Slider

Video

Politik

Berita Semasa

Global

Jenayah

Sukan

Hiburan

» » Syarikat tempatan diseru manfaatkan DISF

MELAKA 30 Mac - Syarikat-syarikat tempatan diseru untuk memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan kerajaan seperti Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF) bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.
Timbalan Menteri Perdagang­an Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehingga Disember lalu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak RM1.01 bilion geran DISF untuk 242 projek bernilai RM11.6 bilion.

“Kerjasama erat serta kewujudan ekosistem industri yang kukuh di wilayah selatan telah membolehkan Melaka dan Johor menjadi antara penerima sepuluh teratas pelaburan yang diluluskan pada tahun 2016,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Seminar Pelaburan Tempatan bagi Wilayah Selatan di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Sulaiman Md. Ali dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 MIDA, Datuk Phang Ah Tong. - UTUSAN ONLINE ⁠⁠⁠⁠

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan: