Artikel Rawak

Tiada Insentif kepada Penoreh, Peneroka, Nelayan

Taiada lagi insentif kepada nelayan, peneroka sawit

Berterima kasihlah Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beri undi kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14, kerana kerajaan yang diharapkan telah membuktikan kemampuan sebenar bagi meringankan beban nelayan, penoreh getah peneroka sawit.





Dengan cara tidak memberi insentif kepada golongan itu wang rakyat dapat di jimatkan biarpun pemimpin memperolehi pendapatan mencecah ratusan ribu bahkan menghidu ke jutaan ringgit.

Dengan cara itu kerajaan pimpinan Dr Mahathir akan disanjung rakyat sepanjang zaman, rakyat terutamanya golongan yang tidak akan diberi insentif pasti tahu dan menyokong dakyah bahawa kerajaan BN zaman Najib Razak pemboros, pencuri dan sebagainya. Itulah kempen untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Laungan hasil kekayaan kerajaan adalah dari hasil rakyat dan patut kembali kepada rakyat selama ini telah berkubur.

Berkaitan harga getah, kelapa sawit yang semakin nazak, Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah itu untuk jangka masa panjang.

Kerajaan baru nak cari jalan, sedangkan nasib golongan penoreh getah, nelayan, peneroka sawit semakin tenat.

Berapa tahun lagi golongan itu nak tunggu?. Sedangkan pemimpin menikmati gaji dari hasil rakyat.

Post a Comment

0 Comments