

Walau bagaimanapun, permainan wau berkait rapat dengan budaya rakyat di Kelantan. Sejak berkurun ia diangkat sebagai salah satu khazanah tradisi negeri ini yang setanding dengan tradisi lain, seperti Mak Yong, Dikir Barat, Gasing dan Wayang Kulit.

Bagi memastikan tradisi ini tidak pupus ditelan zaman, sebuah Muzium Wau telah dibina pada 2011 di Pantai Sri Tujuh bagi memelihara khazanah dan tradisi budaya tempatan. Selari dengan inisiatif tersebut, bermula pada tahun yang sama, Pesta Wau Antarabangsa Tumpat dihidupkan semula.

Menurut seorang pegawai muzium, Azuha Ibrahim, 48, pada penghujung Mei setiap tahun pesta wau yang diadakan di Pantai Genting menarik penyertaan dari dalam dan luar negara, antaranya Australia, Belgium, Brunei, China, dan Indonesia.

“Pantai Sri Tujuh diangkat sebagai tapak pembinaan Muzium Wau kerana kawasannya yang strategik dan berhampiran dengan lokasi pesta wau antarabangsa yang diadakan setiap tahun.”

“Muzium Wau ini terbina dari cetusan idea Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dengan tujuan memelihara tradisi yang menjadi kebanggaan negeri, selain mengetengahkan seni pembuatan wau yang merupakan salah satu cabang kesenian orang Melayu di negeri ini,” katanya.

Antara jenis wau yang dipamerkan di sini termasuk Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Puyuh, Wau Kucing, Wau Jala Budi dan wau rasmi setiap negeri. Muzium ini dibuka setiap hari, kecuali Jumaat. Pelawat dikenakan caj RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak.

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget