Jangankan janji manifesto 100 hari, kangkong tidak turun harga

Akhirnya penyokong khasnya pengundi Pakatan Harapan (PH) terduduk setelah kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk membaik pulih ekonomi negara.

Janji barang keperluan harian akan murah kiranya GST dihapuskan hanyalah setan kencing sebelum berjaya tubuh kerajaan.

Petrlol saban minggu meningkat harga walaupun SST yang dicanang lebih baik dari GST telah di angkat, rupanya slow-slow tipu rakyat.

Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, melalui pandangan baharu yang telah digariskan kerajaan masa kini, tempoh masa itu dirasakan tepat bagi memastikan pencapaian negara kelak dapat dinikmati secara seiring oleh setiap rakyat.

Secara tidak langsung kebenaran penilaian rakyat adalah benar yang mana penggunaan kepala lutut oleh pemimpin PH diutamakan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

Sekiranya kepala berisi otak digunakan mustahil wujudnya manifesto '100 Hari 10 Janji' yang digariskan dalam Buku Harapan bersempena dengan kempen PRU14 .

Itu belum diambil kira hal-hal lain dalam aspek kegunaan harian rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup semakin tinggi.

Hapus pinjaman PTPTN, mansuh tol, harga petrol kurang dari RM2 dan lain-lain semuanya ke dasar laut. Buktinya harga sayur kangkong tidak berjaya diturunkan.

Peliknya, mereka yang mengundi PH percaya bulat-bulat segala janji pada siri kempen PRU lalu, agaknya, ' pengundi PH juga sama-sama guna kepala lutut untuk berfikir.

Dengan adanya pandangan baharu yang telah dikemukakan kerajaan persekutuan, sudah pasti manifesto PH pada PRU ke-14 besar peratus kegagalan. Sedangkan masa untuk pilihan raya umum semakin hampir.
Jangankan janji manifesto 100 hari, kangkong tidak turun harga Jangankan janji manifesto 100 hari, kangkong tidak turun harga Reviewed by Zahari on May 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.