Slider

Video

Politik

Berita Semasa

Global

Jenayah

Sukan

Hiburan

» » » Sambut Ramadan Dengan Tarian Bogel

Putrajaya: Gedung membeli-belah Aman Central, Kedah mengadakan pesta tarian dan pertunjukan separuh bogel sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

 Dimuatkan dalam Facebook Aman Central baru-baru ini, pusat membeli-belah tersebut yang bertempat di ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar, telah mengadakan program ‘Raya Eleganza’ yang telah menampilkan penari-penari separuh bogel yang berhidung mancung dan berkulit cerah.

Memandangkan program ini telah diadakan untuk menyambut ketibaan Hari Raya Puasa yang bakal disambut pada penghujung bulan Jun ini, maka satu pentas telah dibina lengkap dengan ciri-ciri dan motif binaan masjid. Program ini juga menyaksikan warga Alor Setar dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama penari-penari ini.

Kemesraan penari-penari ini juga menggalakkan masyarakat untuk berhibur bersama-sama mereka sebelum menyambut bulan Ramadhan yang suci.-MENARA.MY

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan: