Annuar Musa Dikejar Ke Hospital - Media Shah Alam

Post Top Ad

Iklan
Annuar Musa Dikejar Ke Hospital

Annuar Musa Dikejar Ke Hospital

Share This
KOTA BHARU 1 April - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini selepas mengalami muntah-muntah dan sakit dada.

Ahli Parlimen Ketereh itu yang dimasukkan ke Hospital berkenaan kira-kira pukul 6 pagi tadi dilaporkan stabil dan kini sedang berehat di wad CCU.

Abangnya, Abdul Sattar berkata, keadaan Annuar didapati tidak membimbangkan namun perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital tersebut.

Katanya, adiknya itu dimasukkan ke hospital pada pukul 6 pagi tadi selepas mengadu sakit dada, muntah dan pening.

Alhamdulillah keadaan Annuar kembali stabil. Atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja bagi membolehkannya berehat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages