Lebih 1,000 guru, pelajar terjejas banjir di Pitas dan Beluran - Media Shah Alam

Post Top Ad

Iklan
Lebih 1,000 guru, pelajar terjejas banjir di Pitas dan Beluran

Lebih 1,000 guru, pelajar terjejas banjir di Pitas dan Beluran

Share This
KOTA KINABALU, 5 April: Seramai 1,019 guru termasuk murid di lima sekolah rendah di daerah Pitas dan Beluran tidak dapat menjalankan sesi persekolahan hari ini kerana sekolah mereka terpaksa ditutup akibat banjir.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata sekolah terbabit masing-masing dua sekolah rendah di Pitas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sosop dan SK Kusilad, manakala tiga lagi di Beluran iaitu SK Simpangan, SK Bawang dan SK Kabullah.

“Seramai 41 guru dan 281 murid di dua sekolah di Pitas tidak dapat menjalankan sesi persekolahan kerana laluan ke sekolah dan bangunan sekolah mereka ditenggelami air.

“Di Beluran pula, seramai 48 guru dan 649 murid di tiga sekolah berkenaan turut terjejas kerana mengalami masalah yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Hujan sejak petang Isnin lepas itu turut menjejaskan lima kampung di Pitas namun tiada pusat pemindahan dibuka secara rasmi setakat ini.— Bernama

Tiada ulasan:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages