Ogos 2016

MIRI: Mahkamah Majistret semalam menetapkan 23 September ini untuk sebutan lanjut kes dua lelaki yang dituduh membunuh Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong.

Manakala, kedua-dua tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Penangguhan itu dibuat Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuur Hafiza Yatim setelah membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.

Dalam permohonannya, I’zzat memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes sementara menunggu pihak pendakwa mendapatkan semua laporan yang diperlukan sebelum kes itu dapat dipindahkan ke Mahkamah Tinggi setelah menerima sanksi pendakwaan daripada Peguam Kanan Persekutuan (SFC) kelak.

Setakat ini, katanya, pihak pendakwa masih belum menerima beberapa dokumen seperti laporan bedah siasat, kimia, telekomunikasi dan laporan perbankan daripada pihak yang berkenaan.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Kayong.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun lalu di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasar Raya Emart (Tudan), Jalan Miri-Bintulu.

Manakala seorang lagi tertuduh, Lie Chang Loon, 37, dari Taman Pin Fook di sini didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah bersubahat dengan Lee Chee Kiang, 44, Chin Wui Chung, 50, dan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri untuk membunuh Kayong.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Manakala Chin yang juga merupakan pembantu peribadi kepada Datuk Stephen Lee (Lee Chee Kiang) telah dihadapkan ke mahkamah sama kelmarin (29 Ogos) atas tuduhan bersubahat membunuh Kayong.

BACHOK - Selepas mengalami bengkak kaki serius hampir dua bulan, Ketua Pemuda Umno Cawangan Mahligai di sini meninggal dunia awal pagi semalam.

Mohd Nazri Mohd Yajid, 39, yang tinggal di Kampung Pak Koja, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam selepas dua minggu berada di hospital di Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mahligai, Zakaria Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Poksu Ya berkata, Allahyarham adalah seorang petugas kesihatan terlantar di rumahnya hampir dua bulan apabila kakinya membengkak dipercayai akibat jangkitan kuman.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital dua minggu. Saya ada melawatnya di hospital berapa hari lalu. Sebelum itu kaki kiri Allahyarham sudah bengkak selepas Aidilfitri lalu.

“Mulanya dia masih lagi pergi kerja, tapi bila bengkak semakin besar dan menyakitkan dia ambil cuti sakit kerana menyukarkan dia nak pakai seluar,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia lima tahun, 13 tahun dan 15 tahun.

Dua minggu lalu Penyelaras Dun Jelawat, Mohd Radzuan Hamat meluangkan masa menziarahi beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Allahyarham.

Mohd Radzuan berkata, ketika itu Mohd Nazri masih kelihatan sihat dan berbual seperti biasa.

“Tak sangka lepas kamilawat dia, dia dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia semalam. Takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

-Sinar Harian

KOTA BHARU - Kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah umpama tonik yang boleh beri kekuatan baru parti itu setelah berhadapan beberapa episod mengecewakan sebelum ini.

Perkembangan ini juga bakal menjadikan suasana politik negara khususnya di Kelantan menjadi lebih menarik kerana seteru utama Amanah iaitu Pas masih berkuasa di sana.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana selaku parti serpihan Pas, tentulah Kelantan menjadi tapak terbaik Amanah membuktikan keupayaannya kepada Pas.

"Penyertaan Husam ke dalam Amanah tidaklah mengejutkan kerana hampir semua pemimpin tinggi Amanah Kelantan adalah mereka yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

"Walaupun agak terlewat, tindakan ini mampu memberi lonjakan kepada Amanah yang sebelum ini mengalami penurunan moral ekoran kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak serta Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

Kamarul diminta mengulas pengumuman Husam yang juga Adun Salor menyertai Amanah dalam satu majlis di Cyberjaya semalam.

Menurutnya, Amanah tidak mempunyai ideolog yang berkesan di kalangan pemimpin tertingginya maka kemasukan Husam yang mengakui minatnya adalah menulis, berbahas dan mencambah minda boleh membantu memperkuatkan Amanah dalam sudut itu.

Beliau berkata, dari segi jangka pendek, kedudukan Kerajaan Kelantan tidak akan tergugat dengan penyertaan Husam ke dalam Amanah ini, sebagaimana yang pernah dijelaskan sebelum ini.

"Selain dari terikat dengan lafaz bai'ah, wakil rakyat dan pemegang jawatan lain dalam kerajaan negeri tidak akan mudah meninggalkan Pas untuk menyertai Amanah kerana Amanah tidak mampu memberikan mereka apa yang Pas melalui kerajaan negeri berikan.

"Bagaimanapun, tidak dinafikan penyertaan Husam akan merancakkan lagi gerak kerja Amanah menubuhkan cawangan dan mendapatkan sokongan di Kelantan, termasuk penyertaan tokoh-tokoh lain yang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

"Jika Bersatu dapat mencuri sebahagian sokongan Umno kepadanya dan bergabung tenaga dengan Amanah maka kita akan menyaksikan satu persaingan yang lebih menarik di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti,” katanya.

Kamarul juga berkata, ia merupakan perkembangan baik untuk rakyat Kelantan, khususnya dari segi peningkatan mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan negeri. Malah mengkritik dari luar melalui parti lain juga adalah lebih profesional berbanding mengkritik dari dalam.

-Sinar Harian

Tiada air mata yang mengalir daripada kisah perceraian ini. Bahkan, kedua-duanya bagaikan sudah bersedia untuk berpisah demi kebaikan.

“Saya bukan berkahwin untuk bercerai,” itu kata-kata Along Cham ketika ditanya perasaannya selepas melafazkan cerai talak satu ke atas bekas isterinya Nur Azilah Seeron (Zila), 28.

Dia berkata, ketika ini fokusnya hanya satu iaitu untuk membesarkan satu-satunya zuriat mereka, Ahmad Danial yang kini berusia 5 tahun.

Ikuti perbualan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bersama HITS.

HITS : Bagaimana perasaan Along ketika ini?


Along: Saya kena terima ini bahagian saya dan anak saya. Harap semua pihak dapat doakan yang terbaik buat anak saya.

Hak penjagaan anak juga saya sudah terima, jadi fokus saya untuk kembali bekerja dan membesarkan anak saya.


Sebelum ini hanya Zila yang berani berkongsi kisah rumah tangga, kenapa Along pilih untuk berdiam diri?

Saya dididik ibu saya untuk menjaga aib rumah tangga tetapi dalam masa yang sama, saya lihat dia (Zila) yang membuka aib sendiri.

Selama empat bulan saya berdiam diri kerana percaya Allah SWT akan membantu saya. Akhirnya kini sudah terjawab.


Semuanya sudah selesai kini, mungkin sampai masanya Along memaafkan Zila atas apa yang berlaku?


Maaf bukan sekarang, susah sebenarnya. Sebab terlalu berat untuk anak saya. Ketika dia mereka-reka cerita, impak kepada keluarga saya tidak dinafikan juga berlaku. Jadi maaf itu bukan kepada saya sahaja, dia harus meminta maaf daripada ibu bapa saya juga.


Dalam masa yang sama ada yang melihat Along sebenarnya gagal untuk mempertahankan rumah tangga?


Jangan salahkan suami sahaja. Saya sudah melakukan tugas saya untuk menegur tetapi semuanya berbalik kepada dia. Nasihat saya kepada wanita dan isteri di luar sana selepas berkahwin, perlu diingati syurga kamu adalah suami. 


Zila juga ditangkap khalwat baru- baru ini dengan seorang suami orang, boleh komen?


Saya tidak kenal siapa lelaki itu, wajahnya macam penarik kereta sahaja. Malah saya tidak tahu dia ada hubungan dengan lelaki lain. Sebenarnya saya membuat permohonan untuk bercerai juga selepas dia ditangkap berkhalwat.

Ucapan Along kepada bekas isteri?

Selamat pengantin baharu. Sebab saya mahu lelaki itu juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. - Gambar AMIR HAFIZ ABD.

Zila enggan komen

Tidak ada jawapan yang diberikan oleh wanita ini ketika dihujani pelbagai soalan. Apa yang meniti di bibirnya hanya, “maaf dan saya tidak boleh komen.”
Malah ketika ditanya mengenai kes tangkap khalwat di antara dia dengan suami orang baru-baru ini, Zila ternyata lebih senang membisu.


HITS : Perasaan Zila selepas diceraikan?

Zila: Saya minta maaf kepada semua, saya tidak boleh komen.

Apa fokus Zila kini?

Saya mahu bekerja cari duit untuk anak.


Apa hubungan Zila dengan lelaki yang ditangkap basah baru- baru ini.


Maaf saya kena pergi bekerja sekarang. Tidak boleh komen.


Benarkan Zila akan berkahwin, sebab bekas suami sudah mengucapkan selamat pengantin baharu?

Maaf tiada komen.

Utusan

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya ketika berucap mengumumkan perkara tersebut pada majlis 'Makan Malam Ambang Merdeka bersama YB Datuk Husam Musa' di Cyberjaya, di sini malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS dengan UMNO.

Amanah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam gabungan pembangkang yang dipanggil Pakatan Harapan. - BERNAMA
-Utusan Malaysia

Seorang ahli perniagaan yang digelar ‘raja dadah’ Filipina ditembak mati bersama isterinya awal pagi semalam, kata pihak berkuasa negara itu hari ini.

Menurut polis, Melvin Odicta, yang juga dikenali sebagai ‘Dragon’ dan isterinya, Meriam ditembak di pelabuhan Aklan, tengah Filipina selepas turun daripada feri.

Ketua polis wilayah, Jose Gentiles memberitahu, penembak yang dipercayai berseorangan itu masih belum dikenal pasti, namun, turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah. - AFP

-Utasan Malaysia

KUALA LUMPUR 31 Ogos - 'Lipan Bara', aset terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menarik perhatian ramai pada acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-59 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Ia yang merupakan kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) 4x4, dan pertama kali diperlihatkan kepada umum setelah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pameran Servis dan Pertahanan Asia (DSA) 2016 pada April lepas.

Pegawai Staf I, Cawangan Bantuan Tempur Markas Medan Barat Tentera Darat, Lt. Kol. Mohd Faiz Ahmad menyifatkan Lipan Bara mempunyai pelbagai keistimewaan.

"Ia dilengkapi senjata M134D-H Gattling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm, alat amaran laser, kemampuan mengangkut sehingga dua tan serta memiliki tahap perlindungan dan kekebalan tinggi," katanya.

Pertunjukan udara yang melibatkan 12 pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut meningkatkan adrenalin pengunjung dengan pelbagai formasi menarik.

Ia masing-masing disertai empat pesawat Sukhoi, pesawat FA18D Hornet dan Hawk 108/208.

Sekretariat Perbarisan TUDM, Pegawai Staf II, Istiadat Markas Tentera Udara, Mejar Jamaludin Jumaat berkata penerbangan mereka dikendalikan juruterbang pesawat tempur TUDM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Gong Kedak, Butterworth dan Kuantan.

Penerbangan turut melibatkan aset terbaharu TUDM iaitu pesawat pengangkut Airbus A400M selain dua pesawat C130 Hercules dan sembilan unit pesawat latihan PC 7 MK 11. - BERNAMA

Pasaran Felda Global Ven­tures Holdings Bhd (FGV) untuk mengurangkan kos pentadbiran sebanyak RMlOO juta tahun ini berada di landasan betul dan semua pihak komited untuk mencapainya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad, berkata pada suku kedua berakhir 30 Jun 2016, FGV sudah mengurangkan 14 peratus kos pen­tadbiran berbanding suku sebelumnya dan 12 peratus berbanding suku sama 2015, hasil pelan penjimatan menyeluruh kumpulan.

Umum prestasi suku kedua
"Dengan kerjasama erat, tiada perkara yang mustahil untuk dicapai," katanya pada taklimat media mengumumkan prestasi suku kewangan kedua FGV di Kuala Lumpur, semalam.

Zakaria yang menggantikan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah sejak l April lalu, turut menekankan potensi melepaskan perniagaan bukan teras serta rasionalisasi beberapa kilang sawit dan aset sektor getah bagi membolehkan kumpu­lan meningkatkan nilai dan mengukuhkan kedudukan kewangan.

Antara pelupusan itu, katanya, termasuk penjualan keseluruhan 20 peratus kepentingan FGV dalam syarikat insurans AXA Affin General Insurance Bhd.

"Beberapa perancangan ini akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini," kata­nya sambil menambah FGV menimbang mengurangkan kepentingan ekuiti ke paras minimum mungkin dalam dua hingga tiga syarikat yang sudah dikenal pasti.

Beliau berkata, kebiasaannya tiga tahun diberikan dan sekiranya pulangan pelaburan kurang 10 peratus selepas tempoh itu, pelupusan atau pengurangan ekuiti akan dilaksanakan.

Harga MSM
Mengenai tinjauan harga minyak sawit mentah (MSM), Zakaria menjangka MSM akan diniagakan pada harga purata tahunan antara RM2,400 satu tan hingga RM2,600 satu tan tahun ini.

Beliau yakin prestasi kewangan FGV pada suku ketiga dan keempat tahun ini akan lebih baik lagi berbanding separuh pertama 2016, disandarkan terutama kepada faktor El Nino.

"Kesannya dapat dilihat pada separuh kedua yang mana bekalan dijangka berkurangan dan ini menjurus kepada peningkatan harga. Kita tahu permintaan dari India dan China akan meningkat pada separuh kedua ini," kata anak peneroka Felda Palong l, Negeri Sembilan itu.

Harga MSM minggu lalu mencecah paras tertinggi tahun ini pada RM2,833 satu tan disebabkan pengisian semula stok di China dan jangkaan permintaan tinggi di India sempena sambutan Deepavali.

"Peningkatan harga komoditi ini memberi gambaran baik kepada jangkaan pendapatan sektor perladangan dan kami berada di kedudukan baik untuk merebut peluang berikutan bekalan stok industri semakin berkurangan," katanya.

-Berita Harian 30/8/2016

Ong Ka Chuan,Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri 11
Malaysia dijangka dapat men- gekalkan kadar eksport alat ganti, komponen dan aksesori kenderaan yang mencecah nilai RM3.4 bilion pada tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata prestasi perdagangan Malaysia termasuk segmen bahagian kereta terus kekal kukuh.

"Pasaran kenderaan dunia adalah rancak, sama seperti segmen telefon bimbit. Untuk aksesori kereta, pasaran baharu sentiasa wujud kerana generasi muda semakin berkembang dan mereka juga mahu kenderaan sendiri. Kami masih mengekalkan kadar (eksport), tetapi kami perlu bekerja keras untuk mencari pasaran baharu," katanya.

"Syarikat tempatan perlu membuat memperbaharui dan meningkatkan kualiti produk mereka, terutama selepas kera- jaan membantu mereka dari segi akses ke pasaran baharu dengan memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara sahabatkatanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd (AHP) dan Sakamoto Research & Deve­lopment Holdings Ltd, serta me­morandum persefahaman antara Institut Automotif Malaysia dengan Sakamoto Mfg Malaysia Sdn Bhd di Cyberjaya, semalam.

Perkongsian strategik
Ka Chuan berkata, salah satu cara sektor tempatan untuk meningkat lagi, adalah melalui perkongsian strategik dengan syarikat asing, seperti antara AHP dan Sakamoto Group.

"Untuk Sakamoto Group, ia juga akan mendapat faedah da-ripada banyak perjanjian perda­gangan bebas yang sudah ditandatangani Malaysia," katanya.

Selepas Perjanjian Perkongsi­an Trans Pasifik (TPPA) berkuat kuasa, pengeksport Malaysia akan mendapat akses kepada pasaran baharu di Amerika Sya­rikat, Kanada, Mexico dan Peru.

"Di bawah TPPA, aksesori kami akan dieksport ke Ameri­ka. Dahulu, ia sukar ditembusi memandangkan cukainya yang tinggi. Selepas perjanjian per­dagangan bebas, halangan ini akan terhapus," katanya.

Bercakap mengenai prestasi perdagangan secara keseluruhan, jumlah perdagangan bagi enam bulan pertama ta­hun ini mencecah RM700 bilion, hampir separuh daripada angka tahun lalu, iaitu RM1.46 trilion.

"Dengan sedikit kerja keras, saya harap ia boleh mengatasi RMl.46 trilion. Mudah-mudahan, kita boleh mencapai RM1.5 trilion dan menjadi lebih baik daripada tahun lalu," katanya.
BERNAMA

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Felda Global Ventures Hol­dings Berhad (FGV) kembali mencatat untung pada suku kedua berakhir 30 Jun 2016 dengan merekodkan perolehan sebanyak RM4.14 bilion, meningkat 10 peratus berbanding suku pertama iaitu RM3.75 bilion.
Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) pula meningkat 35 peratus kepada RM62 juta daripada RM46 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, syarikat telah memperkenalkan beberapa ini­siatif korporat dan operasi di bawah pelan peralihan pada suku kedua dan telah menunjukkan hasilnya pada suku yang sama.

“Pada suku kedua, kami telah mengurangkan kos pentadbiran sebanyak 14 peratus berbanding suku pertama 2016 dan 12 peratus berbanding suku sama 2015 hasil daripada pelan penjimatan secara menyeluruh dalam kumpulan.

“Malah, kami juga berada dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran tahun ini bagi mengurangkan kos pentadbiran sebanyak RM100 juta atau mungkin lebih baik daripada ini,” katanya dalam sidang akhbar bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2016 di sini hari ini.
Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2016, FGV mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM108 juta berbanding kerugian RM70 juta pada suku sebelum­nya.

Pengeluaran buah tandan segar FGV meningkat sebanyak 38 peratus kepada 1.08 juta tan metrik berbanding 700,000 tan metrik pada suku pertama sekali gus menyumbang mening­katkan 36 peratus pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) kepada 660,000 tan metrik.
Zakaria yang dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 April lalu telah melaksanakan beberapa strategi dalam pelan peralihan untuk memastikan FGV kembali mencatat prestasi yang baik.

Antaranya ialah menangguhkan sementara aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) bagi memberi tum­puan kepada perniagaan teras dan melupuskan beberapa perniagaan bukan teras serta rasiona­lisasi kilang sawit dan aset sektor getah.

Ditanya tentang perkara ber­kenaan, Zakaria membe­ritahu, pihak pengurusan sedang me­nimbangkan untuk melupuskan dan mengurangkan kepen­tingan dalam tiga syarikat dengan satu daripadanya dalam Axa Affin General Insurance Berhad. FGV memiliki kepentingan 16 peratus dalam syarikat insurans tersebut.

“Kita berharap perancangan ini dapat dimuktamadkan hujung tahun ini atau selewat-lewatnya suku pertama tahun depan,” katanya.
Mengenai harga minyak sawit mentah tahun ini, beliau berkata, ia boleh mencecah setinggi RM2,900 satu tan metrik ber­ikutan peningkatan permintaan bagi pengisian semula stok di China dan perayaan Diwali di India.

“Tetapi unjuran kita masih sekitar RM2,400 hingga RM2,600 satu tan metrik bagi sepanjang 2016,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/fgv-kembali-untung-catat-rm4-14-bilion-1.376355#sthash.L8Y5AL7L.dpuf

Thailand and Malaysia will sign a pact to build a fence along their border, Deputy Prime Minister Prawit Wongsuwon said Monday.

Also included in the memorandum of understanding will be a commitment to work together to deal with transnational crime, and problems concerning dual nationality in the southernmost provinces.

Gen Prawit was speaking after returning from a visit to Malaysia to discuss security cooperation with Malaysian Deputy Prime Minister and Minister of Home Affairs Ahmad Zahid Hamidi.

He adding that peace talks with groups believed to be behind the southern unrest will resume on Friday as planned despite the recent bomb blast at the Southern View Hotel in downtown Pattani, which claimed two lives and left 30 injured.

He also said Thai and Malaysian police are now working together to investigate the mobile phones and SIM cards used in the bomb and arson attacks in seven provinces earlier this month.

Regarding a move to set up "a government forward command" to handle the southern violence, Gen Prawit said 10 people with experience in dealing with the southern unrest will be picked to lead the command. They may be civilians or soldiers, but not state officials, he said.

Gen Prawit stressed that the forward command is needed to fast-track ways to handle the southern problem.

He said the Internal Security Operations Command (Isoc) Region 4 Forward Command, and the Southern Border Provinces Administration Centre will remain in operation to deal with the southern conflict.

But the government forward command will help the prime minister, who is the ex-officio Isoc director, to make quick decisions on security matters, Gen Prawit said.

Prime Minister Prayut Chan-o-cha said Monday he has instructed Gen Aksara Kerdphol, who leads the Thai team in talks with the Mara Patani group representing insurgents, to discuss ways to end violence in the deep South before peace talks can resume.

Gen Prayut said the current problem is that the peace talks cannot make progress because several independent small insurgent groups refuse to take part.

Also Monday, Col Peerawat Saengthong, an Isoc spokesman, denied a rumour that about 700 Malaysian national flags would be smuggled in across the southern border for use in a ceremony to mark the anniversary of the founding of the Bersatu separatist group tomorrow with possible flare-ups of violence.

Col Peerawat said security officials have been closely monitoring the situation in the far South ahead of tomorrow, which is also Malaysia's Independence Day.

-Bangkok Post

ANKARA 30 Ogos - Tentera Turki mendakwa telah melancarkan 61 serangan meriam ke Jarabulus di utara Syria dalam tempoh 24 jam dan mengenai 20 sasaran.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mereka mendakwa, serangan itu telah ‘mengambil kira semua sudut dan menunjukkan tahap sensitiviti yang tinggi’ bagi memastikan orang awam tidak menjadi sasaran.

Usaha Turki untuk memasuki bahagian utara Syria sebelum ini mendapat bantahan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang merupakan sekutu Amerika Syarikat (AS) kerana dibimbangi serangan itu akan mengenai orang awam. - REUTERS

-Utusan Malaysia

Hujan lebat yang bermula pukul 7 pagi tadi menambah baik kualiti udara di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang mencatatkan sedikit penurunan setakat pukul 10 pagi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Nilai merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 115 berbanding 123 pada pukul 6 pagi tadi, manakala Shah Alam dan Putrajaya mencatatkan penurunan kepada 104 dan 101.

Kualiti udara di Banting meningkat daripada bacaan tidak sihat kepada sederhana 100, manakala Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang merekodkan bacaan masing-masing 93 dan 85.

Batu Muda dan Cheras mencatatkan bacaan IPU 96 dan 93 manakala Seremban dan Port Dickson merekodkan bacaan IPU 60 dan 59.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, bahaya.


MASA depan politik Husam Musa masih samar selepas di pecat dari PAS,walaubagaimana pun beliau bernasib baik kerana masih lagi ADUN Salor.

Bekas naib presiden PAS itu pada awal kemunculannya di pentas politik beliau dilihat sangat profesional dan memiliki masa depan cerah sehinggakan anak muda PAS Kelantan jadikan beliau idola.

Namun segalanya pudar apabila Husam Musa dilihat sebagai duri dalam daging yang mencucuk setiap jantung pemimpin PAS selepas ketiadaan Nik Aziz.

Oleh kerana sering mengkritik kepimpinannya sendiri akhirnya Husam Musa dipecat secara rasmi pada 6 Mei 2016 dan air mata kepuraannya mula menintis mencari simpati rakan dan sahabat seperjuangan semasa Nik Aziz masih ada.

Harapan mencari rakan setia semasa bersama dalam PAS tidak muncul-muncul,yang hadir cuma cicak mengkarong yang layak digelar tukang sorak ketika beliau berucap.

Tidak tahan berjuang sendirian tanpa hala tuju Husam Musa diberitakan akan membuat pengumuman penting dalam satu majlis anjuran PAN bertempat di Cyberjaya malam ini.

Husam Musa dipercayai akan mengumumkan dirinya menyertai PAN sebagai noktah penantian setelah hampir empat bulan mengharap diterima kembali kedalam PAS tidak ada sebarang isyarat dari presiden parti itu.

Jika benar Husam Musa menyertai PAN kedudukan Mat Sabu sebagai presiden akan tergugat memandangkan populariti sokongan Melayu kepada Husam Musa terutamanya bekas ahli PAS lebih kedepan berbanding Mat Sabu.

Setakat ini Mat Sabu menjadi terkaman penyokong DAP dikalangan kaum Cina dan tidak mustahil akan berantakan antara penyokong dari dua bangsa dalam PAN sendiri.

Mat Sabu yang dilihat gagal membawa PAN memperolehi sebarang kejayaan pada siri pilihan raya lalu sudah pastinya akan dipertikaikan oleh pihak yang tidak berpuas hati setelah Husam Musa menyertai parti itu.

Husam Musa selama ini dipandang sebagai seorang berpengalaman merangka strategi dalam PAS pastinya diharap ada kedudukan dalam PAN,kerana beliau bukan sahaja bijak berpidato jika dibandingkan dengan Mat Sabu yang layak digelar pelawak pentas politik dalam Pakatan Harapan.

Justeru itu,dengan penyertaan Husam Musa sudah pastinya akan berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan kerana DAP sebagai bapa tiri kepada PAN pastinya tidak mahu berhabisan harta tanpa ada pulangan.

Apa yang perlu di ingat,sumpah baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS bukan sahaja menyertai parti lain, tetapi wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti itu juga perlu meletak jawatan sebagai Yang Berhormat.

Adakah Husam Musa patuh dengan baiah itu?,kalau patuh sudah tentu DUN Salor kehilangan seorang yang bergelar Yang Berhormat.

SINGAPURA, Selasa – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 15 lagi kes jangkitan tempatan virus Zika di republik itu sehingga tengah hari tadi, Channel NewsAsia melaporkan.

Laporan itu yang memetik MOH dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura berkata, dua kes dilaporkan membabitkan pekerja di tapak pembinaan di 60 Sims Drive dan pesakit telah sembuh.

Ia menambah bahawa 13 kes membabitkan mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan Sims Drive/Aljunied Crescent.

Kedua-dua kes di tapak pembinaan Sims Drive dikesan hasil pemeriksaan semula dan ujian oleh MOH ke atas mereka yang dijangkiti.

Sehingga Isnin, laporan itu berkata, MOH telah selesai menjalankan ujian ke atas semua pekerja di tapak pembinaan yang sebelumnya menunjukkan tanda-tanda demam dan ruam.

“Kami juga memeriksa pekerja yang tinggal di asrama yang terletak di kawasan berkenaan,” pihak berkuasa dipetik sebagai berkata.

Pemeriksaan semula itu mungkin akan mengesan lebih banyak kes jangkitan Zika sebelumnya yang tidak didiagnos, kata kenyataan itu.

Sehingga Isnin, laporan itu berkata, NEA telah memeriksa kira-kira 3,600 daripada 6,000 premis di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive untuk mengesan tempat pembiakan nyamuk dan juga menjalankan pemeriksaan di kawasan sekitar.

Ia berkata, 36 habitat pembiakan iaitu 22 di rumah dan 14 di kawasan bersama dan premis lain telah dikesan dan dimusnahkan.

Laporan itu berkata, NEA juga menjalankan pemeriksaan di kuarters pekerja di tapak pembinaan di Sims Drive.

NEA juga menjalankan operasi kawalan vektor di kawasan-kawasan di Aljunied Crescent/Sims Drive yang kes jangkitan dilaporkan membabitkan mereka yang bekerja atau tinggal di kawasan itu. – Bernama

SIBU: Sebuah kilang papan di Tanjung Kibong, Rantau Panjang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 1 pagi dan menyebabkan keseluruhan bangunan kilang yang beroperasi lebih enam tahun itu hangus.

Kebakaran kilang mengeluarkan produk untuk eksport itu menyebabkan kerugian kira-kira RM3 juta dan 130 pekerja yang kebanyakannya warga Indonesia hilang sumber pendapatan.

Sebuah jentera pemadam digegaskan ke lokasi kejadian terletak kira-kira 18 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah sejurus menerima panggilan sekitar jam 1.45 pagi.

Beberapa minit kemudian, Balai Bomba Sentral Sibu menghantar sebuah lagi jentera pemadam untuk memberi bantuan sokongan.

Namun, ketika bantuan tiba di lokasi hampir keseluruhan bangunan kilang terbabit musnah dijilat api.

Api dikatakan merebak begitu pantas memandangkan keadaan fizikal bangunan kilang tersebut yang diperbuat daripada kayu.

Selain itu, pihak bomba menghadapi kesulitan memadamkan api ekoran tekanan air terlalu rendah.

Beberapa jentera berat termasuk sebuah treler yang ditinggalkan berhampiran kilang papan berusia sekitar lima tahun itu turut dijilat api.

Sementara itu, pekerja kilang papan terbabit turut berusaha memberi bantuan memadamkan api.

Bagaimanapun, api merebak begitu pantas sehingga tiada apa yang berjaya diselamatkan.

Namun tiada sebarang kecederaan atau kehilangan harta benda dilaporkan dalam insiden terbabit.

Punca sebenar kejadian malang itu masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Operasi pemadaman kebakaran diketuai Penguasa Bomba Zon Tengah Abdul Mutalib Rashid.
_Utusan Borneo

Kira-kira 1,000 ahli dan penyokong UMNO Bahagian Pasir Puteh,Kelantan akan ke Kuala Lumpur Malam ini bagi mengadakan perhimpunan kiranya perhimpunan Bersih 5 diadakan pada 31 Ogos.

Zawawi Othman yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata,tujuan mereka Ke Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan bagi mempertahankan agama,bangsa dan negara daripada dipermainkan oleh pembangkang.

Perhimpunan yang mereka adakan tiada kena mengena dengan aktivis Ali Tinju yang dikatakan akan mengajur perhimpunan Merah.

“Himpunan Merah sudah batal. Kita, Himpunan Maruah Melayu. Kita tidak ada sangkut paut dengan Ali Tinju malah saya tidak kenal pun siapa dia.

“Insya-Allah akan ada gabungan dengan pihak-pihak lain di Kuala Lumpur nanti, puluhan ribu akan berada di sana nanti. Semuanya sedang bergerak ke sana.

“Jika Bersih 5 adakan perhimpunan haram tanpa persetujuan kerajaan maka kita juga akan adakan perhimpunan haram, biar sama-sama bertembung, selangkah dia bergerak ke hadapan maka selangkah juga kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Sementara itu beberapa badan NGO juga dijangka turut mengadakan perhimpunan jika Bersih 5 meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan pada hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-59.

-Hot Kelate

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta gaji minimum dilihat antara faktor yang membawa kepada penutupan serentak kira-kira 17 premis makanan di sekitar pusat bandar raya.

Presiden Persatuan Pengusaha Industri Perkhidmatan Makanan Bumiputera Islam Negeri Sabah Rafih Mohd Said menyatakan perkara itu semasa sesi soal jawab bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapa Mohamed semasa Taklimat Umum bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Sabah, di sini kelmarin.

Rafih memberitahu bahawa situasi perniagaan industri makanan di negeri ini berdepan dengan cabaran sejak mula GST dilaksanakan. Apabila gaji minimum dikuatkuasakan pada Julai lalu, ramai antara majikan tidak mampu menanggung kos yang tinggi.

Dengan kadar inflasi semasa dan antipencatutan untuk mengawal PKS daripada mengubah suai struktur kos, ia memburukkan lagi keadaan.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Mustapa berkata, GST adalah cukai baharu yang diperkenalkan dan ia mengambil tempoh dua tahun untuk stabil. Semua negara yang laksanakan GST mengambil masa dua tahun untuk berada dalam keadaan stabil dengan mengubah suai apa yang perlu.

Dengan itu, kerajaan akan mengerahkan agensi berkaitan untuk turun padang bagi memberi penerangan secara terperinci lagi.

“Untuk gaji minimum, kita tahu ia akan menimbulkan tekanan kepada beberapa majikan. Namun, kita sedar jika gaji rendah, sukar untuk meneruskan kehidupan di bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu.

“Di pihak kerajaan, kita melihat keperluan rakyat kerana sukar untuk mereka hidup dengan gaji yang rendah,” jelasnya.

Menjawab persoalan dikemukakan Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Sabah (FSI) Datuk Mohd Basri Abd Gafar mengenai Polisi Cabotaj, Mustapa berkata, kapasiti pelabuhan di Sepanggar tidak mencukupi dan menyebabkan penghantaran perlu dilakukan di Pelabuhan Kelang.

Dalam pada itu, mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikhuatiri akan mewujudkan persaingan dari segi tenaga kerja mahir dan persediaan orang tempatan untuk bersaing dengan tenaga mahir dari negara lain Mustapa berkata, terdapat Undang-Undang Buruh yang mampu mengawal kemasukan tenaga mahir dari negara luar.

Katanya, kerajaan hanya membenarkan kemasukan tertentu tenaga mahir jika ia melibatkan syarikat besar. Mereka tidak dibawa masuk begitu sahaja sebaliknya, ada kawalan tertentu yang dilakukan.


http://www.utusanborneo.com.my/content/gst-dan-gaji-minimum-punca-pengusaha-industri-perkhidmatan-makanan-terjejas


AEN, Yemen: A Daesh group militant rammed his explosives-laden car into an army recruitment center in Aden on Monday, killing 60 people in the deadliest jihadist attack to hit the city in over a year.

Yemen’s army, supported by a Saudi-led coalition, is training young recruits to join its nationwide war against Shiite Houthi rebels and their allies, as well as Sunni jihadists.

Aden is the temporary base of Yemen’s internationally recognized government, which was forced into exile after Iran-backed insurgents seized Sanaa and other parts of the war-torn country.

Security officials told AFP that the attacker drove a car bomb into a gathering of army recruits at a school in northern Aden early Monday.

Although the school was locked as recruits registered inside, the attacker drove in when the gate was opened for a delivery vehicle, officials said.

Witnesses said some recruits were buried when a roof collapsed over them following the blast, which also damaged buildings close to the recruitment center.

The assault killed at least 60 people and wounded about 30 others, medical sources from the three hospitals where the victims were taken told AFP.

They could not immediately verify if all those killed were army recruits.
Doctors Without Borders (MSF) said on Twitter that their hospital in Aden “received 45 dead and at least 60 wounded” from the explosion.

Aden has seen a wave of bombings and shootings targeting officials and security forces.
Attacks in the port city are often claimed by jihadists from either Al-Qaeda or Daesh, who have both taken advantage of the chaos in Yemen to make gains in southern and southeastern regions.

Daesh claimed Monday’s bombing on its official propaganda outlet, Amaq, saying the blast had killed around 60 people.
Earlier this month, a suicide bomber rammed his vehicle into a large group of army reinforcements sent from Aden to fight jihadists in neighboring Lahj, killing five soldiers, according to military officials.
No group has claimed that attack.

But on July 20, four policemen were killed in an Daesh-claimed bomb attack in Aden.
And in May, twin suicide bombings in Aden claimed by Daesh killed at least 41 people.

Yemeni authorities have trained hundreds of soldiers in Aden over the past two months as part of operations to retake neighboring southern provinces from jihadists.

Earlier this month, Yemeni government forces backed by a Saudi-led coalition entered Abyan’s provincial capital Zinjibar.
Troops retook other towns across Abyan but have been met by fierce resistance in the key Al-Qaeda stronghold of Al-Mahfid, security sources said.

The militants are still present in areas surrounding the recaptured towns and control large parts of the neighboring Shabwa province, the sources say.

The Arab coalition battling Iran-backed rebels in Yemen has also been providing troops with air cover throughout their war against the jihadists.

The United States has meanwhile carried out numerous drone strikes against Al-Qaeda in the Arabian Peninsula (AQAP) operatives in Yemen.

The Saudi-led coalition intervened in Yemen in March last year and helped government troops push the rebels out of Aden and four other southern provinces since July 2015.

The war in Yemen has also impacted security in Saudi Arabia, where shelling from the kingdom’s impoverished neighbor killed three Saudi children and wounded nine other people on Sunday.

Cross-border attacks from Yemen have intensified since the suspension in early August of UN-brokered peace talks between the rebels and Yemen’s Saudi-backed government.

The Arab coalition has also stepped up its air raids in Yemen since peace talks collapsed.
More than 6,600 people, mostly civilians, have been killed in Yemen since March 2015 and more than 80 percent of the population has been left in need of humanitarian aid, according to the UN.


http://www.arabnews.com/node/977081/middle-east


TEHRAN: Iran has deployed a Russian-made S-300 air defense system around its underground Fordo nuclear facility, state TV reported.
Video footage posted late Sunday on state TV’s website showed trucks arriving at the site and missile launchers being aimed skyward. It did not say whether the system was fully operational.
Gen. Farzad Esmaili, Iran’s head of air defense, declined to comment on the report in an interview with another website affiliated with state news. “Maybe if you go to Fordo now, the system is not there,” he was quoted as saying Monday. He added that the S-300 is a mobile system that should be relocated often.
Russia began delivering the S-300 system to Iran earlier this year under a contract signed in 2007. The delivery had been held up by international sanctions over Iran’s nuclear program, which were lifted this year under an agreement with world powers.
The Fordo site, built at a depth of 90 meters (300 feet) below a mountain some 100 kilometers (60 miles) south of the capital, Tehran, was revealed by Western nations in 2009.
Critics of Iran’s nuclear program pointed to Fordo as further proof of Tehran’s intention to secretly develop nuclear weapons. Iran insists it has never sought nuclear arms, and says the security around the site is intended to protect it from US or Israeli airstrikes.
Iran halted nuclear enrichment at Fordo under the nuclear agreement and says the facility is now being used for research and the production of medical isotopes.
In separate comments on Sunday, Esmaili insisted there had been no change in how Iran defends its nuclear facilities, adding that “since they are national achievements of Iran, they must be vigorously protected.”
“We carry out defense exercises in non-nuclear facilities once a month but we do them several times a month in our nuclear facilities,” he added.
On Monday Iran inaugurated a new radar system it says is capable of detecting radar-evading aircraft like the US-made U-2, RQ-4 and MQ-1, state TV reported. It said the Nazir system is located in a remote area and is capable of detecting ballistic and cruise missiles, as well as drones flying at an altitude of over 3,000 meters (9,800 feet).

http://www.arabnews.com/node/977091/middle-east

PHETCHABURI -- The Military Court of the 15th Military Circle has approved a warrant for the arrest of the second of three suspects in the bombings in Prachuap Khiri Khan's Hua Hin district on Aug 11-12.

The court issued the warrant as requested by Pol Gen Srivara Rangsibrahmanakul, a deputy police chief in charge of the investigation into multiple arson and bombings in seven provinces - Prachuap Khiri Khan's Hua Hin district, Trang, Phuket, Surat Thani, Phangnga, Krabi and Nakhon Si Thammarat - on Aug 11-12, which killed four people and injured 35 others.

Pol Gen Srivara identified the suspect as Asmin Katemmadi, 29, a native of tambon Anoru in Muang district of Pattani, who faces charges of illegally having military explosives in possession and attempted arson.

Mr Asmin is also wanted on two other arrest warrants, one issued by the Yala Court on Apr 23, 2015 for violating the emergency decree and the other by the Kho Samui Court on May 18, 2015 for alleged attempted murder, illegal possession and use of explosives and causing explosions that harmed other people, in connection with the car bomb detonated at Central Festival department store in Koh Samui district of Surat Thani on April 10, 2015.

Pol Gen Srivara said investigators concluded Mr Asmin was responsible for laying all the bombs in Hua Hin and that only three people were involved in the Hua Hin blasts.

A warrant was earlier issued for the arrest of Ruslan Baima, of Songkhla's Chana district, for the Hua Hin bombings. A case was also being compiled for the arrest of the other suspect, who appeared on footage taken by a security camera, and an application for a warrant would soon be filed with the military court, Pol Gen Srivara said.

Although Mr Asmin had been involved in several incidences of violence in the South, it was not known if the Aug 11-12 incidents in the seven provinces had anything to with insurgency in the three southern border provinces, because the militants usually operated only in their areas of immediate interest.

Mr Asmin had apparently spread his activities outside the three provinces, he said. The question to be answered was why.

According to Pol Gen Srivara, those behind the arson and bombings in the seven provinces worked in teams, one team in each province.

Apart from the fact that the suspects were all from the three southernmost border provinces, there were also other links between the teams which could not be disclosed at this stage. It was not known whether the attacks were political or carried out with other motives, he said.

Police have so far obtained arrest warrants for three suspects - Ahama Lengha for the Phuket attack and Ruslan Baima and Asmin Katemmadi for the Hua Hin incidents.

http://www.bangkokpost.com/news/security/1073609/arrest-warrant-out-for-hua-hin-bombings-suspect

BANGI, Isnin – Tindakan pertubuhan liberal melibatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria dalam anugerah ‘Aiyoh Wat Lah!’ menonjolkan kejahilan mereka dalam membezakan antara nas syarak, pandangan ulama dan pendekatan pengurusan hal ehwal Islam.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim membidas perkara itu dan menyifatkan kumpulan liberal tersebut sengaja mahu memburuk-burukkan tokoh dan institusi agama dengan hanya mengambil kenyataan ucapan terpilih tanpa melihat kepada skop yang sebenar.

“Menjarakkan masyarakat daripada agama dan menganggap agama itu satu kongkongan dengan memburuk-burukkan ulama dan institusi agama adalah prinsip asas golongan liberalis yang cuba dipaksa pakai kepada umat Islam di Malaysia.

“Mereka seperti mengajak orang lain bersifat terbuka walhal mereka sendiri yang jumud (sempit) dan membatukan akal daripada nas syarak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) menganjurkan anugerah tahunan yang menghina kenyataan tokoh ulama dan institusi agama.

Tan Sri Harussani adalah salah seorang pemenang bagi kategori ‘penghinaan intelektual’ berikutan kenyataannya pada April tahun lalu berhubung mewajibkan isteri mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun ‘mereka menunggang di belakang unta’.

Selain beliau, turut disenarai dalam anugerah itu adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
https://mediashahalam.blogspot.my/2016/08/rasuahpengerusi-bank-ditahan.html

http://www.ismaweb.net/2016/08/anugerah-hina-mufti-perak-tindakan-kumpulan-liberal-serlah-kejahilan/

JERTIH: Seorang warga tua mati selepas dipukul oleh seorang lelaki yang dikenalinya di Tapak Pasar Pagi, Kampung Pengkalan Nyireh, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 9.15 pagi, mangsa Taib Salleh, 79, dari Kampung Air Tawar, Besut, tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang kemudian menumbuknya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata selepas dipukul, Taib pergi mengadu kepada anak tirinya mengenai kejadian itu dan mangsa muntah-muntah. Katanya, mangsa kemudian dibawa anak tirinya ke Klinik Kesihatan Kuala Besut untuk rawatan sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Besut, di sini.

Sebaik tiba di hospital, mangsa yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia. Susulan itu, katanya, polis mengesan suspek berusia 62 tahun yang tinggal di Taman Insan, Jalan Bukit Keluang, Kampung Raja untuk membantu siasatan. Mohd Zamri berkata, hasil siasatan awal, suspek mengaku ada menumbuk mangsa di tempat kejadian.

"Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan Seksyen 304 Kanun Keseksaan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187928

PUTRAJAYA, 29 Ogos — Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) maut setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu di sini hari ini.

Insiden berlaku ketika mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, pelajar tingkatan 3, dipercayai cuba membantu mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain.

Menurut sumber sekolah, dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa dikatakan tidak dapat mengimbangi badan ketika cuba mengambil beg yang dikatakan tersangkut di belebas bangunan tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa berhubung kejadian itu melalui laman Facebook beliau.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan polis, katanya. — Bernama

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pelajar-cuba-bantu-ambil-beg-rakan-maut-jatuh-bangunan-sekolah

KUALA LUMPUR 29 Ogos -Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata, akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.
"Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan," katanya.

Tan Sri tersebut adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.
Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik Ketua Pesuruhjaya pada 1 Ogos.-BERNAMA

- Utusan Malaysia

SERAMAI 31 atlet Zimbabwe yang bertanding di Sukan Olimpik di Rio De Janerio telah ditahan akibat gagal membawa sebarang pingat untuk negara mereka.

Ketibaan mereka di lapangan terbang bukan disambut oleh pegawai kerajaan, sebaliknya adalah anggota polis yang sudah siap menunggu untuk memberkas para atlet terbabit atas arahan presiden mereka, Robert Mugabe.

Ifeng.Com melaporkan, Mugabe melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara mereka telah membelanjakan banyak wang untuk memastikan kejayaan, namun tiada ada sebutir pingat pun yang dimenangi.

"Kalau kita hanya mahu nyanyi lagu kebangsaan dan mengibarkan bendera Zimbabwe di Brazil, kita hanya perlu hantar pelajar universiti sahaja, tak perlu ada atlet," kata Mugabe.

Rombongan atlet Zimbabwe di Sukan Olimpik telah pulang pada Selasa lalu, bagaimana pun, sehingga hari ini tidak dipastikan bagaimana nasib 31 atlet berkenaan.

Dilaporkan, Mugabe mengarahkan ketua polis negaranya membuat tangkapan dan melakukan soal siasat ke atas mereka.

 Perancis melarang “burkini”, pakaian renang yang menutup seluruh badan kecuali muka, selepas beberapa tahun mengharamkan burqa atau purdah.

Bermula di beberapa buah bandar pada Jun, larangan pakaian mandi itu merebak sehingga diikuti 30 pihak berkuasa tempatan sebelum mahkamah menggantung tindakan itu.

Kelmarin, mahkamah tertinggi di Paris menangguhkan perintah larangan itu buat sementara waktu atas alasan ia melanggar hak kebebasan individu.

Burkini dianggap “pakaian Islam”, hasil gabungan perkataan “burqah” dan “bikini”, untuk wanita Muslim mandi di kawasan terbuka. Oleh itu, Perancis melarangnya seperti burqa.

Bagi kita yang tidak mengikuti isu ini dengan dekat, larangan berpurdah dan burkini memang sukar difahami. Bagi kita, kenapa larangan itu ditujukan kepada wanita Islam?

Rabu lalu, akhbar Washington Post menyenarai beberapa fakta menarik, yang dianggapnya “meresahkan” dan mengejutkan, berhubung obsesi Perancis dengan pakaian ini:

1 Ramai mualaf pakai purdah untuk bantah larangan

Tidak ramai orang Islam memakai purdah di Perancis. Dianggarkan hanya 2,000 wanita daripada 7.5 juta umat Islam memakai niqab, hijab yang menutup muka kecuali bahagian mata.

Larangan menutup muka pada 2009 merangsang lagi pemakaiannya. Selalunya yang suka menutup muka ini golongan muda yang baru memeluk Islam, kata seorang penyelidik.

Ramai wanita yang memakai purdah sebelum larangan dikuatkuasakan kini menghabiskan masa di rumah, kata Agnes De Feo, seorang pembikin dokumentari, yang mengikuti perkembangan 150 wanita berpurdah selama bertahun-tahun.

Seorang usahawan Muslim yang berjaya di Paris, yang membantu wanita berpurdah membayar denda, menyalahkan dasar yang diperkenalkan Nicolas Sarkozy pada 2009.

“Sebenarnya lebih ramai yang memakainya pada tahun 2016 berbanding tahun 2011,” katanya. “Undang-undang Sarkozy memang gagal.”

2 Wanita yang didenda selalunya orang yang sama

Larangan, dan denda sehingga €150 (RM680), tidak menakutkan pemakainya. Masih ada yang berdegil dan melakukan kesalahan itu berulang kali.

Data pada tahun 2015 menunjukkan 1,546 denda dikeluarkan. Kebanyakan denda ini dikeluarkan kepada pesalah berulang. Seorang wanita didenda sebanyak 33 kali!

De Foe menyifatkan pelanggaran ini sebagai “pemberontakan” terhadap sistem Perancis.

3 Bukan Islam juga minat burkini

Pereka pakaian renang ini Aheda Zanetti menganggarkan 40 peratus — daripada 700,000 unit burkini yang dijualnya sejak lapan tahun lepas — digunakan oleh bukan Islam.

Mereka termasuklah wanita-wanita Yahudi, Hindu, Kristian, Mormon dan juga wanita yang mempunyai masalah badan.

Pakaian seumpama ini turut dikeluarkan syarikat-syarikat lain untuk pemakai bukan Islam.

4 Larangan burqa dan burkini bantu pengganas

Pemerhati menyedari foto-foto larangan burkini baru-baru ini dijadikan bahan kempen kumpulan pengganas Daesh atau ISIS mencari ahli-ahli baru.

Sama seperti pengharaman burqa, hijab yang menutup seluruh muka termasuk mata, menjadi alasan terbaik pengganas, termasuk al-Qaeda, menghasut api kebencian.

Itali tidak berminat mengikut jejak Perancis, antaranya dengan alasan pengharaman burkini akan menimbulkan provokasi yang mungkin menarik serangan pengganas.

5 Burqa amat janggal di Perancis sebelum dilarang

Tidak ramai wanita Islam di Perancis memakai burqa yang menutup seluruh muka, alasan untuk melarang pakaian ini.

Seperti disebut tadi, daripada 7.5 juta penduduk Islam negara itu, Kementerian Dalam Negeri Perancis menganggarkan hanya 2,000 memakai purdah.

6 Usahawan Muslim rela bayar semua denda

Rachid Nekkaz mendakwa membayar sekurang-kurangnya 1,165 denda di Perancis, 268 denda di Belgium, dua di Belanda dan satu di Switzerland.

Jumlah keseluruhan dikatakan €245,000 (RM1 juta) termasuk yuran guaman.

7 Larangan bawa berkat, lariskan jualan burkini

Burkini dicipta di Australia bagi membolehkan wanita Muslim menyesuaikan diri dengan lebih baik budaya negara itu. Tanpa kontroversi, ia malah mendapat sambutan baik di sana.

Pengharamannya di Perancis membuka kontroversi meluas di banyak tempat di dunia.

Justeru, jualan burkini ciptaan Aheda Zanetti meningkat dua kali ganda, lapor BBC pula, khususnya melalui pesanan dalam talian.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/7-fakta-pelik-di-sebalik-larangan-burkini-purdah-di-perancis#sthash.OKUrz7yA.dpuf

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 25 Ogos 2016.

(Free Malaysia Today, 18 Disember 2012) - Rosli turut menyentuh tentang kaitan Musa dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh, atau lebih dikenali sebagai Tengku Goh, dalam satu kes yang dikenali sebagai ‘Copgate affair’, di mana Rosli mempunyai pengetahuan awal kerana peranannya sebagai peguam Ramli.

“Kaitan Musa dengan dunia kongsi gelap itu disahkan dalam afidavit Tengku Goh yang membuat kenyataan spesifik mengenainya apabila Goh memohon habeas corpus.”

“Musa menyebabkan 6 orang pegawai didakwa supaya Goh dapat dibebaskan.”

“Saya tahu semua ini kerana Peguam Negara Abdul Gani Patail mendakwa saya atas tuduhan yang direka-reka sedangkan saya cuma membantu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Ramli) apabila Peguam Negara melepaskan tanggungjawab perlembagaannya dengan enggan untuk menyediakan afidavit bagi polis,” dedah Rosli.

Saya ingat lagi pada tahun 1998 semasa Anwarinas mendakwa bahawa Anwar Ibrahim telah didakwa dengan tuduhan palsu. Peguam Anwar juga mendakwa bahawa orang-orang tertentu telah diancam (salah seorang juga turut diancam dengan hukuman mati, kata seorang peguam terkemuka dalam afidavitnya) jika mereka tidak menjadi saksi pendakwaan dan memberi keterangan menentang Anwar Ibrahim.

Dan orang yang menggunakan cara ini untuk mendapatkan sabitan terhadap Anwar tidak lain dan tidak bukan adalah Abdul Gani Patail, yang ketika itu adalah seorang pendakwa, yang kemudiannya diberi ganjaran jawatan Peguam Negara kerana berkhidmat untuk kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan Mahkamah Persekutuan nampaknya bersetuju dengan dakwaan percubaan menipu perbicaraan ketika membebaskan Anwar pada 2 September 2004 dengan asas bahawa pihak pendakwa (iaitu Gani) telah gagal untuk membuktikan kesalahan Anwar.

Pendek kata, Gani akan membunuh sesiapa sahaja yang Mahathir mahukan untuk dibunuh dan dia tidak kisah undang-undang apa yang perlu dilanggarnya dan jenayah apa yang perlu dilakukannya untuk menyempurnakan kemahuan Mahathir. Dan Gani berkhidmat untuk Mahathir sejak daripada September 1998 hingga ke Julai 2015. Dan selepas Julai 2015 ketika dia diberhentikan sebagai Peguam Negara, dia terus berkhidmat untuk Mahathir dan masih lagi berkhidmat untuknya sehingga kini.

Gani adalah ‘attack dog’ Mahathir yang akan digunakan setiap kali Mahathir mahu menghapuskan seseorang. Dan rakan ‘attack dog’ Gani adalah Abu Kassim Mohamed, kerana ianya adalah perkara biasa untuk ‘attack dog’ bekerja secara berkumpulan. Dan peguam Rosli Dahlan mengetahui dengan cara yang sukar apabila dia menentang Gani dan Abu Kassim.

Ini adalah mereka yang Mahathir katakan orang yang ‘baik’ dua hari lepas. Mahathir mempunyai interpretasi ‘baik’ yang sangat pelik. Gani dan Abu Kassim adalah sebaik Bentong Kali dan Botak Chin. Malah, saya diberitahu Botak Chin sekurang-kurangnya mempunyai prinsip-prinsip tertentu yang dikagumi orang dan digelar sama seperti Robin Hood oleh kebanyakan orang Cina.

Bolehkah anda bayangkan orang ramai melihat Botak Chin sebagai lebih baik daripada Gani dan Abu Kassim? Tetapi itulah realitinya, dan bagaimanakah orang ramai tidak berfikir sebegitu apabila Gani dan Abu Kassim turut memalukan Syaitan?

Interpretasi Mahathir mengenai ‘baik’ sememangnya adalah pelik. Dan saya jamin bahawa Raja-Raja yang Mahathir bergantung harap untuk memecat Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak berfikir banyak tentang orang tua itu. Raja-Raja hanya memandang Mahathir sebagai kotoran di bahagian bawah kasut mereka.

Hari ini, DYMM Sultan Johor memberi pendapatnya tentang Mahathir. Segelintir Raja-Raja juga berkata perkara yang tidak elok tentang Mahathir, walaupun bukan secara terbuka seperti Sultan Johor. Seorang Raja secara peribadi memberitahu saya, “Selamatkan Malaysia daripada siapa? Daripada Mahathir? Kenapa Najib tidak menangkap sahaja Mahathir dan penjarakannya supaya dia boleh mereput dan mati?”

Ya, itulah Raja-Raja yang Mahathir terdesak sangat untuk berjumpa supaya dia boleh meminta mereka memecat Najib. Raja-Raja tidak pernah melupakan apa yang Mahathir lakukan kepada mereka 25 tahun yang lalu. Dan sebab itulah hari ini Mahathir meminta maaf dalam blognya. Dia berharap dengan mengaku bersalah 25 tahun yang lalu akan memulihkan hubungannya dengan Raja-Raja. Persoalannya, adakah Raja-Raja akan menghadiri pengebumian Mahathir apabila dia meninggal dunia nanti?

**

‘Peguam Negara Gani Patail Campur Tangan dalam Kerja-Kerja SPRM’

(Malaysiakini, 9 April 2015) – Peguam Negara Abdul Gani Patail menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada menghentikan pendakwaan terhadap peguam Rosli Dahlan dalam ‘Copgate affair’.

Ini didedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh bekas ahli panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Robert Phang, yang berkata bahawa perkara ini diberitahu kepadanya oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed.

Phang berkata Abu Kassim memberitahunya perkara ini semasa dia berkhidmat sebagai ahli panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM. Dia menjadi ahli panel daripada 24 Feb 2009 sehingga 27 Jan 2011.

Saksi itu memberi keterangan dalam kes saman RM50 juta yang difailkan oleh Rosli terhadap SPRM kerana serangan dan penahanan salah.

Phang berkata Rosli telah menghantar satu surat bertarikh 11 Nov 2010, mengenai dakwaan yang dikenakan ke atasnya oleh SPRM di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada tahun 2007.

“Saya membangkitkan perkara ini dengan Abu Kassim, yang memberitahu saya bahawa SPRM tidak mempunyai kes terhadap Rosli dalam pendakwaan di atas, tetapi beliau dihalang oleh pendakwa raya, yang juga Peguam Negara Gani, dari menghentikan pendakwaan itu.”

“Ini adalah walaupun (SPRM) sedar bahawa kes itu akan menyebabkan pembebasan.”

"Saya percaya terdapat penyalahgunaan kuasa, pemilihan pendakwaan, penyalahgunaan budi bicara pendakwa, pendakwaan berniat jahat dan salah laku pendakwa oleh Gani dalam pengendalian kes terhadap Rosli," kata Phang dalam jawapannya kepada soalan-soalan yang ditanya oleh peguam Rosli, Chethan Jethwani.

Beliau juga membuat akuan berkanun bertarikh 16 Ogos 2012, menggambarkan tujuan pertemuan itu.

Tiada Minit daripada Panel SPRM

Peguam SPRM Cecil Abraham, yang sebelum ini adalah seorang ahli panel Penilaian Operasi SPRM, bertanya kepada Phang mengapa tiada minit daripada panel untuk membuktikan perkara ini.

Walau bagaimanapun, Phang menegaskan bahawa pertemuan dengan Abu Kassim benar-benar telah berlaku dan beliau mengulangi apa yang Ketua SPRM beritahu kepadanya.

Pada hari Isnin, Utusan Malaysia membuat permohonan maaf di mahkamah terbuka kepada Rosli untuk artikel fitnah, selepas peguam itu memfailkan saman RM50 juta terhadap SPRM dan akhbar milik Umno itu.

Rosli telah ditangkap di pejabatnya, dua hari sebelum Hari Raya pada tahun 2007, kerana didakwa tidak mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta beliau, yang beliau sifatkan sebagai tidak jelas.

Beliau digari di hadapan rakan kongsinya dan dibicarakan di mahkamah pada malam Hari Raya, dan laporan akhbar berkata pertuduhan terhadap Rosli berkaitan dengan penyiasatan dakwaan bernilai RM27 juta.

Rosli mendakwa tindakan terhadapnya datang selepas dia membantu merangka afidavit bagi bekas Menteri Dalam Negeri Johari Baharom, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf dan enam orang-orangnya dalam penangkapan ketua kongsi gelap Goh Cheng Poh.

Goh ataupun Tengku Goh, telah ditangkap oleh orang-orang Ramli pada tahun 2007, berikutan serangan kilat oleh kerajaan terhadap sindiket pengubahan wang haram dan dia diletakkan di dalam tahanan rumah di Gua Musang, Kelantan.

Goh memfailkan permohonan habeas corpus, yang disokong oleh ketua polis ketika itu, Musa Hassan.

Berikutan pemfailan permohonan habeas corpus, Jabatan Peguam Negara tidak mahu merangka afidavit balasan, seperti yang dikehendaki dan biasanya dilakukan, menyebabkan Rosli ditarik oleh Ramli untuk merangkanya.

Selepas itu, Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Ramli yang didakwa pihak berkuasa sebagai "polis RM27 juta" juga didakwa pada tahun 2007 tetapi telah dibebaskan.

Hasil daripada ini, Rosli dan Ramli memfailkan saman berasingan terhadap Gani atas pendakwaan berniat jahat. Gani cuba untuk membatalkan saman-saman itu, di Mahkamah Tinggi dan kemudian di Mahkamah Rayuan, tetapi kedua-duanya gagal.

Saman Rosli terhadap SPRM bersambung esok di hadapan Hakim Su Geok Yiam, dengan bekas Timbalan Pendakwa Raya dijangka memberi keterangan.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/gani-zeti-and-abu-kassim-are-uprighsst-citizens/

ISTANBUL 29 Ogos - Turki semalam membenarkan anggota polis wanita memakai tudung sebagai sebahagian daripada pakaian uniform.
Turki berkata, mereka dibenarkan untuk memakai tudung di bawah topi atau beret, dengan syarat warna tudung perlu dipadankan bersama-sama pakaian seragam serta tanpa corak.
Sebelum ini, Turki mengharamkan pemakaian tudung dalam perkhidmatan awam semenjak rampasan kuasa pada 1980.
Namun, larangan berkenaan telah ditarik balik di semua universiti pada 2010 dan dalam perkhidmatan awam pada 2013, kecuali bagi polis, tentera dan badan kehakiman. - AP
- Utusan Malaysia

<a href="http://my.exchange-rates.org/currentRates/P/MYR">Kadar Pertukaran Ringgit Malaysia</a>

PETALING JAYA 29 Ogos - Pelakon dan pelawak terkenal, Along Cham sah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini.

Talak satu itu dilafazkan pada pukul 10.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah selepas membenarkan permohonan yang difailkan Along.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, melangsungkan perkahwinan dengan Zila atau nama sebernanya, Nur Azilah Seeron, 28, pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Along selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu terhadap Zila mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Selain cerai, Along turut memfailkan nusyuz terhadap Zila pada 12 Mei lalu.

Along diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala Zila diwakili Nurul Aini Yusuff. - UTUSAN ONLINE

SAUGERTIES, New York: Kakak kepada bintang pop tersohor, Mariah Carey ditangkap atas tuduhan pelacuran di bahagian utara negeri New York.

 Polis memberitahu Daily Freeman Kingston, Alison Carey, 55 ditangkap di Saugerties Jumaat lalu susulan satu siasatan di sebuah hotel. Polis berkata, beliau meminta wang sebagai pertukaran untuk seks daripada seorang pegawai polis yang menyamar.

Polis menggambarkan Carey sebagai bekerja secara sambilan dan mengiklankan perkhidmatannya dalam talian.

Ketua Polis Saugerties, Joseph Sinagra memberitahu akhbar itu bahawa beliau memperkenalkan diri sebagai kakak kepada penghibur berkenaan ketika ditangkap.

 Carey akan dihadapkan ke Mahkamah Bandar Saugerties pada Ogos 30 ini.

Setakat ini masih tidak diketahui sama ada beliau diwakili peguam yang boleh mengulas lanjut penahanan itu. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187722

Seorang janda beranak dua berusia 27 tahun mengcjutkan pihak berkuasa apabila dikesan menjadi wanita pertama di negara ini memilih 'kerjaya' tonto iaitu pengin tip sena pembcri makiumat untuk menggagalkan operasi agensi penguat kuasa.

Sejak 'kerjaya' tonto wujud kira kira 20 tahun lalu, ini pertama kali tonto wanita dikesan sebelum ditahan.
Wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Permatang Pauh itu ditahan selepas mengekori pergerakan pe nguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sungai Bakap. di sini, jam 5 petang kelmarin.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hasan berkata, hasil soal siasat wa­nita itu mengaku menjadi tonto sepenuh masa sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, tugas utama wanita itu ialah memberi makiumat untuk n^^gas^ikan operasi JPJ dan polis di negeri ini terutama atembabitkan pemandu lori yang melakukan kesala han membawa muatan berlebihan.
"Sepanjang rekod JPJ, ini pertama kali kami menahan tonto wanita dan ia agak mengejutkan juga.

Dia yang bekerja untuk sebuah syarikat lori di kawasan Sungai Bakap, ditahan bersama satu alat walkie talkie.
"Selepas direkod keterangan dan makiumat oleh pegawai D7A Bukit Am an, wanita itu yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dibebaskan dengan jaminan po­lis," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, pihaknya percaya penggunaan tonto wanita itu adalah usaha terbaru sindiket tonto untuk mengelak daripada dikesan polis dan JPJ sejak dua ejen itu bekerjasama melakukan operasi membanteras tonto di seluruh negara bermula April lalu.

Wartawan Harian Metro yang turut menyertai operasi JPJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini sejak Rabu lalu berakhir semalam di beritahu wanita itu menerima upah RM70 sehari.

Tugas utamanya ialah menyalurkan makiumat melalui alat walkie talkie berhubung pergerakan dan tindakan penguatkuasaan JPJ di Valdor, Sungai Bakap di sini, kepada syarikat lori pasir.

Kegiatan licik wanita itu bagaima napiin berjaya dihidu hasil risikan dilakukan sebelum anggota JPJ mela­kukan penyamaran dan mengekori wanita itu sejak dua hari lalu.

Bukti diperoleh itu akhirnya membolehkan wanita terbabit dicekup sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat Dan Perjudian (D7A) Bukit Aman dan Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ susulan Ops Khas Tonto di kawasan utara diadakan sejak Rabu lalu.

Wanita itu ditahan jam 5 petang kelmarin, berhampiraji.stesen timbang JPJ Valdor ketika mengintip de­ngan menaiki motosikal model Yamaha 125Z selain turut membawa alat komunikasi walkie Talkie Ketika ditanya wartawan mengapa bekerja sebagai tonto, wanita mempunyai dua anak berusia lapan bulan ctan enam tahun itu memberi alasan disebabkan desakan hidup.

Menurutnya, biarpun tahu kerjaya itu salah di sisi undang-undang dia memberanikan diri melakukannya kerana bayaran RM70 sehari yang diterimanya dianggap agak lumayan.

"Tugas saya ialah mengintip setiap gerak geri pegawai penguat kuasa JPJ sebelum melaporkannya kepada pemandu lori. Saya baru tiga bulan buat kerja ini dan sengaja memakai topeng penutup hidung dan mulut bagi mengelak dikenali.

"Saya sudah tahu pasukan JPJ Putrajaya datang ke Pulau Pinang untuk tahan lori bawa muatan berlebihan, tetapi tidak sangka saya dijadikan sasaran.

"Saya memilih pekerjaan ini ke­rana tiada pilihan lain untuk menanggung dua orang anak selain diberi jaminan oleh majikan, polis ti­dak akan menahan saya, " katanya.

-Harian Metro

NARATHIWAT - Security measures have been stepped up for the upcoming founding anniversary of Bersatu, a Muslim separatist movement, on Aug 31, reports said.

Under an order issued by provincial governor Sithichai Sakda, emphasis is being placed on checking vehicles entering encomic zones in the provincial town for bombs and explosives.

The order was issued in the wake of two bomb explosions, one of them a car bomb, in front of Southern View Hotel in Muang district of Pattani on the night of Aug 23.

There were also reports that militants would stage violent incidents in the three southern border provinces during period from late August to Sept 1, particularly Aug 31, the founding anniversary of Bersatu.

Security checkpoints had been set up on main and secondary roads leading to economic zones.

Rapid deployment units have been put on standby around the clock for possible insurgency-related violence, particularly in Muang, Sungai Kolok, Rueso, Si Sakhon, Tak Bai, Rangae and Cho Airong districts.

-Bangkok Post

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas menteri besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr. Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr. Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan seorang anak. Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat. - BERNAMA


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bekas-mb-selangor-dr-khir-toyo-kahwin-lagi-1.375838

Police have done an about-face and admitted that evidence points to the involvement of Thais, but not bank staff, in the theft of more than 12 million baht from 21 ATMs of the state-run Government Savings Bank.

Pol Gen Panya Mamen, the Royal Thai Police adviser who heads the team investigating the robbery, reversed the team's statement of the day before that only foreigners were involved.

The ATM heists were reported in Phuket, Surat Thani, Chumphon, Prachuap Khiri Khan, Phangnga, Phetchaburi and Bangkok. It forced the bank to close more than 3,000 ATMs, half of its total number nationwide, for checks.

Pol Gen Panya revealed possible Thai involvement after inspecting one of the bank's ATMs at a petrol station in Vibhavadi Soi 44 in Bangkok yesterday morning and one in Surat Thani later in the day.

He said the ATM in Vibhavadi Soi 44 was the first of five hacked in Bangkok. The thieves made off with 560,000 baht in total in three attacks on July 29 and 30.

The hackers inserted an electronic card produced in Ukraine into the machine, possibly introducing malware, and then simply hit the "cancel" button without punching a PIN. The ATM then dispensed cash to them, Pol Gen Panya said.

Although the maximum cash withdrawal is capped at 20,000 baht per withdrawal, the hackers manipulated the ATM to give out 40,000 baht, he said.

It is believed the suspects were either staying in the area or had just arrived at Don Mueang airport before they hacked the ATM on the night of July 29, he said.

After the first attack, they went to an ATM at Max Value supermarket in Sukhumvit Soi 23, hacking it in a similar manner.

Police obtained clear images of the suspects who withdrew money from this ATM several times, Pol Gen Panya said.

Investigators were compiling evidence to quickly seek arrest warrants for the suspects, but clearer information was expected over the next week.

"The investigation has found that some Thai people are involved in the crimes but they are not GSB staff," Pol Gen Panya said. He would not elaborate.

A source said some of cars used by the gang during the robberies were registered to Thai nationals.

Rental cars were also used, but they had false red licence plates attached, leading police to believe some Thais supplied them.

In Surat Thani, Pol Gen Panya and local investigators visited an ATM at a petrol station in Phunphin district. The ATM was hacked on Aug 1 and 2.6 million baht was stolen.

He said security cameras showed three different cars were used by the suspects in Phuket, Phangnga, Chumphon and Surat Thani where a total of 4.51 million baht was taken.

The three cars -- a white Toyota Vios, a Toyota Fortuner and a Honda Civic -- were believed to have been rented from either Phuket or Phangnga, he said.

At least two suspects travelled in the white Toyota Vios as they moved between ATMs in Surat Thani and Chumphon, while the other two cars were used in Phuket.

Pol Gen Panya said the suspects were believed to be from Eastern Europe who entered Thailand via Phuket some time before the ATM heist.

Police said previously the suspects might be linked to the multiple attacks on ATMs of a major domestic bank in Taiwan in July.

The Bank of Thailand said yesterday there had been no reports of similar attacks on the ATMs of other banks.

The BoT has been monitoring all banks since GSB reported the attacks.
-Bangkok Post

SIBU: Angkara tidak mampu melayan nafsu terlampau dan sering dikasari suami di ranjang, seorang ibu beranak tiga tampil membuat laporan polis di sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi semalam, pengadu, 29 mendakwa diajak oleh suaminya untuk mengadakan hubungan seks, namun dia menolak kerana ‘datang kain.’

Tanpa memahami perasaan seorang wanita, pengadu mendakwa dia terus ditolak ke atas katil dan dipaksa untuk memenuhi kehendak suaminya.

Pengadu mendakwa, suaminya, 31, turut bertindak mencekik dan menamparnya selepas dia enggan mengadakan persetubuhan pada masa yang tidak sesuai.

“Ini bukan kali pertama dia bersikap begitu (kasar) tanpa mengira masa,” kata pengadu.

Patah hati dengan sikap ganas suami, pengadu mengambil keputusan keluar dari kediaman sebelum meminta dua rakan sekolahnya dahulu untuk menemaninya membuat laporan polis di sini.

Menurut mangsa, dia membuat laporan polis kerana bimbang sesuatu tidak diingini berlaku terhadap dirinya dan anak-anaknya jika suaminya tidak berubah sikap.

Difahamkan, pengadu telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak 10 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang anak berumur antara dua dan sembilan tahun.

Pengadu memberitahu, dia akan pulang ke kampung halamannya di Kapit untuk mencari ketenangan sambil memikirkan sama ada penceraian mungkin mampu menjadi penyelesaian terbaik baginya.

Kesemua anak-anak pengadu kini di bawah jagaan keluarga suaminya.

Bagaimanapun, pengadu memberitahu suaminya yang bekerja sebagai mekanik tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ketua keluarga dengan memberi nafkah sebanyak RM1,000 sebulan untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Saya sudah tidak tahan lagi dengan sikap suami yang keterlaluan malah tidak menghormati saya sebagai seorang isteri,” keluhnya sedih.

Difahamkan, suami pengadu turut dipanggil ke balai kemudian untuk membincangkan masalah dan masa depan keluarga kedua-dua belah pihak.

-Borneo Post

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget